Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Sunday 27 November 2011

~Permulaannya Di Sini~

Aku seorang manusia…yang lahir daripada cinta anak Adam dan Hawa…
Membesar dalam sebuah keluarga yang mewah dengan kasih sayang…
Namun aku masih belum puas…ya…semestinya aku masih belum puas kerana aku seorang manusia… manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki…
Aku mengaku diriku begitu, kerana aku tidak pandai brpura-pura…aku lebih suka berterus terang… itu sifatku yang digilai ramai…hahaha
Aku sebenarnya masih tercari-cari diriku…Berenang merentas arus yang menggila…berusaha merungkai apa yang tersirat di sebalik sebuah kehidupan ini..

Siapa aku?
Aku adalah aku…
Manusia yang tidak berperasaan…
Seorang wanita buruan lelaki…
Seorang anak yang x mengenang budi…
Seorang hamba Allah yang hina lagi keji…
Itu adalah aku suatu masa dulu..yang x menghargai erti sebuah kehidupan…
Kini aku sedar…aku bukanlah sesiapa..aku sedar kini siapa diriku sebenarnya…aku menginsafi diri..mendekatkan diriku padanya,mengabdikan diriku seikhlas-ikhlasnya setiap malam…
Aku menjadi tenang…memohon agar diriku sentiasa dilindungi olehNya..
Kini aku semakin rasa dihargai…bila mana ramai yang hadir menghulurkan kasih sayangnya..
Namun maaf, aku tidak dapat menerima…
Terlalu ramai, dan aku merasa terlalu mewah..aku bahagia dengan kasih sayang sahabat-sahabatku…
Aku ingin kekalkan semua itu sampai bila-bila…menjadi sahabat yang setia..
Aku hargai kini setiap detik nafas yang aku hembuskan..
Aku hargai kini segala-galanya yang aku peroleh selama hidupku ini…
Aku hargai kini limpahan kasih sayang sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian…
Dan kini, aku sedang melatih diriku menghargai kasih sayang dan cinta ALLAH kepadaku…sesungguhnya aku teramat bahagia dengan segala nikmat kurniaannya kepadaku…
Andai ditakdirkan DIA menyayangiku lebih dari sesiapa yang menyayangiku, redhai aku untk pergi menuju menemui CINTANYA… agar aku tenang bersemadi…
Maafkan aku,andai aku tidak bisa menerima huluran cinta kamu, wahai sahabat-sahabatku…




~Keindahan Masjid Bukhari~