Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Sunday 30 December 2012

~Suatu KEPASTIAN...~






Ujian Tuhan kepada semua insan..
Adalah kehidupan ini..
Yang baik menjadi tuntutan..
Yang buruk dijauhkan..

Syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan..
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi..

Neraka yang tercipta menghimpun azab derita..
Tangisan kesengsaraan insan..


Syurga... adalah kelazatan..
Terbentang buat HAMBA BERIMAN..
Yang kasihkan Tuhannya..
Yang kasihkan Rasulnya..
Yang kasih agamanya..

Neraka tempat kemurkaan..Antara kedurjanaan insan..
Yang lupakan Tuhannya..
Yang lupakan Rasulnya..
Yang lupa agamanya..


Siapakah yang lebih mulia...Dari mereka yang tidak lupa..
Janji Allah adalah KEPASTIAN...Dan nikmat syurga adalah indah..


::IN-TEAM::



Lagu ini..terlalu mendalam maknanya..orang yang ku sayang memperkenalkan lagu ini kepadaku..Dia adalah sahabatku dunia akhirat. Aku sayang padanya sekalipun kami x pernah bersua muka. Kerana apa? kerana Allah yang menrbitkan rasa sayang itu sekalipun kami saling berjauhan. Dia di selatan, aku di utara.

Kami mempunyai hobi yang sama. Suka mendengar lagu. Perkenalan kami bermula sebaik habis matrikulasi sedangkan kami sebenarnya 1 matrik!!!! haha...ajaib sungguh kuasa Allah..perkenalan kami sehingga sekarang masih kekal.. dan kami setia bersahabat sekalipun ku rasa pernah mengguris hatinya dengan dalam sekali suatu masa dahulu..

Sahabatku itu, tidak pernah sekali meninggalkanku...saat kami susah hati, kami saling berkongsi. Entah kenapa, aku selesa berkongsi masalah dan kegembiraan dengannya..kami saling ingat-mengingati. saling berkongsi. Terkadang diri ini lalai, dia ingatkan..

Sebagai seorang sahabat, aku kagum dengannya. Kekuatannya memberi aku semangat untuk meneruskan perjalanan ini... TERIMA KASIH WAN...Semoga kita berjumpa lagi di SYURGA...~


Friday 28 December 2012

28/12/2012..Jumaat terakhir yang terindah!! (^_^)


28/12/2012..Jumaat terakhir dalam tahun 2012...




Entry kali ni, ku ceritakan dengan penuh rasa syukur dengan nikmat kehidupan yg kurasai...

Alhmdulillah..Alhmdulillah...alhamdulillah....Allah permudahkan urusanku...sekalipun ada urusan yg x sngaja ditinggalkan..huhuhu

hari ni, aku belajar bnyak perkara..
Aku belajar bagaimana untuk terus MENGHARGAI....
Aku belajar mnghargai nikmat MASA yg Allah beri padaku..
Aku belajar mnghargai mereka yang menyayangiku..
Aku belajar mnghargai setiap ilmu yang aku peroleh walaupun cuma secebis kata2..
Aku belajar bagaimana untuk terus mndoakan mereka yang turut mndoakan aku..



Hari ni, dia yang ku sayang col....

M : Assalamualaikum...ha, duk buat ape??
aku : wa'salam..duk rilex ja. rehat tahan sakit perut..
M : sakit perut? Ada kelas x ari ni?
aku : kelas? eh....jap...ada....(masa tu dh kul 10.30. kelas start kul 10)...waaaaaa.....x ingat la mak!!!!... "

ni la urusan yang x sengaja ditinggalkan..kena mak jgk yang bagitahu..bru ingat kot..haha... THANK YOU ummi! you are the best mom i ever had...



Hari ini jugak, dia yang ku sayang memberi satu kejutan..haha..kejutan yang sangat berharga..

"Iqah...sebenarnya kan...
sy dh x tahan dh...
maybe ni lah penamatnya..
sy harap iqah x bnci sy, x mrh sy...
mgkin ni lah petandanya...hmmm..."

Luruh jantung dpt mesej ni pagi tadi...rupa-rupanya.....SAJA NAK PEKENA ORANG...adoi laaaa Mr L...dush sebijik...



Hari ini, dia yang ku sayang sedang berhadapan dengan detik2 genting dalam hidupnya..

Mr A...ayahnya sedang menjalani pembedahan..aku turut merasai kesannya.. teringat abah di rumah. Bagaimana agaknya bila abah berada di tempat ayah dia yang ku sayang itu?? Allah....mesti aku lebih lemah dari dia. Mesti semangatku langsung terus melayang-layang entah ke mana. sekarang, aku cuma mampu menemaninya menghadapi saat-saat itu bersama. Sama-sama memberi kata semangat...semoga dia terus tabah.. aku tahu dia seorang yang kuat :')



satu persatu mereka yang ku sayang hadir. Saat diri ini perlukan semangat untuk menghadapi peperangan dunia... OH EXAM....

aku terus belajar dan terus belajar mnghargai setiap hembusan nafasku...

