Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Tuesday 17 December 2013

Tarbiyah Itu Manis.... (Part 2) ~



Kenapa MATI tu menjadi rahsia Allah?? Ada hikmahnya... :-)

cuba kaitkan dengan urusan dunia.. mana yang sama? kat situ, akan jumpa hikmahnya...

baiklah, sebagai student, kita ambil contoh FINAL EXAM.. seblum final, banyak perkara yang bermain di fikiran. Masing2 terfikir, apa yang akan masuk final nanti? soalan yang macam mana? bab berapa?

Disebabkan tu, masing-masing mula study bersungguh-sungguh. Buat persediaan rapi nak hadapi final tu. Study bagai nak rak. Berjaga sampai tengah malam. Kadang langsung tak tido malam sampai la esok pagi. Berjaga semata-mata nak prepare diri sepenuhnya untuk final exam..

jadi, KEMATIAN, macam tu jugakla. sebab tu Allah rahsiakan tarikh kematian kita. Tapi Allah bagi petanda. Allah bagi soalan bocor kat kita. Supaya kita semua bersedia untuk hadapi kematian tu. Supaya kita buat macam urusan dunia. bersungguh-sungguh buat persediaan nak hadapi kematian..

tapi, berapa ramai yang sedar tentang perkara ni? nampak macam semua, lalai dengan dunia...
Moga masih ada kesedaran dalam diri tentang akhirat.... ;')

Sunday 15 December 2013

~Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie~






        Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

        Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

       Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

       Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

       Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

       Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

       Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”