Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Sunday 20 May 2012

~Alunan Rindu Humaira II~


Sambungan…

Ok, naz sambung citer Alunan Rindu Humaira…

            Masa naz masih kat matrik, naz x la pandai fikir lagi. Buat kerja pun ikut kata hati, ikut nafsu. X fikir baik atau buruk. Tu la diri naz dari dulu lagi. Sem pertama banyak ajar naz tentang erti berdikari. Masuk sem kedua, naz diberi 1 tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai penolong kelas. Masa ni baru naz kenal erti AMANAH. Naz x tahu la naz ‘jumpa’ perkataan ni kat mana. Tapi naz terapkan dalam diri. AMANAH Allah ni kena jaga. Kena laksanakan elok2. Kat akhirat nanti macamna nk jawab bila Allah tanya??

            Akhir semester 2, hati naz ‘meronta-ronta’..xtahu la kenapa. ‘Meronta-ronta’ sebab ape pn naz xtahu. Naz mula tenangkan diri naz. Naz pergi 1 tempat, naz renungkan apa yg naz dh buat selama nie. Naz pergi tempat tu sorg jer. Petang2, tym xde keje, naz pergi la. Kadang2, ada jugak yg datang bilik cari naz..hehe.. kat tempat tu, naz rasa tenang sangat. Rupanya, sebab tu la hati ni meronta-ronta. Nak suruh naz pergi tempat tu rupanya… ni tempat dia…=)

Surau Al-Muttaqin di KMPh...=)


            Bagus rasanya bertemu dengan mereka.. A, R dan F..kalo disusun, jadi FAR..maksudnya JAUH…masih jauh perjalanan yang perlu naz tempuh. Too FAR to know about life. JAUH lagi naz nak melangkah dalam mencari keredhaan Allah…=)

            Alhamdulillah…Allah gerakkan hati naz ke sana. Allah temukan dengan apa yang naz cari selama ni. Dari situ, naz tetapkan hati, mula menyepikan diri. Kawan-kawan pun dh x contact. Just sebulan skali tu naz antar la jugak mesej cute2 gitu. Sekarang je betul2 x contact sebab….nanti naz citer ape sebabnya..

            Habis matrik, naz diserang beberapa penyakit. Wohaaa!!(ayat wan..:-P) Allah bagi nikmat kesakitan =) dalam masa 6 bulan..sepanjang cuti tu, kena gastrik sampai badan jadi lemah. Gastrik ni memang dari kecik lagi naz kena. Selalu je pi klinik. Tapi bila da besar, makin kronik pulak. Then, selalu kena migrain. X cukup tido kot. Tambah2, doktor sahkan naz ada darah rendah awal tahun 2010. Memang teruk sangat rasa masa tu. Sebab tu naz asyik tolak bila kawan2 ajak keluar. Naz takot nanti, bila keluar, naz tetiba sakit or pengsan ke ape. X nak la susahkan dorang. Naz terpaksa tolak ajakan dorang. Xpe la. Duk umah, mak abah boleh tengok2kan. Dah abis cuti, naz perhatikan diri naz betul2 dalam cermin. Naz dah jadi kurus sangat2..hahaha…dlu berisi la jgk. Tapi dh tinggal tulang la pulak sekarang nie.. :-P tapi ape pun, smua tu nikmat. Ujian Allah semata-mata. Naz terima sebab Allah dh tetapkan hal tu untuk naz..

~Kalau kita BERUBAH untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita...~

Cuti abis, tiba masa masuk u pulak..haa, sebelum tu, naz kenal rapat dengan seseorang nie. Kami dh lma kenal sebenarnya. Akhir tahun 2010 lg. Cuma dekat2 nak msuk u baru la rapat. X nk bagitahu nama dia. X nk ape2 huruf pown. Haha…panggil si dia je ye. Sebab si dia ni la, lebih banyak perubahan naz lakukan untuk diri sendiri dan semestinya KERANA ALLAH…

            Kehadiran si dia nie boleh dikatakan memberi naz sedikit sebanyak semangat untuk berubah. Alhamdulillah,…smpai sekarang kami masih rapat.. =) dia banyak bantu naz secara ‘batin’nya…kami x pernah jumpa. X tahu pun diri masing2 ni mcmna. Cuma dari gaya dia, dari cra dia mnjwb persoalan, dari situ naz dptkan sesuatu dari si dia. Ada sesuatu yang mengikat kami…alhmdulillah…semuanya KERANA ALLAH.. kami cuba utk elakkan berhubung. Just contact pada hujung minggu. Dan sampai sekarang. Sampai ke tarikh hari ni 20 MEI 2012, kami masih rapat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Si dia la satu2nya sahabat terbaik yang selalu ada susah senang. Apa-apa hal, naz akan rujuk dia. Sama2 berbincang sebelum buat apa-apa keputusan. TAPI sebenarnya, hati naz masih x tenang.

