Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Sunday 15 November 2015

~Mungkin Ini Takdirku Di Sini....~

September 2014

Assalamualaikum semester 7...! (^_^)

     Agak lama sy x menge'POST' dalam blog ni. Sekadar menyepi di laman FB dan emel. Malam ni, terasa nak bagitahu sesuatu. tapi apakah?

     Orang kata, makin tinggi kita belajar, makin tinggi jugak la tahap kesusahan nak belajar tu. Tapi Allah dah janji, "inna maal 'usri yusra"-"sesungguhnya bersama kesulitan, ada kesenangan". Jadi, yang penting kena yakin dengan diri yang kita boleh hadapi semua. Allah kan ada? :-)

     Semester ke-7..Ini adalah semester yang sangat tough jugak la. Sebab apa? sebab semester ni adalah semester pertama bagi tahun terakhir aku kat UniMAP ni. Allah..Tup tup, dah nak habis dah belajar rupanya. Insya-Allah, September 2015, aku akan bergraduasi dengan sahabat-sahabat perjuangan yang lain. Tak sangka kan? Sekejap je masa berlalu. Hampir 4 tahun bergelar mahasiswi.

**Mak abah, your daughter ni BAKAL jadi ENGINEER! weee~


   

Sunday 16 February 2014

~Tarbiyah itu manis...Part 3..~

AHLAN WASAHLAN semester 6!

      Semua orang impikan untuk hidup senang. Betul tak? Iye la tu. Siapa tak nak hidup senang kan? Tapi kena ingat, tak susah nak senang. Tak mudah nak susah. Eh, betul tak ayat tu..Lantak la ^_^
Alhamdulillah...5 semester dah berlalu. Sekejap je masa. Masih dapat rasa aura-aura first year dulu, haha. Ada 3 semester lagi untuk dihabiskan. Insya-Allah, Allah akan permudahkan urusanku nanti.

     5 semester. Bukan satu jangka masa pendek. Macam-macam yang berlaku sepanjang 5 sem aku kat U ni. Macam-macam jenis manusia yang aku jumpa sepanjang aku kat sini. Subhanallah...Maha suci Allah yang menjadikan jalan hidup aku, sebuah perjalanan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun cuma sedikit. Ya, aku akui.. Aku bukanlah manusia yang sempurna. Orang-orang selalu akan mengharapkan yang sempurna je kan? Mungkin mereka lupa, hanya Nabi Muhammad S.A.W. sahaja manusia yang sempurna kat atas muka bumi ciptaan Allah ni.

    Perjalanan menuntut ilmu..ada pahalanya. Beruntung andai kita tergolong dalam golongan yang syahid ketika menuntut ilmu. Tapi layakkah kita untuk tergolong dalam golongan tu? Kadang-kadang, aku tanya diri balik. Apa yang aku buat sepanjang 5 semester aku kat U ni? Muhasabah diri banyak-banyak..Allah...

    Alhamdulillah. Aku punya usaha. Ada peningkatan dalam prestasi aku. Masih ada 3 semester untuk kejar kejayaan. Tak3!!! Sampai bila-bila...sampai aku mati, aku nak berjaya. Tu azam aku sejak dulu. Sejak aku mula melangkah ke sekolah sampai la kat universiti sekarang nie.

     Memang aku banyak buat dosa. Aku akui yang tu. Dan banyak kali juga aku bertaubat. Minta supaya Allah bantu aku untuk bangkit jadi hambanya yang solehah. Tapi pasti, ada je halangan untuk aku istiqamah. Tapi tak ape. Itu tarbiyah dari Allah. Aku diuji dan teruji dengan semua yang berlaku. Kadang-kadang, bila iman rapuh, aku menangis sendirian....aku menangis....dan terus menangis...

    Itu yang mampu aku buat. Iman aku masih lemah. Terlalu rapuh untuk hadapi setiap ujian dan cubaan yang Allah beri. Tapi aku yakin..Aku yakin semua tu Allah hadiahkan supaya aku mampu berdiri atas kaki sendiri. Jadi hamba yang terbaik buatNYA...dan jadi umat Rasulullah yang lebih baik dari sebelumnya..

Allah.... :'(

Monday 13 January 2014

Syahwat Lelaki Teransang 30 Kali Sehari ~

Sedarlah Wanita Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaatdi tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapibermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang.

Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki."Di Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel...."
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini adalah semulajadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing.Ikut saranan al-Quran dan hadis.

Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapitidak menutup bahagian sensitif.Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Sama-sama kita fikirkan..

Tuesday 17 December 2013

Tarbiyah Itu Manis.... (Part 2) ~



Kenapa MATI tu menjadi rahsia Allah?? Ada hikmahnya... :-)

cuba kaitkan dengan urusan dunia.. mana yang sama? kat situ, akan jumpa hikmahnya...

baiklah, sebagai student, kita ambil contoh FINAL EXAM.. seblum final, banyak perkara yang bermain di fikiran. Masing2 terfikir, apa yang akan masuk final nanti? soalan yang macam mana? bab berapa?

