Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Sunday, 6 January 2013

:: Pintu Taubat : Aku Yang Berdosa ::



"Pintu Taubat". Pernahkah anda menonton sebuah siri drama di televisyen berbayar yang menyiarkan kisah seorang manusia yang lalai dengan pelukan duniawi dan akhirnya tidak sempat untuk bertaubat atas segala kesalahannya terhadap Maha Pencipta?

Rasa kesal dan sesal tidak lagi berguna jika nyawa betul-betul dihujung tanduk. Apa yang mereka boleh lakukan? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya"
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Gerun bukan? Cuba letakkan diri kita di saat nyawa betul-betul dihujung halkum kita. Tidak terkata dan terbayang dengan apa-apa yang akan berlaku. Saat mati itu adalah rahsia dari Allah, tiada siapa di atas muka bumi ini yang mengetahui saat bila kita akan dipanggil oleh nya hatta seorang ibu yang melahirkan dan menyusukan kita serta membesarkan kita pun tidak dapat meneka saat ajal itu tiba. Mati itu tiada diskriminasi, mahupun dia adalah seorang raja, hartawan, papa kedana, alim, penjenayah pasti akan merasai saat kematian.

Dalam firman Allah SWT mengingatkan kita bahawa;

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
(Surah Ali 'Imran ayat 185)


Jika berbicara mengenai taubat, secara automatik kita akan menyentuh sedikit perihal hidup dan mati. Mereka bertiga seolah-olah mempunyai link yang tersendiri dan unik untuk dikupas. Pasti pernah kita terfikir,

"Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?"
"Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di hari akhirat kelak?

"Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?"

Meremang seketika bulu roma apabila nama Malaikat Izrail disebut. Ibarat ia dekat dan sedang memperhatikan kita. Subhanallah...

Justeru sebelum terlambat, bersegeralah kita untuk memohon ampun dan bertaubat dengan segala dosa, kemungkaran dan kelalaian kita yang lalu supaya Allah dapat mengampunnya sebelum hembusan nafas kita yang terakhir. Renungkanlah sepotong ayat Al-Quran,

Surah Ali-'Imran ayat 135-136 untuk kita muhasabah dan hayati.
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal"

Wallah Anta A'lam..

::1.39 a.m
7 Januari 2013

Saturday, 5 January 2013

~Tidur...mengikut Sunnah Nabi..~




Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur..


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.




Sunday, 30 December 2012

~Suatu KEPASTIAN...~






Ujian Tuhan kepada semua insan..
Adalah kehidupan ini..
Yang baik menjadi tuntutan..
Yang buruk dijauhkan..

Syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan..
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi..

Neraka yang tercipta menghimpun azab derita..
Tangisan kesengsaraan insan..


Syurga... adalah kelazatan..
Terbentang buat HAMBA BERIMAN..
Yang kasihkan Tuhannya..
Yang kasihkan Rasulnya..
Yang kasih agamanya..

Neraka tempat kemurkaan..Antara kedurjanaan insan..
Yang lupakan Tuhannya..
Yang lupakan Rasulnya..
Yang lupa agamanya..


Siapakah yang lebih mulia...Dari mereka yang tidak lupa..
Janji Allah adalah KEPASTIAN...Dan nikmat syurga adalah indah..


::IN-TEAM::



Lagu ini..terlalu mendalam maknanya..orang yang ku sayang memperkenalkan lagu ini kepadaku..Dia adalah sahabatku dunia akhirat. Aku sayang padanya sekalipun kami x pernah bersua muka. Kerana apa? kerana Allah yang menrbitkan rasa sayang itu sekalipun kami saling berjauhan. Dia di selatan, aku di utara.

Kami mempunyai hobi yang sama. Suka mendengar lagu. Perkenalan kami bermula sebaik habis matrikulasi sedangkan kami sebenarnya 1 matrik!!!! haha...ajaib sungguh kuasa Allah..perkenalan kami sehingga sekarang masih kekal.. dan kami setia bersahabat sekalipun ku rasa pernah mengguris hatinya dengan dalam sekali suatu masa dahulu..

Sahabatku itu, tidak pernah sekali meninggalkanku...saat kami susah hati, kami saling berkongsi. Entah kenapa, aku selesa berkongsi masalah dan kegembiraan dengannya..kami saling ingat-mengingati. saling berkongsi. Terkadang diri ini lalai, dia ingatkan..