Allah...nikmatnya pemberianMu...terus aku katakan pada diri.."tidak ada nikmat yang lebih baik selain dari apa yg telah Allah beri..."

:') moga hati terus yakin...istiqamah...dan BERIMAN kepadaNYA...



Sekian sahaj untuk kali ini...insya-Allah..jika panjang umur, akan kuceritakan lagi sedikit sebanyak lumrah hidup yang ku lalui... (^_^)


Sunday 4 November 2012

~Along......anak ibu....~


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. 
“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Ken
apa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.
 “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. 
“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. 
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.

Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.

Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.

Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.

Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”

Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. 

“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
 “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. 
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.

Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. 
“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.
 “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.

Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.

Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. 
“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.
 “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
 “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
 “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. 
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. 
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. 
“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”

Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
 “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.
 “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.

Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.

Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. 
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. 
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
 “Along ni teruk tau.Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. 
“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.

Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.

Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.

Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.

Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. 
“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. 
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.

Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.

Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”

Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
 “ Ada ” jawab Along pendek
 “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala.
 “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
 “ Ala , gurau ja la Abang Joe.Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.

Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.

Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.

Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. 
“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.

Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. 
“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
 “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang.
 “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi.
 “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
 “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. 
“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. 
“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. 
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang Along.
 “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
 “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” 
“Hari ni la…” balas Along.
 “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
 “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. 
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.

Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. 
“Ha..hadiah….untuk… …ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.

Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,

Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
 “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. 
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.

“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka..

Friday 2 November 2012

~Duhai Hati...~




Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...



Sunday 14 October 2012

~Sejuta nafas Cinta~





      Sering aku tertanya,apakah itu CINTA?? adakah ianya hanya satu ungkapan yang bisa membuatkan dua hati bersatu?? adakah ianya hanya ucapan semata-mata yang bermain di bibir insan berhati sepi..maka, aku telah berusaha mencari makna di sebalik perkataan itu..meninggalkan segala-galanya yang ku miliki semata-mata untuk mencari makna kata itu..segala onak duri ku tempuh..lautan badai ku redah...aku terkandas di hamparan sunyi...

     Aku menangisi nasib diri...masih belum ku temui jawapan yang ku cari-cari...lantas ku bangun. Bertekad dalam diri untuk terus mencarinya...aku meneruskan perjalanan....berjuta-juta batu jauhnya. Saat itu, aku tidak mengenal erti putus asa. Aku biarkan diriku lelah sendirian..dan akhirnya,,aku pasrah...

     Aku melangkah longlai...menyusuri denai, mengharung arus deras sungai yang setia mengalir tanpa henti.Pelbagai rintangan yang aku hadapi untuk kembali ke tempatku....setelah berbulan-bulan lamanya,,aku smpai jua akhirnya...

     Di hadapanku,ramai orang berkumpul..menanti kepulanganku dengan air mata kegembiraan...di situ juga,,aku rebah..berlutut menangis kerana malu telah meninggalkan mereka yang masih setia di sisi...

     Aku sedar..rupa-rupanya, CINTA itu x perlu dicari..ianya datang sendiri dari lubuk hati terdalam..maka,,setelah itu,aku berjaya merungkai segala-galanya...CINTA itu abstrak kehidupan..yang mewarnai dan meredupkan hidup insan...pelbagai CINTA ku temui....apakah dia???

     CINTA ibu dan bapa...CINTA luhur yg tiada gantinya hingga akhir hayatku...pengorbanan mereka,,tidak dapat dinilai dengan emas permata.tidak jua boleh dibeli dengan harga seberapa pun...kerana merekalah aku berjaya menjejakkan kaki di dunia ini,,kerana mereka aku menjadi manusia,,kerana mereka aku dibentuk menjadi insan berguna di mata dunia. Ah,,betapa rendah diriku rasa bila mengenangkan wajah2 mulus mereka....TERIMA KASIH CINTA... kerana ia amat membahagiakan...

     CINTA sahabat....redup cintanya membuai taman hati untuk terus setia bersamanya...kala senang,kala susah..di mana jua keberadaannya. Kerana CINTA sahabat, aku mengerti erti SAHABAT SEJATI..di mana perlu ku cari dan aku harus memahami dirinya jua...biarpun dia sering ku sakiti,dia masih tetap di sisi..sedangkan lidah lagi tergigit..apatah lagi diriku insan yang lemah ini...maafkan diriku sahabat,,kerana aku alpa tentang kehadiran CINTA mu itu... TERIMA KASIH CINTA....kerana aku telah menyedari akan hadirnya CINTA sahabat2ku...

     CINTA ALLAH s.w.t.....betapa agungnya CINTA itu ku rasa...betapa kerdilnya diri ku ini mengenangkan CINTANYA yang tidak ku sedari...aku insan yang hina dina ini diCINTAINYA....setelah apa yang telah kulakukan,,CINTANYA terhadapku tidak pernah kurang walau sedikitpun...masyaALLAH...betapa agungnya CINTAMU....TERIMA KASIH CINTA...kerana mendekatkan diriku dengan penciptaku...