            Naz x tenang sebab naz tau, antara LELAKI dan PEREMPUAN yg bukan mahram, mna boleh rapat. Mesej2 x boleh apatah lagi calling2. HARAM hukumnya. Ya Allah…naz sangat2 x tenang. Kadang2 naz menangis bila fikir apa yang naz da buat. Naz buat solat taubat. Naz istighfar byk kali. Naz buat solat tahjjud dan solat sunat hajat. Mintak dijauhkan dari semua tu. Naz cuba elakkan dari contact dia. Tapi biasala. Dah fitrah manusia. Nk jugak berhubung kan. Naz sendri x lari dari buat kesalahan.

            Naz nak cuba bincangkan hal ni dengan si dia. Tapi, x berkesempatan lagi. Si dia pun sibuk. Jadual si dia padat sgt. So, naz x nk kacaw even selalu je kacaw sebenarnya..haha…sampai la satu ketika, ada kuliah-mate naz ajak pergi satu forum…haa, nk tau forum ape?? Ni dia….forum KAFE CINTA..=)



           Dalam forum ni, banyak yang naz dapat.

*tujuan ketetapan hukum syarak - untuk menjaga kemaslahatan manusia
*tentang SESAT - org yg langsung x kenal Allah dan org yg kenal Allah tapi disaluti kesesatan (ni sama macam naz yang dulu)
*tentang nikah yg x sah iaitu nikah tahlil ngan nikah muta’ah (ni cra nikah org syiah)
*gejala khalwat

            Banyak la. Naz tulis cincai2 je dalam notes. Susah nak susun dan tulis kat sini..huhu..~

Yang pastinya, naz suka kata2 nie…

“KITA BERTEMU DAN BERPISAH HANYA KERANA ALLAH”

Ahli panel dalam forum ni sangat2 hebat iaitu IMAM MUDA NAZRUL, USTAZ NAZIM dan salah seorang student uniMAP, 4th year…kak FARAH ALINA…

            Kita kena mujahadah dalam melawan nafsu. Ustaz nazim mendifinisikan cinta ni begini ::::

CINTA itu sebenarnya kurniaan ALLAH s.w.t…
Daripada CINTA, lahirnya komitmen..
CINTA sebelum kahwin biasanya komitmennya adalah hawa nafsu..
CINTA lebih kepada kesian dan CINTA lebih kepada MAKSIAT..

Jadi, ustaz Nazim pesan :-

 BIJAK TANGANI CINTA SEBELUM KAHWIN DAN BUATLAH PERSIAPAN MASING2..

Imam Muda Nazrul pulak bagi tips untuk siapa2 yg mencari jodoh.
Guna DUS….ape tu????

D – doa supaya dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah
U – usaha dengan cara AJAK KAHWIN. Jumpa mak ayah masing-masing.
S – salimun aqidah (kalo x silap). Bina AQIDAH yang sejahtera dan betul2 takut pada Allah s.w.t..

            Alhamdulillah, naz bersyukur sangat2 sebab sepanjang forum ni, langsung x rasa mengantuk. Sempat lagi tau tgk isteri dan anak2 imam muda Nazrul..hehe…

anak sulung imam muda Nazrul

           Dalam forum tu jugak, naz ada bertanyakan soalan.
Ni jawapan soalan. Soalan dia, naz x nk sebut. Malu seyh…sbb ada kaitan dgn si dia..hehe

*sbb dilarang bermesej adalah untuk menjaga diri dari benda yg x baik..contohnya bernafsu.
*harus bermesej jika kalimah-kalimah itu baik. Maksudnya, berbincang tentang sesuatu hokum. (ni naz selalu buat dgn si dia. Sebab naz musykil dgn beberapa hal dan si dia la yang jawab mcm2 soalan yang naz tanya)
*x salah bermesej tapi perlu menjaga hati – maknanya, jangan masa mesej2 tu janganlah sampai terfikir bukan2 lak..(paham2 je a ea..hehe)
*boleh bertanya khabar, tapi jaga lah batasan

