Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Monday 20 February 2012

Kuatkan Hatiku Ya Allah.....~





Setiap pagi. Saat mata mula celik. Hanya senyum terukir. Kadang alpa mengucap hamdalah. Astaghfirullahalazim. Itu aku. Yang selalu lupa dan leka. Bukan semua. Harapnya.

Melihat mereka yang jauh di perantauan, kini sangat tabah menyusuri sebuah perjalanan baru di bumi asing. Mereka yang pernah menjadi sahabat dan akan selalu menjadi teman sepanjang perjalanan ini.

Melihat abang dan kakak yang pernah aku kenal suatu masa dahulu di medan dakwah. Kini sudah punya keluarga, sudah punya kerjaya dan berjaya. Bahagia. Melihat mereka, yang akan melangkah menuju dunia baru. Teruja. Aku mahu jadi seperti mereka. Yang gigih membawa nama Islam. Tidak kira tempat, masa dan waktu. Yang tidak pernah meletakkan definisi 'jemu' dalam ensiklopedia mereka.
Aku kagum dan bangga pada mereka. Sedang aku? Masih merangkak menuju dan mencari tempat ini seharusnya. Menjejak medan di mana harus aku tapaki. Aku punya azam. Yang utuh. Di sini. Dalam lubuk hati yang tidak kelihatan oleh siapa pun.

Dari suatu sudut, aku melihat mereka. Yang dulunya pernah hebat suatu ketika. Bicara tentang Islam dengan penuh gah. Bisa membisukan suara-suara manusia. Memekakkan telinga-telinga umat dengan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Tiba-tiba mereka hilang. Hanya tinggal bayang. Dan debu yang mengekori. Aku hanya mampu memerhati dari kejauhan. Mereka, rupanya lumpuh di pertengahan. Ke mana menghilang? Di mana mencari? Tiadakah jalan untuk ketemu dakwah itu? Perasaan ini, hampa dan sedih. Pada mereka yang dahulunya penuh dengan kobar dan semangat. Kini tidak lagi.

Bagaimana aku nanti? Adakah suatu masa nanti aku akan seperti mereka? Ketakutan pada diri. Lenyap hati, hilang jiwa dan mungkin roh ini sesat untuk dakwah pada Islam. Bagaimana aku seandainya itu yang tertulis dalam kitab takdir diri ini?
Tidak. Aku tidak mahu itu jadi seperti mereka. Aku masih mahu berada di sini. Untuk Islam. Untuk dakwah. Dan untuk ukhuwah.

Ya Rabb, izinkan aku menjauh dari takdir itu. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.
Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya,
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,
Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,
Kuatkan hati ini wahai Tuhan,
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Sehelai Tudung Labuh....~

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.
Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .
"Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus."
Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.
* * * * * *
"Awak setuju dengan keputusan ibu?"
Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.
"Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?"
Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.
Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba ibu Humaiya menghalang dia bertudung labuh lagi. Humaiya sedar, ibunya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan ibunya terpaksa mengiyakan saja.
Ayahnya memberi lampu hijau kepada Humaiya untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Humaiya juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.
Humaiya yang kini sering menjaga solatnya.
Humaiya yang kini lebih elok keperibadiannya.
Humaiya yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Humaiya yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Dia sedikit pilu apabila ibunya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama ibunya kelmarin.
"Ibu rasa ibu tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap ibu?"
"Tapi bu, akak ...".
"Ibu rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Ibu rasa awak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang awak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je."
Nada suara ibu Humaiya yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh ibunya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur ibu!
Apabila diimbas kembali, Humaiya sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk ibunya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan ibu.
"Akak! Cepatlah, giliran akak ni." Balqis merungut melihat kakaknya mengelamun.
Humaiya tersentak.
"Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah."
Balqis mengeluh panjang.
Humaiya turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan ibunya. Ibunya cuba mencari perhatian Humaiya, tetapi gagal.
"Humaiya! Kenapa bermasam muka dengan ibu? Humaiya mahu jadi anak derhaka ke!."
Humaiya tersentak. Ibunya tiba-tiba melenting.
"Akak minta maaf ... akak tak bermaksud nak..."
"Itulah Humaiya! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang ibu tak kasi buat!"
Belum sempat Humaiya berkata kata, ibunya kembali melenting. Humaiya segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Balqis terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.
"Maafkan akak bu..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka..."
Tangisan Humaiya makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Humaiya runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh ibunya. Rasa kesal menyelubungi diri.
"Urghh, tak patut aku bermasam muka!."
Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Humaiya beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati ibunya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.
"Aku kena betulkan keadaan."
Humaiya nekad.
* * * * * * *

Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami ibunya. Humaiya menyelinap masuk ke dalam bilik ibunya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah ibunya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Humaiya. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya ibunya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek ibunya .
"Harap harap mama baca lepas aku pergi besok...", monolog Humaiya.
Awal pagi berikutnya Humaiya segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.
* * * * * *
"Humaiya ....".
Ibu Humaiya menitiskan air mata membaca surat Humaiya . Surat itu menjelaskan segala isi hati Humaiya, ibu Humaiya sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya...
* * * * * *
Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Humaiya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.
"Assalamualaikum! Humaiya dah balik!"
Humaiya membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .
"Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?"soal Balqis.
"Penat sangat..."
"Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau."
Humaiya senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.
"Ibu minta maaf...ibu tak patut halang Humaiya, lagipun kalau Humaiya pakai macam tu terjagalah sikit anak ibu ni..."
Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .
"Humaiya pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil."
Humaiya terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .
"Sehelai Tudung Labuh"
from  ibu :)
Humaiya tersengih.
TAMAT.