     Maka,dengan itu...telah ku ubah diriku agar menjadi lebih baik dari hari-hari semalam...telah ku tekadkan diriku untuk menjaga CINTA ini sebaik mungkin...kerana aku tidak mahu kehilangan CINTA-CINTA itu...yang telah membahagiakan diriku tanpa aku sedari....


~~~TERIMA KASIH CINTA.....untuk segala-galanya~~~

.:: HARGAI CINTA DI SEKELILINGMU KERANA CINTA ITU ADALAH SATU ANUGERAH::.

Nukilan,,
~~Naz Atiqah...9.30 / 9 Disember 2010...~~





**trjumpa di notes lama kt FB..=)

Thursday 11 October 2012

~Mereka~


~Air mata mngalir...

ikuti cerita di bwh...

Suatu petang hjung mggu, aku dan seorang rakan keluar untuk berurusan ke bndar menaiki kereta yg disewa. Hari masih mendung walaupun baru selepas hujan. Dengan jalan yg penuh lumpur. Air bertakung sana sini, kami brjalan menuju ke kereta. Sedang berjalan, masing-masing terpandangkan orang ramai beserbu di sebuah gerai. Hari itu, baru kami perasankan gerai tersebut..

Tapi keadaan gerai itu, tak ubah seperti pondok usang. Entah kenapa, Allah gerakkan hati untuk terus perhatikan gerai tu. Kami cuba cari tahu apa yg memnyebabkan orang ramai ke gerai tersebut. Rupanya, ada seorang pakcik tua dan isterinya yg juga sudah berusia sedang berniaga. Hanya secara kecil-kecilan menjual keropok lekor.

Disebabkan msa yg amat terhad, aku trpksa mnyegerakan urusanku. Nak elakkan hujan turun sbelum selesai urusan sebab memang x boleh drive bila hujan lebat. Takut….tapi, sepanjang perjalanan sehinggalah urusanku selesai, hatiku tak henti2 berdoa. Ingatanku x henti2 dari terus teringatkan pakcik n makcik tu. Tiba2, teringatkan mak abah kt rumah.

Tua2 mereka pun..sakit2 mereka pun, masih lg berusaha mncari rezeki untuk anak-anak. Cuma kita ni anak-anak yang masih x bersyukur dengan apa yang Allah bg. Masih lg x bersyukur dgn usaha ibu bapa kita. Kita anak-anak memang kejam!!

Petang semalam, sekali lagi terpandangkan gerai tu. Tapi kaki x tergerak untuk ke sana. Entahlah… berderai jugak air mata. Just terfikir..ibu bapa yang dh berusia perlu lg ke mncari rezeki untuk anak2 mereka yg dh besar? Yg dh boleh berusaha sndiri. Sepatutnya, anak-anak la yg kena jaga mak ayah. Pada usia mak ayah yg dh mnjangkau usia emas, mereka sepatutnya dh boleh relax kat rumah. X perlu nk mncri rezeki untuk anak2. Biar anak2 pulak yg ambil tanggungjawab tu..

Allah…hati aku mmg sgt rapuh bila tgk org tua susah payah cari rezeki utk keluarga dia. InsyaAllah, bila dh bekerjaya nanti, mak abah akan ku jaga smpai akhir hayat mereka. X perlu mereka susah payah untuk aku adik beradik.. :’(

Sangat2 rindu nk balik rumah…

*Gambar Cuma hiasan*

Sunday 3 June 2012

~Titik Mula Perkenalan Kita - Kisah tentang aku dan kamu~


Assalamualaikum w.b.t…



Semoga sahabat2 semua sihat2 belaka..(^_^)

Kali ni, naz nak cerita tentang salah seorang sahabat baik naz yang sampai sekarang naz selalu rindu dan turut sentiasa mengingati naz…terharu sgt2!! =)
Tak sangka, persahabatan kami semakin hari semakin erat. Mungkin sebab masing2 dah besar n dh MATANG…err…matang laaa sangat kan…haha

Ceritanya begini..

Pertengahan tahun 2005, naz ingat lagi tarikh tu 26 Mei 2005…hari tu naz baru daftar masuk sekolah menengah yang baru setelah 2 minggu pindah balik ke KELANTAN..tanah air naz..sebelum tu, sejak umur setahun lebih, naz tinggal kat SABAH..smpai la umur naz 8 tahun, pindah ke NEGERI SEMBILAN..then, baru pindah Kelantan balik..ni anak jati Kelantan ea sekalipun merantau jauh di negeri orang. Abah naz keje askar, sebab tu selalu posting sana sini. Tapi sekarang dah pencen..

            Masuk sekolah baru tu, naz cuma sempat jumpa guru kelas je. Naz dapat kelas 1B.. nama guru kelas naz masa tu ialah Ustazah Ruzaihan. Dia ngajar arab dari naz form 1 sampai la form 3. Naz ngn kawan2 yg lain kena kongsi kelas bahasa arab dengan budak2 kelas 1A sebab tak semua budak kelas kami yang berani amik bahasa arab masa PMR..kiranya, yg amik arab ni berani la kan dan Ustazah Ruzaihan pun ada bagitau “sesiapa yang sanggup belajar arab dan pandai speaking sikit2, orang tu dikira HEBAT sebab susah nak kuasai BAHASA TERHEBAT DI DUNIA nie”….BAHASA SYURGA YANG INDAH… (^_^) wahhhh!! Terpegun dengar…hehehe