           Alhamdulillah, soalan tu la yang membuatkan naz rasa lega. Antara lelaki dan perempuan, memang x boleh nk mesej2 or calling2..tapi dibolehkan sekiranya ad urusan penting. Urusan yg betul2 urusan. Ataupun sekadar bertanya khabar. Kite pn mesti nak tahu khabar kawan2 kite kan. Kalo contact sekadar suka2, mereka nasihatkan baik x payah. JAGA BATASAN KALIAN okeh!…dan naz jugak buat macam tu.. ni la SEBAB naz dah jarang contact kawan2 lelaki naz. Kalo ad urusan penting, baru naz akan contact dorang. Bukan dah lupakan dorang. Naz Cuma nak jaga IKHTILAT(pergaulan antara lelaki dan perempuan). Naz takot nanti kat akhirat esok2 naz x dapat jawab kalo Allah tanya KENAPA KAMU BERHUBUNG DENGAN LELAKI YANG BUKAN MAHRAM TU? (contoh je ye).
Maaf tau kalo kawan sume terasa sebab naz lama x contact…

Then, malam hari yg sma dengan forum kafe cinta tu, ad slot VANILLA & COKLAT : Let’s Get married…


Seronok!!! Naz sempat bergambar dengan ustazah Fatimah dan suami dia…memang excited sangat nak pergi forum ni. Nak dengar apa yg ustazah dan suami dia bincangkan. Alhamdulillah..berkesempatan jumpa dia secara dekat. Bersalaman dengan dia… =)
Ustazah Fatimah Syarha with Dr Farhan Hadi..

bersama mereka!!

            Alhamdulillah…dalam forum ni jugak banyak yang naz dapat dan yang paling naz ingat adalah pesan ustazah. Dia cakap kite ni POMPUAN janganlah optimis sangat. Berkawan dengan perempuan jer.. boleh berkawan dengan lelaki. Boleh berurusan dengan lelaki TAPI lakukannya secara profesional dan ELAKKAN BERDUA-DUAAN…haa, tergamam habis naz.. naz ada jugak bincang bnda ni dengan sahabat satu kuliah naz kat u neh. Dia pun x sangka yang kite ni wanita x salah buat macam tu. Tapi kena pastikan la yang urusan kita tu bukan sia-sia…

            Apa yang penting, naz da dapat yakinkan hati naz sendiri. Naz nak jaga hubungan naz dengan Allah. Sebab Allah akan balas dengan mnjaga hubungan naz dengan manusia yang lain. Kalo ditengok-tengokkan la, lau kite wat sumthing untuk seseorang manusia tu, mesti kite nak sesuatu sebagai balasannya kan?? Tapi, lau kite buat sesuatu perkara IKHLAS kerana Allah, tanpa kita minta pun Allah tetap membalasnya…

          Di situ naz faham erti “Tangan yg MEMBERI lebih mulia dari tangan yg MEMINTA”

ALLAH MAHA AGUNG..  DIA la sebaik2 tempat untuk kita mengadu..

So, dah abis untuk perkongsian kali ni. Harap ada manfaat yang kalian dapat bila baca entry ni. Tulisan naz kali ni x la seberapa. Tapi naz rasa nak berkongsi dengan semua + ad request dari beberapa org..=) semoga bermanfaat.
Akhir kata, pupuklah hati untuk istiqamah melaksanakan perintah Allah..pupuklah hati supaya tekad untuk meninggalkan laranganNya.. jgn biarkan hati kte tenggelam..biarlah hati terus timbul..timbul dalam lautan cinta ilahi..semoga Allah memberkati hidupmu sahabat-sahabtku… =)
NAZ SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH S.W.T..
TERIMA KASIH UNTUK SI DIA…♥
insyaAllah...kami begini bila hubungan kami HALAL nanti...

“Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar…”


P/S::tajuk entry “Alunan Rindu Humaira” = ALUNAN RINDU adalah kerana naz amat merindui sahabat2 di luar sana. Sedikit sebanyak rindu naz terubat bila naz tahu sahabat2 naz baca entry naz.. =) terharu sgt2… HUMAIRA tu pulak panggilan si dia pada naz… =)

Friday 18 May 2012

~Alunan Rindu Humaira ♥~

Alunan Rindu Humaira…

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

~Buat TEMANKU.. tiada MANUSIA yang MAMPU melarikan diri dari mempunyai MASA LAMPAU yang GELAP.. tidak kira kita BAIK atau JAHAT pada awalnya.. sebagai manusia, kita MUDAH TERGODA untuk MELAKUKAN KESILAPAN walaupun kesilapan itu KECIL sahaja.. jangan disebabkan kesilapan itu, kita MELEBURKAN IMAN dari hati.. MEMBUANG PELUANG untuk PERBAIKI DIRI dan terus TENGGELAM dalam DOSA dan NODA.. dan jangan kerana MERASA kita MANUSIA BERDOSA, kita TIDAK LAYAK untuk MENJADI BAIK di MASA HADAPAN.. MEMBETULKAN KESILAPAN adalah langkah pertama untuk kita MENCORAKKAN MASA DEPAN yang LEBIH BAIK..

:: kita insan BERDOSA.. kerana itu, kita perlu BERUBAH.
             Pertama sekali, tujuan entry kali ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak kegembiraan yang sedang naz lalui sekarang..(^_^) ianya tentang……CINTA….

             Sepanjang Ahad, hari ni lah yang naz rasa hari yang sangat2 melegakan hati naz..
Hari di mana segala ketakutan, kerisauan & rasa bersalah dalam diri naz lenyap bila segala persoalan yang bermain di fikiran terus hilang.. nk tau cmna bleh hlg?? Haa,,,,bce ni tau! J


            Sepanjang naz hidup, naz x kenal apa itu cinta..baik cinta hakiki mahupun cinta insani. Naz x pernah kenal…abis tu, mcmna nk tulis entry neh?? Laa,,,sbb dh knal la naz tulis entry ni. Xtau la kalo pnjg berjela atau seciput jer..pape pun, tgk jari la nk menaip panjang mana eh..hehe

Ni time kecik2..mse ni umur naz baru 2 tahun lebih..
            Dari kecik smpai umur naz 16 tahun, naz ada pegang satu prinsip iaitu naz takkan terpikat pada mana-mana lelaki dan mana-mana lelaki tu pun tak boleh pikat naz. NO! sebab naz xtau bab-bab cintan- cintun neh. Masuk tingkatan 5, ada la pengetahuan sikit2 dalam bab nie. Itupun lepas kongsi2 citer dgn member 1 asrama dan dari pembacaan sendiri..Tapi biasa la kan. Tym sekolah menengah, sume tu cinta monyet je orang panggil. Stil x tau pe benda tu CINTA.. (u_u)..

            Tym sekolah menengah memang ‘happening gilerrrrrr…’ seronok sangat2 ad ramai kawan yang satu kepala ngan naz neh. Msa sekolah menengah naz ada 3 orang kawan baik. Kawan yang selalu ada tym susah senang. 2 laki, 1 pompuan… x nk la mention nama kt sni. Sebab dorang la harta paling bernilai…harta yang naz ‘simpan’ dalam PETI HATI dan x nak sape2 pn curi!!

            Habis sekolah menengah kami masih selalu rmai2..buat reunion kt merata-rata tempat…ala…area Kelantan jer pon…hahaha… seronok sekali msa reunion kt Jeram Linang, Pasir Puteh...tgk budak2 main air, usha abg2 ensem….aih…syok gak…hahahahaha..mane ade la..x baik usha2 org…

Ramai2 reunion kat jeram linang...syokkk!

Dengan dayang...."beradik tiri"..hak3


Seronok sbb tiga2 dpt anugerah cemerlang msa percubaan spm 2009 =)


“Memories are wonderful to make, but sometimes painful to remember”

            Mmg mnyakitkan la kalo nk ingat2 jgk…sbbnye, ad 1 msa tu, kami 5 org gulz 5sains 1… pegi umah kawan baik naz ni, Alifah…nk tlg umi dia msk lauk utk mjlis tahlil arwah ayh kwn 1 sekolah. Ayh kawan tu ustaz kt sekolah kami. So, nk dijadikan cerita, siap2 msak pe sume, kami pi antar lauk tu. Masa tu dah maghrib. Nk keluar cabang ke jalan besar, Alifah yg drive kancil ni terus je msuk line. Agak2 dh tgk la kiri kanan kot..hehe..tp x lma lori kecik memotong kancil yg kitorg naik nie.. nasib baik lepas lori tu motong. Kalo x, kami potong lori tu cincai2..lumat!...eh2, x mgkin…hehe..