Sebagai seorang sahabat, aku kagum dengannya. Kekuatannya memberi aku semangat untuk meneruskan perjalanan ini... TERIMA KASIH WAN...Semoga kita berjumpa lagi di SYURGA...~


Friday, 28 December 2012

28/12/2012..Jumaat terakhir yang terindah!! (^_^)


28/12/2012..Jumaat terakhir dalam tahun 2012...




Entry kali ni, ku ceritakan dengan penuh rasa syukur dengan nikmat kehidupan yg kurasai...

Alhmdulillah..Alhmdulillah...alhamdulillah....Allah permudahkan urusanku...sekalipun ada urusan yg x sngaja ditinggalkan..huhuhu

hari ni, aku belajar bnyak perkara..
Aku belajar bagaimana untuk terus MENGHARGAI....
Aku belajar mnghargai nikmat MASA yg Allah beri padaku..
Aku belajar mnghargai mereka yang menyayangiku..
Aku belajar mnghargai setiap ilmu yang aku peroleh walaupun cuma secebis kata2..
Aku belajar bagaimana untuk terus mndoakan mereka yang turut mndoakan aku..



Hari ni, dia yang ku sayang col....

M : Assalamualaikum...ha, duk buat ape??
aku : wa'salam..duk rilex ja. rehat tahan sakit perut..
M : sakit perut? Ada kelas x ari ni?
aku : kelas? eh....jap...ada....(masa tu dh kul 10.30. kelas start kul 10)...waaaaaa.....x ingat la mak!!!!... "

ni la urusan yang x sengaja ditinggalkan..kena mak jgk yang bagitahu..bru ingat kot..haha... THANK YOU ummi! you are the best mom i ever had...



Hari ini jugak, dia yang ku sayang memberi satu kejutan..haha..kejutan yang sangat berharga..

"Iqah...sebenarnya kan...
sy dh x tahan dh...
maybe ni lah penamatnya..
sy harap iqah x bnci sy, x mrh sy...
mgkin ni lah petandanya...hmmm..."

Luruh jantung dpt mesej ni pagi tadi...rupa-rupanya.....SAJA NAK PEKENA ORANG...adoi laaaa Mr L...dush sebijik...



Hari ini, dia yang ku sayang sedang berhadapan dengan detik2 genting dalam hidupnya..

Mr A...ayahnya sedang menjalani pembedahan..aku turut merasai kesannya.. teringat abah di rumah. Bagaimana agaknya bila abah berada di tempat ayah dia yang ku sayang itu?? Allah....mesti aku lebih lemah dari dia. Mesti semangatku langsung terus melayang-layang entah ke mana. sekarang, aku cuma mampu menemaninya menghadapi saat-saat itu bersama. Sama-sama memberi kata semangat...semoga dia terus tabah.. aku tahu dia seorang yang kuat :')



satu persatu mereka yang ku sayang hadir. Saat diri ini perlukan semangat untuk menghadapi peperangan dunia... OH EXAM....

aku terus belajar dan terus belajar mnghargai setiap hembusan nafasku...

Allah...nikmatnya pemberianMu...terus aku katakan pada diri.."tidak ada nikmat yang lebih baik selain dari apa yg telah Allah beri..."

:') moga hati terus yakin...istiqamah...dan BERIMAN kepadaNYA...



Sekian sahaj untuk kali ini...insya-Allah..jika panjang umur, akan kuceritakan lagi sedikit sebanyak lumrah hidup yang ku lalui... (^_^)


Sunday, 4 November 2012

~Along......anak ibu....~


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. 
“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Ken
apa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.
 “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. 
“Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. 
“Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.

Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.

Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.

Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.

Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”

Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. 

“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
 “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. 
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.

Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. 
“Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.
 “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.

Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.

Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. 
“La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.
 “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur.
 “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.
 “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. 
“Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. 
“Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. 
“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”

Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
 “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.
 “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.

Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.

Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. 
“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. 
“Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
 “Along ni teruk tau.Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. 
“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.

Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.

Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.

Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.

Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. 
“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. 
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.

Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.

Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”

Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.
 “ Ada ” jawab Along pendek
 “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala.
 “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
 “ Ala , gurau ja la Abang Joe.Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.

Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.

Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.

Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. 
“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.

Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. 
“ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
 “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang.
 “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi.
 “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.”
 “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. 
“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. 
“No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. 
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang Along.
 “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk .
 “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” 
“Hari ni la…” balas Along.
 “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
 “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. 
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.

Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. 
“Ha..hadiah….untuk… …ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.

Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,

Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.
 “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. 
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.

“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka..

Friday, 2 November 2012

~Duhai Hati...~




Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?
Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...



Sunday, 14 October 2012

~Sejuta nafas Cinta~





      Sering aku tertanya,apakah itu CINTA?? adakah ianya hanya satu ungkapan yang bisa membuatkan dua hati bersatu?? adakah ianya hanya ucapan semata-mata yang bermain di bibir insan berhati sepi..maka, aku telah berusaha mencari makna di sebalik perkataan itu..meninggalkan segala-galanya yang ku miliki semata-mata untuk mencari makna kata itu..segala onak duri ku tempuh..lautan badai ku redah...aku terkandas di hamparan sunyi...

     Aku menangisi nasib diri...masih belum ku temui jawapan yang ku cari-cari...lantas ku bangun. Bertekad dalam diri untuk terus mencarinya...aku meneruskan perjalanan....berjuta-juta batu jauhnya. Saat itu, aku tidak mengenal erti putus asa. Aku biarkan diriku lelah sendirian..dan akhirnya,,aku pasrah...

     Aku melangkah longlai...menyusuri denai, mengharung arus deras sungai yang setia mengalir tanpa henti.Pelbagai rintangan yang aku hadapi untuk kembali ke tempatku....setelah berbulan-bulan lamanya,,aku smpai jua akhirnya...

     Di hadapanku,ramai orang berkumpul..menanti kepulanganku dengan air mata kegembiraan...di situ juga,,aku rebah..berlutut menangis kerana malu telah meninggalkan mereka yang masih setia di sisi...

     Aku sedar..rupa-rupanya, CINTA itu x perlu dicari..ianya datang sendiri dari lubuk hati terdalam..maka,,setelah itu,aku berjaya merungkai segala-galanya...CINTA itu abstrak kehidupan..yang mewarnai dan meredupkan hidup insan...pelbagai CINTA ku temui....apakah dia???

     CINTA ibu dan bapa...CINTA luhur yg tiada gantinya hingga akhir hayatku...pengorbanan mereka,,tidak dapat dinilai dengan emas permata.tidak jua boleh dibeli dengan harga seberapa pun...kerana merekalah aku berjaya menjejakkan kaki di dunia ini,,kerana mereka aku menjadi manusia,,kerana mereka aku dibentuk menjadi insan berguna di mata dunia. Ah,,betapa rendah diriku rasa bila mengenangkan wajah2 mulus mereka....TERIMA KASIH CINTA... kerana ia amat membahagiakan...

     CINTA sahabat....redup cintanya membuai taman hati untuk terus setia bersamanya...kala senang,kala susah..di mana jua keberadaannya. Kerana CINTA sahabat, aku mengerti erti SAHABAT SEJATI..di mana perlu ku cari dan aku harus memahami dirinya jua...biarpun dia sering ku sakiti,dia masih tetap di sisi..sedangkan lidah lagi tergigit..apatah lagi diriku insan yang lemah ini...maafkan diriku sahabat,,kerana aku alpa tentang kehadiran CINTA mu itu... TERIMA KASIH CINTA....kerana aku telah menyedari akan hadirnya CINTA sahabat2ku...

     CINTA ALLAH s.w.t.....betapa agungnya CINTA itu ku rasa...betapa kerdilnya diri ku ini mengenangkan CINTANYA yang tidak ku sedari...aku insan yang hina dina ini diCINTAINYA....setelah apa yang telah kulakukan,,CINTANYA terhadapku tidak pernah kurang walau sedikitpun...masyaALLAH...betapa agungnya CINTAMU....TERIMA KASIH CINTA...kerana mendekatkan diriku dengan penciptaku...

     Maka,dengan itu...telah ku ubah diriku agar menjadi lebih baik dari hari-hari semalam...telah ku tekadkan diriku untuk menjaga CINTA ini sebaik mungkin...kerana aku tidak mahu kehilangan CINTA-CINTA itu...yang telah membahagiakan diriku tanpa aku sedari....


~~~TERIMA KASIH CINTA.....untuk segala-galanya~~~

.:: HARGAI CINTA DI SEKELILINGMU KERANA CINTA ITU ADALAH SATU ANUGERAH::.

Nukilan,,
~~Naz Atiqah...9.30 / 9 Disember 2010...~~





**trjumpa di notes lama kt FB..=)