            Okeh, tarikh tu bersamaan dengan hari khamis. Hari terakhir dalam seminggu untuk hari persekolahan. Kat Kelantan lain sikit. Hari ahad dah start sekolah dah. Tapi….naz tak masuk kelas pon hari tu. Tak jumpa pun kawan2 baru..hahaha..sebab naz takut. Masih tak biasa dengan sekolah baru. Ustazah sempat pesan tau. Ahad minggu depan (28 mei 2005), ad ujian pertengahan. Nasib baik  baru mula. Dan hari tu jugak, paper ARAB!!! Dah la xtahu ape bnda. 1 habuk ayat pun x paham. Tapi ustazah bagi tips apa yg masuk exam. Dia suruh naz hafal muka surat berapa2 dri buku teks..alhmdulillah, memuaskan jugak sebab untuk ujian pertengahan tahun yang pertama dan julung2 kalinya, naz dapat 78%..ni belom A lg…hahaha…nk tergelak pun ada. Sebab memang naz x faham langsung bahasa arab nie. Just hafal yang ustazah suruh dari buku teks je. Ustazah sendiri tak percaya..hahaha..rezeki.. =)Masa test tu pun sebenarnya, naz ada gak tanya budak sebelah merangkap sahabat baik naz yang naz akan cerita selepas nie.. tapi dia x dapat tolong sebab x faham jugak…kua3…

            Hari first naz masuk kelas (28 mei tu), ada org tegur naz dulu. Naz memang pendiam. Sebab tu tunggu orang yang tegur dulu..hehehe.. nama dia SITI MARIAM SHAHIRAH.. dia yang bawa naz masuk kelas 1B tu dan kenalkan naz pada kawan2 yang lain. Naz ingat lagi, WAN NORAZALIZA and the gang ada cakap yang naz nie budak sombong sebab tak tegur orang.. ye, naz akuinya sebab naz masih tak biasa dengan suasana baru. Takut pun ada..haha.. naz cuma senyum je la kat diorang. Then, keesokannya(kalo tak silap), ALIFAH ILYANA ngan NURUL ATIEFAH datang tegur dan borak2 dengan naz. Dari situ, persahabatan kami bertiga terjalin..bukan ape, ni sebab naz rampas tempat duduk atiefah. Dia x datang masa hari first naz msuk kelas tu, so naz tak tau tu tempat sape. Ustazah suh duduk je dlu sebab nak exam kan..hehe

            Hari kedua tu baru la naz dapat meja dan kerusi sendiri. Naz duduk tepi SITI NUR ASMIRA. Ramai yang tolong cari untuk naz. Lebih2 lagi mariam. TERIMA KASIH YAM!!!! Terharu sangat masa tu sebab ingatkan dorang sume x sukakan naz. Budak baru la kan..haha…

            Dari form 1 sampai la form 5, naz , atiefah dengan alifah berkawan baik sekalipun kami selalu gadoh. Bagus la kan. Nama pun dah nak dekat macam kembar 3. Atiqah, atiefah dan alifah..hahaha… seronok kenal dengan mereka berdua.

            Masa form 2, naz dengan alifah dan salah sorang budak kelas Muhammad Zulkairi berkongsi minat yang sama iaitu kumpul lagu…hahaha… selalu bertukar2 lagu dan selalu je banding2 sape yang banyak lagu. Ceh..selalu je k-rie tu nak menang..hahaha.. werkkkk!! :-P then , member dia pulak suka pinjam surat khabar. Nama dia WAN HAMIZAN. Haha.. dorang la kawan lelaki pertama yang rapat dengan naz. (^_^)

            Masuk form 3, ni la tym exam terpenting bagi kami semua. PMR…hoho.. naz amik ARAB yer..hehehe..sebab kata2 ustazah tu terpahat dalam kepala, jiwa, hati bagai..naz nak jadi org hebat!! (INSYA-ALLAH…). Tahun nie jugak, kawan baik naz, alifah kehilangan ibunya. Masa tu bulan 4. Masa tu jugak naz ngan alifah tengah gadoh. Sebab masing2 jeles…ada la sebabnya kami jeles..huhu.. 

            Ramai yang tanya naz kenapa alifah tak datang kelas. Tapi naz tak tahu nak jawab macamana sebab naz memang tak tahu kenapa alifah tak datang. Masa tu dah rasa kesal sikit sebab gadoh ngan dia. Alaa..budak2 lagi kan..hehee… then , ada pengumuman mengatakan yang mak alifah merangkap salah seorang guru kat sekolah kami tu dah pergi buat selama2nya. Ya Allah!!! Naz rasa nak menangis dan masa tu memang dah bertakung air mata. Cuma naz tahan dari mengalir. Naz terkilan sangat2… saat tu, mesti alifah perlukan teman. Tapi naz pulak cari gaduh dengan dia… :’(