            Beberapa minit kmudian, kami x sgka, ad treler panjang nk memotong kancil dan lori kat depan kami..kete yg kami naik around 60/70 km/j cmtu la..ingtkan lepas treler tu nk memotong,tgk2 x..treler tu msuk line dpan kami. Treler tu himpit kancil yg kami naik..Allahuakbar!! tergamam smua. Nyaris trsangkut kt blkg treler tu. Nsib baik Alifah smpat elak. Kalo x, maghrib tu jgk kami berlima ni dah arwah kena gilis treler tu. Treler tu x lepas nk potong lori kecik yg kt depan kami..sbb tu jd mcm tu.. brsyukur sgt.. mse tu naz dh rsa insaf yg amat sgt..

            Sebelum tu ad slh sorg dri kami yg main2 sebut “ kang kite pulak yg jadi arwah kang..”…haa, tgk, Allah nk tunjuk…NYARIS JADI ARWAH… Alhamdulillah..smua selamat..naz dh insaf cket…tp baru cket..x cukup nk buat hati ni berubah kea rah yg lebih baik..

            Masuk je matrik…ala matrik HEBAT tuuuuuu… Kolej Matrikulasi Pahang(KMPh)..jap nk letak gambar..
pemandangan entah bila xtau...hehe


            Kt sni la naz kenal CINTA….cinta insani jer dan hanya secebis lagi cinta ilahi yg smpat naz kenal di sini. Dulu dan sekarang naz bukan la ‘hot’ pun nak kenal2 camtu. Tp xtau knpe, memang ramai yang nak kenal. Tambah-tambah naz ni memang suka melayan sape2 yang nak kenal or yang dah memang kenal. Nak kata ramah, hnya orang yang kenal naz je la boleh bagitau. Pi la Tanya dorang ek…hehe..

            Kt sini naz rapat dengan sorang budak laki tu. A la naz bg nma dia ek. Kami just kawan rapat. Dia nk couple, tp xtau la. Susah sgt hati ni nak terima mana2 lelaki. Then, akhirnya  A  tu cari lain lepas 2 bulan kami rapat…rapat sebagai kawan je la. X lebih. Bila dia dh ad girlpren, naz dh jauhkan diri dari dia. Sedih…maybe… hahaha… xtau la. Tp rsa nk jauhkan diri dari dia. Bukan nak jauhkan smpai x nk kawan. Just x nk rapat je la. Then, ad pulak sorg msuk ‘line’. Roommate A…R nma dia.. yg ni pun just ‘teman tapi mesra’…mmg x couple. X declare pape. Msih x boleh terima mana2 lelaki…R ada bg teddybear. Naz anggap ni sbgai tnda persahabatan…

teddy bear dari R..da tukar baju dh..hehe

mmg la naz suka kat dua2 laki tu. Tapi xtau la suka mcmna. Mgkin suka kawan dengan dorg or mgkin suka…..xtau la nk describe… masa ni, naz akui, naz masih jahil. Mudah sangat suka kat laki. Tp last2 2 mggu kami x contact. Risau jgk jadi pape kt R kan.then, naz tgk R post kt wall dia “No more loving others”.. naz tye R ape mksud post dia tu. R x nk bgtau. Then, naz buat assumption sndiri. Naz anggap yg dia x nk rapat dgn naz dh n mulai saat tu, kami dah x rapat. Sedih jugak la sbb…xtau..mgkin sbb perasaan suka tu yg buat naz sedih…sedih sbb suka kt laki yg dah sah2 bukan milik naz.. laki yg msih belom halal utk naz…(T_T)

            Then, ad lg sorg…kebetulan naz kenal dia..F namanya...naz kenal dia sbb dia yg gatal2 ngn member dia main2kan naz..hahaha…dorg rmai2 duk main reply ,esej naz guna enset kawan naz. Tapi F ni x duk kt matrik…dia asasi U…u mne, rhsia2.. dlm knl2 tu, F ajak couple jgk n nk tau pe naz buat??? Naz terima dia! Hahaha…hati ni mmg mudah la tergoda dgn laki… tp ntah laa… sbnrnya, ad 1 perasaan yg lebih halus,,jauh dlm hati ni yg mngatakan F pn xkan lama…n dekat 7 bulan jgk kami rapat, akhirnya, F amik keputusan nk ‘berhenti’…dia nk abiskan belajar dia dlu.. kali ni, naz mmg sedih jgk…seminggu menangis tiap2 malam…hahahaha…naz boleh terima apa yg dia minta..naz pn dh ready awal2..naz bca satu buku nie.. PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL.. buku ni lah yg menjelaskan pada naz..tentang sesuatu…sesuatu yg rupanya hati naz sedang cari..

suka baca buku nie!!!!