~Mengukur Cinta~

Di dalam Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa'ad bin Abi Waqqash untuk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa'ad. Keduanya mulai berdoa. Sa'ad berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti saya berjumpa dengan musuhku, berilah saya musuh yang sangat perkasa. saya berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga saya berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah saya musuh yang gagah perkasa. saya berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti saya bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). saya akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika saya berjuang di jlnMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa'ad mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa'ad bercerita kepada anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lebih baik daripada doaku. Di senja hari saya lihat hidung dan telinganya tergantung pada seutas tali.”

Kisah ini telah melukiskan sebuah cara untuk mengukur cinta kita pada Allah. Sementara ramai yang berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dapat bertemu dengan Kekasihnya sambil membawa sesuatu yang bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kepada anda: “dari mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dengan kolusi dan korupsi, dengan memalsu kuitansi, dengan mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yang telah engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dengan dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga saya dipanggil menghadapMu.” Allah dengan murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dengan seorang hamba lain yang ketika di Padang Mahsyar berkata kepada Allah:

“telah ku tahan lapar dan dahaga di dunia, telah ku basahi bibirku dengan zikir, dan telah ku curahkan waktu dan tenagaku untuk keagungan namaMu, telah ku hiasi malam ku dengan ayat suciMu dan telah ku letakkan dahiku di sejadah untuk bersujud pada kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yang lebih dari itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dengan membawa amal yang bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yang akan menyenangkanNya?

wAllahu a'lam bisshawab...



Bagaimana Harus Aku???

1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
Ramai yang impikan kebahgiaan dan kasih sayang terjalin... Tapi ramai tak mampu capai dan impian kosong semata2 krn hanya mengharap xberusaha serta tak tahu bagaimana nak capai impian itu ???



Pesan Ustaz, Jika inginkan kebahgiaan dan kasih sayang yang sejati, JAGALAH HALAL DALAM KEHIDUPAN "setiap langkah dan perbuatanmu". InsyaAllah akan tercapai...


*HALAL - pakaian, makanan, minum, tonton, percakapan, tulisan, persahabatan, pekerjaan, dll


p/s: Usahalah dapatkan PAHALA "halal" dalam setiap pkr yg dilakukan jika inginkan KEBAHGIAAN DAN KASIH SAYANG...

Bila inginkan Kebahgiaan dan selamat dalam kehidupan..pikirlah mcmni..


"Aku buat ni HALAL Ke HARAM, Aku Pakai Ni HALAL Ke HARAM, Aku kerja ni HALAL ke HARAM, Aku tulis ni HALAL ke HARAMHALAL "pahala" dll...". Semuanya perlukan persoalan begini... Pilihlah untuk selamat semuanya dan barakah dariNYA... InsyaAllah

Haruskah diuji untuk kita lihat keikhlasan ?
Bukankah keikhlasan itu hadir dihati dengan sendirinya ?


*Jika aku mahu keikhlasan dari seseorang untuk menyayangi jgnlah menguji, sepatutnya sama2lah zahirkanlah keikhlasan kasih sayang itu... InsyaAllah kasih sayang itu akan sama2 dpt dirasai dgn ikhlas...

Aiman - Kalau AKU dpt Isteri SOLEHAH mesti bahagia kan ?
Eiman - Ya! InsyaAllah tp HG mestilah SOLEH dulu :)


P/s : TIDAK AKAN MILIKI KASIH SAYANG KLU DIRI TAK PERNAH MULA MEMBERI KASIH SAYANG. Tidak akan dapat merasa NIKMATNYA SOLEHAH jika diri tak SOLEH.


Jom! mulakan dengan diri kita... INSYAALLAH

Pekerjaan/Perniagaan yg diusahakan kita adalah ibadah, peliharalah ia dgn amanah krn Allah. Semoga kehidupan ini disinari keberkatan dan kebahgiaan yg diimpikan...


*Didalam memelihara amanah "PEKERJAAN", jgn sesekali lupa yg WAJIB "Solat, Aurat dll".

~Percaya PadaNYA~





Ini ada satu kisah. Kisah kepercayaan...


Isteri : Abg, nk email...skali ngn password..
Suami : Syg nk buat ape??
Isteri : nk hack...
Suami : lain mcm je bunyi..
Isteri : x boleh ke?
Suami : ok2...email abg....$*%^^@.....password...%%&##...
Isteri : terima kasih abg...sbb percayakan syg.. (^_^) sbenarnya kan, syg sje nk uji abg. x penting pun smua tu. syg cuma nk tgk tahap kpercayaan abg. lgpun, ada something syg nk konsi dgn abg..rhsia kite...:-)
Suami : =,=" (terharu) owh..terima kasih syg!..


saling percaya mmpercayai umpama gam yg mengeratkan lg sesebuah perhubungan...begitu juga kita dgn Allah. Percayalah dgn janji-janjiNYA..moga terus istiqomah di jalan Allah...(^_^) ♥~