            Balik sekolah petang tu, naz berbalas mesej dengan dia. (guna no abah yg lama sebab naz tak ada fon lagi masa tu).. tak ingat dah sape yang mesej dulu. Tapi, hari tu smpai la beberapa hari kami bermesej2.. kami saling minta maaf antara satu sama lain. Naz nak teman dia masa tu. Tapi, nak pergi rumah dia, naz xtau.. tambah2 dia balik kampung…jadi, susah nak jumpa dia. Cuma boleh mesej je la. Harap2 masa tu dapat bantu kurangkan kesedihan dia. Sejak hari tu, kami berbaik semula. Kami rapat balik dan rasanya x gadoh dah lepas tu.

            Tapi…..masuk form 4, kami gadoh lagi. :’( sebab CEMBURU…hahaha… lucu kan.. kami saling cemburu sebab masing2 rapat dengan org lain. Budak2 kelas pun dah masak dengan perangai kami yang selalu gadoh..kalau nampak kami saling tak bertegur, memang sah2 la kami tengah gaduh….hahahaha…saling berbalas surat, then naz putuskan yang kami jadi ‘kawan biasa’ je. Sedih sangat2 bila terpaksa buat macam tu. Naz tau alifah pun sedih. Kami sama2 menangis..

            Bila masing2 dah ‘declare’ nak jadi kawan biasa je, kami rasa kami makin rapat pulak. Naz ngan alifah pernah mention pasal nie dan kami gembira dengan apa yg berlaku. Itulah kan..HIKMAH yang Allah bagi. Tak sangka, sekalipun ‘status’ kami bukan lagi sebagai kawan baik, kami rasa yang kami nie lebih dari tu. TAK MELANGGAR NORMA-NORMA ISLAM ye….husnuzon okeh…

            Masuk form 5, kami sekelas kena jadi ‘ayam daging’…hahaha…semua kena duk asrama. Tapi naz dengan alifah kena duk dorm lain2.. :’( mungkin ada hikmah kami dipisahkan begitu. Tak nak kami gadoh lagi kot…hahaha… :-P ye…memang sangat2 berhikmah! Kami makin rapat…ajaib kan…selalu gadoh, tapi tu la yang mengeratkan kami.
           

            Kenangan zaman persekolahan memang terlalu banyak…susah naz nak lupakan…



            Ok…tu semua zaman sekolah..sekarang masing2 dah berjaya masuk U,..masing2 dah jadi orang yg berguna kpada semua dan yg penting sekali kepada AGAMA ISLAM…

            Naz tak sangka, PERTEMUAN naz dengan alifah membuahkan kemanisan.. lebih manis lagi dari lollipop... semanis madu yg sangat2 manissssss...=)

            Naz ada tengok gambar alifah yang terbaru.. masya-ALLAH..naz sangat2 terkejut. Alifah dah bertudung labuh! Sama macam naz.. (^_^) ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!! KAU TEMUKAN AKU DENGAN SAHABAT YANG BENAR-BENAR SAHABAT.. naz menangis sikit sebab naz tak sangka, perubahan besar yang berlaku pada naz, berlaku jugak pada alifah dan naz harap berlaku jugak pada kawan2 yg lain.. naz dah nampak dah pada SITI SYARIDA, dan mungkin NURUL NUR HIDAYAH jugak..=)
           
Sampai sekarang nie, naz rasa macam nk senyum lebih dari telinga..haha.. ya Allah..betul2 tak sangka..naz tak dapat bayang kalau kami berjumpa nanti..rasa nak peluk alifah, nak dakap dia erat2 n nak nangis kat bahu dia..hehe..dah lama x jumpa. Rindu sangat2… :’) x sabarnye nak balik 15 jun nanti!!!

Aliey, tunggu saya ek…masak sedap2, then saya sanggup tido umah awak..hahahahaa :-P (rindu sangat2 nie….2 tahun x tengok awak depan2…just dapat perhatikan awak dari jauh n dengar suara awak dari fon jer… :’(…..)








kenangan2 bersama dorang sume..=)

            ALLAHUAKBAR….naz tak sangka yang naz akan dikurniakan sahabat2 sebegini. Sahabat2 yang selalu berdamping dengan naz. Mereka2 yang tak jemu ‘membuat’ pertemuan-pertemuan baru.. mereka yang x jemu  nak tengok muka2 comel masing2…hehehe..


            Naz masih mengingati semua dan kerana Allah yang mempertemukan kami, naz amat2 rindukan mereka… naz  nak contact dorang, tapi ada sesuatu yang menghalang..dan mungkin alifah faham..=)

            Merekalah sahabat naz dunia akhirat! Insya-Allah, uhibbu antum wa antumna ilaljannah..naz takkan lupakan kalian dan tiada apa yang dapat pisahkan kita semua kecuali maut!




Sayang kamu semua…doakan supaya kita panjang umur dan ada peluang untuk terus mencipta pertemuan2 yang baru.. ingat janji kita nak nuat reunion besar-besaran bila umur 25 tahun nanti?? Tak lama dah!! 5 tahun je lagi.. kite mesti buat!!! Masa tu, nak rakam gambar ngan video banyak2!!! (^_^) bawak anak masing2 ek..hahahaha..insyaAllah sume sponsor cket sorang…rezeki Allah ada kat mana2.. =)