Dan di sebalik kesedihan tu jugak, ad sesuatu yg hadir… ya…sesuatu yang mmbawa naz menjadi diri naz sekarang… semuanya bermula…

            Mulai saat tu, naz bertekad untuk berubah. Naz cari diri naz. Naz rujuk dua perkara yg Nabi Muhammad tinggalkan.. al-Quran…dan juga sunnah beliau… even kecik2 dlu dh khatam al-Quran, naz umpama sedang belajar balik… belajar dari kesilapan2 yg pernah naz lakukan.. naz jumpa smuanya dan nil ah hikmah yg paling2 MANISSSSS yg pernah naz rasa…naz jumpa diri naz sebenar..sampai sekarang naz perbaiki diri.. Alhamdulillah….alhamdulillah…Alhamdulillah…. naz berjaya berkat doa mak abah..berkat didikan dorang..berkat bacaan surah Luqman tiap hari.. naz mendalami al-Quran dgn lebih baik…naz cuba fahami di setiap makna ayat2 Quran…dan sekarang naz masih begini…masih usaha…menghafal al-Quran..insyaAllah, ckup 30 juzuk…doakan naz berjaya.. =)

            Inilah CINTA HAKIKI….CINTA ABADI yg rupanya tersembunyi.. Allah uji naz dgn lelaki2 yg pelbagai…Allah uji naz jugak dgn nikmat2 kesedihan… kemudian Allah curahkan madu untuk mngubati kepahitan2 yg naz lalui… Allahuakbar.. sungguh nikmat sekali!

            Naz belajar dari bawah..ada satu ayat dari surah An-Nur..
Allah berfirman yg bermaksud : "Katakanlah wahai wanita yg BERIMAN :'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya,serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya.Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada SUAMI mereka...,atau AYAH mereka,atau AYAH SUAMI (bapa mertua),atau PUTERA-PUTERA mereka (anak-anak lelaki),atau PUTERA-PUTERA SUAMI mereka (anak tiri),atau SAUDARA-SAUDARA LELAKI mereka (adik-beradik lelaki),atau PUTERA-PUTERA SAUDARA LELAKI mereka (anak saudara lelaki bagi adik lelaki atau abang),atau PUTERA-PUTERA SAUDARA PEREMPUAN mereka (anak saudara lelaki bagi adik perempuan atau kakak),atau WANITA-WANITA ISLAM,atau budak-budak yg mereka miliki,atau pelayan-pelayan lelaki yg tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yg belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah.wahai orang yg BERIMAN supaya kamu BERUNTUNG." (Surah al-Nur 24:31)

            Dari ayat ni, naz jadikan supaya diri naz bersempadan..mcm ada tembok batu gitu la. Nk berkawan pn naz tgk, sape kwn naz tu. Laki ke pompuan. Then macam2 lagi naz pesan pada diri.. ingat mak abah selalu. X nk mak abah tanggung dosa anak dorg ni pulak kan..

            Beruntungnya naz rasa sbb masih diberi peluang.. peluang utk terus hidup, terus mngenal siapa CINTA ABADI naz…setakat ni, smpai sini dlu..ad smbungan..naz dh x larat nk tulis sbb mata dh berair…mutiara2 kalerful pun dh mngalir…hehe… sngt2 bersyukur sbb Allah bg peluang terima hidayahNYA…

P/S :::: Nanti naz sambung balik ea..nk kumpul kekuatan utk terus bercerita..ttg sesuatu. Tentang seseorang…dan tentang DIA…PEMILIK ALAM INI…

~TAZKIRAH umpama charger kepada phone..
PHONE tanpa CHARGER tak tahan lama..
Diri kita tanpa PERINGATAN ,TAZKIRAH , AL-QURAN tak akan kuat ..~

- USTAZAH FATIMAH SYARHA -

khas untukmu....