MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
• Niat kerana Allah
iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan
yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan
kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan
berterusan seperti mana firman Allah ; “ Satu keturunan yang
sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)
• Supaya dapat menjaga pandangan
dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari
menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat
.Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w
bersabda ; “Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada
jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang
yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”
• Bijak memilih isteri yang bakal
menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w
bersabda ; “Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi
pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan
yang sekufu”
• Memilih isteri yang mempunyai
akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan
kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. “
Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan
mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana
harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap
zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik
telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )
• Menjauhkan diri dari
mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi
kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;
“ Siapa yang mengahwini
perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu
kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya kerana hartanya,perkahwinan
itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang
mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu
kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan
supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan
silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya”
(hadits riwayat Abu Nuaim)
Ingin penulis berkongsi bersama
kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;
“ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi
sepenuhnya”
dan
“Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk
saling berkasih sayang” Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada
kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian
…Wallahu’alam..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya… Lelaki wara’
menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya… Lelaki yang baik
tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya… Lelaki
wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah
hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…