Akhir sekali, naz nak update sikit pasal diri naz. Alhamdulillah, masuk sem kedua, Allah uji naz sekali lagi. Akhir bulan 3, naz disahkan mengalami jangkitan kuman kat buah pinggang dan pembentukan kristal2 batu karang. Tak ada batu karang lagi. Just baru nak membentuk.. Checkup sume naz buat sorang2 sebab takot sangat. Naz tak nak sape2 yang tahu. Mak abah sendiri pun tak tahu lagi masa tu. Si dia pun naz tak bagitau lagi. Lepas result keluar, baru naz bagitau mak abah n beberapa org yg rapat dengan naz kat sini. Bukan nak heboh, just nak prepare takot ada apa2 jadi nanti, diorang tahu... Naz dah jgka awal2, Cuma kena dapatkan kepastian dari doktor jugak kan..Selama sebulan lebih naz bahagia merasai nikmat kesakitan.. (^_^) kawasan pinggang selalu sakit2. Pelbagai usaha naz buat. Minum air banyak2, minum air beralkali tinggi, pH 8.5 then minum air daun pokok ape entah..hehe

Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil…buat checkup seterusnya, doktor sahkan semua dh clear dan dh normal balik. Cuma jangkitan kuman ada sikit la kat buah pinggang. Naz kena teruskan usaha minum air banyak2… =) insya-Allah..ada hasilnya nanti..checkup x buat lagi..mak dh pesan suh buat checkup skali lg nk tgk mcmna, nanti la naz buat..tunggu abis final exam..=)

Jangan risau ea…naz dah sihat…alhamdulillah, nak cuba tembamkan balik diri ni macam dulu..hahahaha…peace!!

1 jun-msa majlis mkn mlm untuk 4th year


            Sekian saja entry panjang berjela naz untuk kali nie…ilalliqa’ ya sodiqi..antum wa antumna fi qalbi… (^_^)


Sunday 20 May 2012

~Alunan Rindu Humaira II~


Sambungan…

Ok, naz sambung citer Alunan Rindu Humaira…

            Masa naz masih kat matrik, naz x la pandai fikir lagi. Buat kerja pun ikut kata hati, ikut nafsu. X fikir baik atau buruk. Tu la diri naz dari dulu lagi. Sem pertama banyak ajar naz tentang erti berdikari. Masuk sem kedua, naz diberi 1 tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai penolong kelas. Masa ni baru naz kenal erti AMANAH. Naz x tahu la naz ‘jumpa’ perkataan ni kat mana. Tapi naz terapkan dalam diri. AMANAH Allah ni kena jaga. Kena laksanakan elok2. Kat akhirat nanti macamna nk jawab bila Allah tanya??

            Akhir semester 2, hati naz ‘meronta-ronta’..xtahu la kenapa. ‘Meronta-ronta’ sebab ape pn naz xtahu. Naz mula tenangkan diri naz. Naz pergi 1 tempat, naz renungkan apa yg naz dh buat selama nie. Naz pergi tempat tu sorg jer. Petang2, tym xde keje, naz pergi la. Kadang2, ada jugak yg datang bilik cari naz..hehe.. kat tempat tu, naz rasa tenang sangat. Rupanya, sebab tu la hati ni meronta-ronta. Nak suruh naz pergi tempat tu rupanya… ni tempat dia…=)

Surau Al-Muttaqin di KMPh...=)


            Bagus rasanya bertemu dengan mereka.. A, R dan F..kalo disusun, jadi FAR..maksudnya JAUH…masih jauh perjalanan yang perlu naz tempuh. Too FAR to know about life. JAUH lagi naz nak melangkah dalam mencari keredhaan Allah…=)

            Alhamdulillah…Allah gerakkan hati naz ke sana. Allah temukan dengan apa yang naz cari selama ni. Dari situ, naz tetapkan hati, mula menyepikan diri. Kawan-kawan pun dh x contact. Just sebulan skali tu naz antar la jugak mesej cute2 gitu. Sekarang je betul2 x contact sebab….nanti naz citer ape sebabnya..

            Habis matrik, naz diserang beberapa penyakit. Wohaaa!!(ayat wan..:-P) Allah bagi nikmat kesakitan =) dalam masa 6 bulan..sepanjang cuti tu, kena gastrik sampai badan jadi lemah. Gastrik ni memang dari kecik lagi naz kena. Selalu je pi klinik. Tapi bila da besar, makin kronik pulak. Then, selalu kena migrain. X cukup tido kot. Tambah2, doktor sahkan naz ada darah rendah awal tahun 2010. Memang teruk sangat rasa masa tu. Sebab tu naz asyik tolak bila kawan2 ajak keluar. Naz takot nanti, bila keluar, naz tetiba sakit or pengsan ke ape. X nak la susahkan dorang. Naz terpaksa tolak ajakan dorang. Xpe la. Duk umah, mak abah boleh tengok2kan. Dah abis cuti, naz perhatikan diri naz betul2 dalam cermin. Naz dah jadi kurus sangat2..hahaha…dlu berisi la jgk. Tapi dh tinggal tulang la pulak sekarang nie.. :-P tapi ape pun, smua tu nikmat. Ujian Allah semata-mata. Naz terima sebab Allah dh tetapkan hal tu untuk naz..