Disebabkan tu, masing-masing mula study bersungguh-sungguh. Buat persediaan rapi nak hadapi final tu. Study bagai nak rak. Berjaga sampai tengah malam. Kadang langsung tak tido malam sampai la esok pagi. Berjaga semata-mata nak prepare diri sepenuhnya untuk final exam..

jadi, KEMATIAN, macam tu jugakla. sebab tu Allah rahsiakan tarikh kematian kita. Tapi Allah bagi petanda. Allah bagi soalan bocor kat kita. Supaya kita semua bersedia untuk hadapi kematian tu. Supaya kita buat macam urusan dunia. bersungguh-sungguh buat persediaan nak hadapi kematian..

tapi, berapa ramai yang sedar tentang perkara ni? nampak macam semua, lalai dengan dunia...
Moga masih ada kesedaran dalam diri tentang akhirat.... ;')

Sunday 15 December 2013

~Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie~






        Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

        Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

       Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

       Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

       Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

       Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

       Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Sunday 24 November 2013

Tarbiyah itu manis ...(part 1)

~Ada satu persoalan..Dari adik-adikku( bukan adik kandung tapi TETAP ADIKKU)..~

1. "Akak, saya nak jadi macam akak. akak boleh tolong saya?"
2. "kenapa akak suka senyum je? orang marah ke, main-main ke, akak senyum je.."
3. "akak, macamna kalau ada orang fitnah akak. Ape akak akan buat?"

1. Allah...akak tak sempurna. Tapi akak cuba untuk jadi yang trbaik. buat semua orang terutama sekali untuk KELUARGA akak..yang penting, niat dalam hati, nak buat sesuatu perkara tu adalah kerana Allah. Bukan untuk kesenangan diri semata-mata. Memang orang selalunya akan buat sesuatu untuk diri dia je. tapi akak tak. Akak cuba buat sesuatu yang boleh bagi manfaat kat orang lain jugak. akak suka berkongsi. Bila perkongsian akak tu boleh buat orang lain gmbira, akak bahagia.. :-)

2. Akak senyum, tak bermakna akak tak pernah sedih. kadang-kadang, senyuman akak adalah semata-mata untuk menutup kesedihan akak. Akak tak suka bila ada orang tanya, kenapa akak sedih? apa yang jadi? sebab nanti akak nangis..wuu....akak lebih suka menangis sorang-sorang..sebab akak nak, hanya Allah yang dengar tangisan akak. tapi kan, kadang-kadang, akak nangis jugak depan orang.. :-D cuma ada yang pesan, teruskan senyum sebab senyum tu penawar. Bukan pada diri, tapi orang lain jugak.(dapat pahala free)

3. orang fitnah..hmmm..Entahlah. Akak tak kisah pun dia nak buat ape. Cuma akak nak pesan kat dia, ingat Allah banyak. Tak perlu nak sampaikan cerita kalau cerita tu TAK ADA KAITAN langsung dengan dia. Even nak busy body sekali pun, cukup la sekadar amik tahu. tak perlu buat cerita bukan-bukan dan sampaikan pulak kat kawan-kawan lain. dan kawan-kawan lain pulak, jangan jadi B*D*H untuk percaya tentang perkara yang kita tak tahu benar atau tidak usulnya. Nak tahu, direct kepada orang yang berkenaan. Kan mudah? Tak ada lah timbul fitnah.

Mungkin itu caranya Allah nak tarbiyah hambaNYA. Diuji berkali-kali. Nak tengok hati tu kuat atau tak. Nak tengok IMAN tu goyah atau tak. Memang manusia, dia akan dengki, cemburu..iri hati dengan kejayaan orang lain(kejayaan dari segi apa pun).. Mak abah pun ada pesan,

"kat U nanti, kalau ada orang dengki dengan acik, acik sabar jah..telefon mak(story mory).. Jangan balas balik. terus buat baik kat dia. Allah tolong nanti. Lama-lama, dia senyap la tu..."

Sekarang, Allah tengah tarbiyah. Sebab Allah nak hamba DIA ni terus kuat. Dakwah kat orang. Nabi dulu, diuji macam-macam. Lagi teruk dari ni. Takkan sikit pun tak leh lawan?

Hati akak sedikit terubat bila muhasabah diri macam ni. Ingat kisah2 nabi. Ingat tentang nasihat-nasihat  baginda. Dan paling penting sekali, berbicara dengan Allah..

macamana tu?? haa, mudah je dik. Tiap kali baca al-Quran, jangan lupa baca tafsirnya sekali.. Allahu... seronok bila rasa macam kita sedang bercakap dengan Allah...
*akak suka bila kita saling berkongsi ilmu, tentang tajwid, tentang fiqh... :')
*Diri ni serasa kerdil sekali..BUKAN di hadapan manusia, tapi di HADAPAN ALLAH!

Friday 24 May 2013

Agamamu Pilihanku...


MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

 • Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ; “ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ; “Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. “ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )

• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya kerana hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” 
(hadits riwayat Abu Nuaim)

Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;
 “ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” 

dan

 “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang” Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

 Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa … Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya… Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya… Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya… Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…