~Kalau kita BERUBAH untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita...~

Cuti abis, tiba masa masuk u pulak..haa, sebelum tu, naz kenal rapat dengan seseorang nie. Kami dh lma kenal sebenarnya. Akhir tahun 2010 lg. Cuma dekat2 nak msuk u baru la rapat. X nk bagitahu nama dia. X nk ape2 huruf pown. Haha…panggil si dia je ye. Sebab si dia ni la, lebih banyak perubahan naz lakukan untuk diri sendiri dan semestinya KERANA ALLAH…

            Kehadiran si dia nie boleh dikatakan memberi naz sedikit sebanyak semangat untuk berubah. Alhamdulillah,…smpai sekarang kami masih rapat.. =) dia banyak bantu naz secara ‘batin’nya…kami x pernah jumpa. X tahu pun diri masing2 ni mcmna. Cuma dari gaya dia, dari cra dia mnjwb persoalan, dari situ naz dptkan sesuatu dari si dia. Ada sesuatu yang mengikat kami…alhmdulillah…semuanya KERANA ALLAH.. kami cuba utk elakkan berhubung. Just contact pada hujung minggu. Dan sampai sekarang. Sampai ke tarikh hari ni 20 MEI 2012, kami masih rapat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Si dia la satu2nya sahabat terbaik yang selalu ada susah senang. Apa-apa hal, naz akan rujuk dia. Sama2 berbincang sebelum buat apa-apa keputusan. TAPI sebenarnya, hati naz masih x tenang.

            Naz x tenang sebab naz tau, antara LELAKI dan PEREMPUAN yg bukan mahram, mna boleh rapat. Mesej2 x boleh apatah lagi calling2. HARAM hukumnya. Ya Allah…naz sangat2 x tenang. Kadang2 naz menangis bila fikir apa yang naz da buat. Naz buat solat taubat. Naz istighfar byk kali. Naz buat solat tahjjud dan solat sunat hajat. Mintak dijauhkan dari semua tu. Naz cuba elakkan dari contact dia. Tapi biasala. Dah fitrah manusia. Nk jugak berhubung kan. Naz sendri x lari dari buat kesalahan.

            Naz nak cuba bincangkan hal ni dengan si dia. Tapi, x berkesempatan lagi. Si dia pun sibuk. Jadual si dia padat sgt. So, naz x nk kacaw even selalu je kacaw sebenarnya..haha…sampai la satu ketika, ada kuliah-mate naz ajak pergi satu forum…haa, nk tau forum ape?? Ni dia….forum KAFE CINTA..=)



           Dalam forum ni, banyak yang naz dapat.

*tujuan ketetapan hukum syarak - untuk menjaga kemaslahatan manusia
*tentang SESAT - org yg langsung x kenal Allah dan org yg kenal Allah tapi disaluti kesesatan (ni sama macam naz yang dulu)
*tentang nikah yg x sah iaitu nikah tahlil ngan nikah muta’ah (ni cra nikah org syiah)
*gejala khalwat

            Banyak la. Naz tulis cincai2 je dalam notes. Susah nak susun dan tulis kat sini..huhu..~

Yang pastinya, naz suka kata2 nie…

“KITA BERTEMU DAN BERPISAH HANYA KERANA ALLAH”

Ahli panel dalam forum ni sangat2 hebat iaitu IMAM MUDA NAZRUL, USTAZ NAZIM dan salah seorang student uniMAP, 4th year…kak FARAH ALINA…

            Kita kena mujahadah dalam melawan nafsu. Ustaz nazim mendifinisikan cinta ni begini ::::

CINTA itu sebenarnya kurniaan ALLAH s.w.t…
Daripada CINTA, lahirnya komitmen..
CINTA sebelum kahwin biasanya komitmennya adalah hawa nafsu..
CINTA lebih kepada kesian dan CINTA lebih kepada MAKSIAT..

Jadi, ustaz Nazim pesan :-

 BIJAK TANGANI CINTA SEBELUM KAHWIN DAN BUATLAH PERSIAPAN MASING2..

Imam Muda Nazrul pulak bagi tips untuk siapa2 yg mencari jodoh.
Guna DUS….ape tu????

D – doa supaya dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah
U – usaha dengan cara AJAK KAHWIN. Jumpa mak ayah masing-masing.
S – salimun aqidah (kalo x silap). Bina AQIDAH yang sejahtera dan betul2 takut pada Allah s.w.t..

            Alhamdulillah, naz bersyukur sangat2 sebab sepanjang forum ni, langsung x rasa mengantuk. Sempat lagi tau tgk isteri dan anak2 imam muda Nazrul..hehe…

anak sulung imam muda Nazrul

           Dalam forum tu jugak, naz ada bertanyakan soalan.
Ni jawapan soalan. Soalan dia, naz x nk sebut. Malu seyh…sbb ada kaitan dgn si dia..hehe

*sbb dilarang bermesej adalah untuk menjaga diri dari benda yg x baik..contohnya bernafsu.
*harus bermesej jika kalimah-kalimah itu baik. Maksudnya, berbincang tentang sesuatu hokum. (ni naz selalu buat dgn si dia. Sebab naz musykil dgn beberapa hal dan si dia la yang jawab mcm2 soalan yang naz tanya)
*x salah bermesej tapi perlu menjaga hati – maknanya, jangan masa mesej2 tu janganlah sampai terfikir bukan2 lak..(paham2 je a ea..hehe)
*boleh bertanya khabar, tapi jaga lah batasan

           Alhamdulillah, soalan tu la yang membuatkan naz rasa lega. Antara lelaki dan perempuan, memang x boleh nk mesej2 or calling2..tapi dibolehkan sekiranya ad urusan penting. Urusan yg betul2 urusan. Ataupun sekadar bertanya khabar. Kite pn mesti nak tahu khabar kawan2 kite kan. Kalo contact sekadar suka2, mereka nasihatkan baik x payah. JAGA BATASAN KALIAN okeh!…dan naz jugak buat macam tu.. ni la SEBAB naz dah jarang contact kawan2 lelaki naz. Kalo ad urusan penting, baru naz akan contact dorang. Bukan dah lupakan dorang. Naz Cuma nak jaga IKHTILAT(pergaulan antara lelaki dan perempuan). Naz takot nanti kat akhirat esok2 naz x dapat jawab kalo Allah tanya KENAPA KAMU BERHUBUNG DENGAN LELAKI YANG BUKAN MAHRAM TU? (contoh je ye).
Maaf tau kalo kawan sume terasa sebab naz lama x contact…

Then, malam hari yg sma dengan forum kafe cinta tu, ad slot VANILLA & COKLAT : Let’s Get married…


Seronok!!! Naz sempat bergambar dengan ustazah Fatimah dan suami dia…memang excited sangat nak pergi forum ni. Nak dengar apa yg ustazah dan suami dia bincangkan. Alhamdulillah..berkesempatan jumpa dia secara dekat. Bersalaman dengan dia… =)
Ustazah Fatimah Syarha with Dr Farhan Hadi..

bersama mereka!!

            Alhamdulillah…dalam forum ni jugak banyak yang naz dapat dan yang paling naz ingat adalah pesan ustazah. Dia cakap kite ni POMPUAN janganlah optimis sangat. Berkawan dengan perempuan jer.. boleh berkawan dengan lelaki. Boleh berurusan dengan lelaki TAPI lakukannya secara profesional dan ELAKKAN BERDUA-DUAAN…haa, tergamam habis naz.. naz ada jugak bincang bnda ni dengan sahabat satu kuliah naz kat u neh. Dia pun x sangka yang kite ni wanita x salah buat macam tu. Tapi kena pastikan la yang urusan kita tu bukan sia-sia…

            Apa yang penting, naz da dapat yakinkan hati naz sendiri. Naz nak jaga hubungan naz dengan Allah. Sebab Allah akan balas dengan mnjaga hubungan naz dengan manusia yang lain. Kalo ditengok-tengokkan la, lau kite wat sumthing untuk seseorang manusia tu, mesti kite nak sesuatu sebagai balasannya kan?? Tapi, lau kite buat sesuatu perkara IKHLAS kerana Allah, tanpa kita minta pun Allah tetap membalasnya…

          Di situ naz faham erti “Tangan yg MEMBERI lebih mulia dari tangan yg MEMINTA”

ALLAH MAHA AGUNG..  DIA la sebaik2 tempat untuk kita mengadu..

So, dah abis untuk perkongsian kali ni. Harap ada manfaat yang kalian dapat bila baca entry ni. Tulisan naz kali ni x la seberapa. Tapi naz rasa nak berkongsi dengan semua + ad request dari beberapa org..=) semoga bermanfaat.
Akhir kata, pupuklah hati untuk istiqamah melaksanakan perintah Allah..pupuklah hati supaya tekad untuk meninggalkan laranganNya.. jgn biarkan hati kte tenggelam..biarlah hati terus timbul..timbul dalam lautan cinta ilahi..semoga Allah memberkati hidupmu sahabat-sahabtku… =)
NAZ SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH S.W.T..
TERIMA KASIH UNTUK SI DIA…♥
insyaAllah...kami begini bila hubungan kami HALAL nanti...

“Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar…”


P/S::tajuk entry “Alunan Rindu Humaira” = ALUNAN RINDU adalah kerana naz amat merindui sahabat2 di luar sana. Sedikit sebanyak rindu naz terubat bila naz tahu sahabat2 naz baca entry naz.. =) terharu sgt2… HUMAIRA tu pulak panggilan si dia pada naz… =)