Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Wednesday, 11 January 2012

~Sendiri Menyepi~

Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…


mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala


benderang di hidupku..
Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…


Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini


resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..


**p/s: ni lgu feveret bila duk sorg2 kt blik...huhu~ asyik kena tinggal sorg2...(T_T)

~Tentang Jodohku~

●/
/
▌♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
CINTAILAH Seseorang atas DASAR Siapa DIA Sekarang dan Bukan Siapa dia Sebelumnya... kisah SILAM tak perlu diUngkit lagi Sekiranya kamu mencintainya kerana ALLAH... Terimalah Kekurangan dan Bersyukurlah dengan Kelebihan dia.. Persamaan membina Keserasian, Perbezaan itu Melengkapkan..
❤`•.¸.¸¸.•*❤

 
“Bismillaahir Rahmaanir Rahiim....

♥ Ya Rabb,,,
Izinkan aku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dgn kelopak AKHLAQ mulia,
Harum wanginya dengan ILMU AGAMA,
Cantiknya karna IMAN & TAQWA,



ღ☆ღ*ღ☆ღ*ღ☆ღ

Namun keindahan zahirnya aku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yg kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi puncak fitnah hati,,
(^_^)

Saya x bangga kalo pasangan saya ada Master @ PhD pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya belajar di luar negara pun..
Saya x bangga kalo pasangan saya bergaji besar pun...
Saya x bangga kalo pasangan saya cantik @ hensem sgt pun...

Tapi,saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA..♥



Andai Jodohmu belum tiba..Jangan Ditanya kenapa..
Tapi yakinkan hati....bahawa Adam yang kau nantikan itu sedang membina Sahsiah & Peribadinya..
Dia sedang berusaha Membina kepimpinan dalam dirinya agar nanti kau Selamat dalam Lindungannya ...
Adam itu pasti akan Hadir bagi melengkapkanmu nanti...
Bersabarlah kerana bila tiba masanya...
Allah sendiri yang akan menghantar Jodoh itu padamu...
Di Saat yang Tepat..dengan Insan yang Tepat..& di Pelabuhan yang Tepat..♥

 



Saturday, 7 January 2012

~Perjuangan Di Jalan Allah~

"Sesungguhnya...
hati itu milik Allah,
tatkala hati mengingatiNYA,
rindu mula mencengkam sukma..
terasa hangatnya CINTA YANG ESA,

dalam diam hati meronta..
dalam syahdu hati menangis...
sayu...
indah....
sukar untuk dilafazkan walau semanis bicara,
pastinya....
janji ROB itu benar..
"ALA BIZIKRILLAH TATMAIN NAL QULUB"

ku lafazkan pujian hanya untukMU
alunan dzikrullah ucapan bicara
ku turutkan hati hadir bersama...

di waktu sepertiga malam..
hamba ini mengadapMU...
terasa syahdu...
terasa kerdilnya diri...
terasa hinanya di sisiMU
titisan jernih keinsafan
tiada daya untuk ku tahan...
YA RAB...
Lemahnya diri..

YA RAHMAN..
YA HANAN..
YA MANAN...
hadirkanlah tenangnya jiwa..
sepertimana para mukminin dan solihin...
biar cinta ini hanya untukMU...
biar rindu itu untukMU
kurniakan ku kebaikan dunia dan akhirat
biar diri rasa terbuang..
biar diri disisihkan..
andai itu mendekatkan lagi diriku padaMU...
diri ini sanggup BERJUANG...!!!
namun,
segalanya dariMU..
kurniakanlah diriku kekuatan..
TanpaMU siapala daku..
peliharalah hati ini agar sentiasa mengingatiMU...."

* hamba ALLAH..

~Seribu Satu Cerita Tentang Adam dan Hawa~


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

~Diari Seorang Lelaki~

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. 
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. 
Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. 
Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. 

Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Sunday, 11 December 2011

~Asyik banget!!!!~



Assalamualaikum…(^__^)
Mlm ni ad sumthing nk cter…
Ni pasal pengalaman baru yang naz kutip..hehe
Sepanjang  9-11 disember, naz kena stay up kat KG UJONG BUKIT..
Ada program inovasi sosial (program anak angkat)..
Kami 10 org adik beradik angkat…smua budak2 kelas…
Gempak oww… :-P
Kamera mmg x lepas dr tangan…photoshoot sna, photoshoot sni..
Agak2 dh boleh bukak kedai dh…
Gelagat kami, ya ampun…kalah model! Hahahaha
Ok,,meh nk cter lg…
Hari 1st kami smpai, meriah jgk sbb org2 kg smbut kedatangan kami..mmg seronok sbb x sabar nk rasa keseronokan kawasan kampung..
Bukan sbb kami x pernah ad kampung, Cuma suasana yg berbeza..
Masa berbagi group, kami boleh plih dengan sape kami nk, so, bila 10 org dminta berdiri, bdk2 kelas termasuk naz sume bangun..hahaha
Bersorak budak2 ni…
Tp, bila kira2, ad lebih sorg..huhu~
Sarah tarik diri…dia join group dengan roommate dia..sedih :’(
Tp xpa, dia ad kawan…lega hati kami.. :-)
Dh siap2 bg group, petang tu xda apa2 aktiviti..so, kami Cuma rest je la..
Mlm….fuh~~ ni letih nk cter ni…
Mlm tu, mmg gempak sgt2…
Penduduk kampung  buat mjlis nyanyi2 la lebih kurg…muzik tradisional…
Sbb dorg nk perkenalkan muzik tanah air kita kt student2 international…
Dewan x la besar sgt…so, bunyinyer mmg sgt2 kuat…
Boleh pecah gegendang telinga dibuatnyer…
Bukan tu aje, international student pun kna buat persembahan jgk tau…
Boleh tahan tarian dorg wlaupun x paham lagu pe yg dorang pasang..hahahaha
Ad yg karaoke…erk…ni x best…best lg klau dgr suara sumbang naz ni…
Last skali, ktorg kna buat CHICKEN DANCE!!!!!
Sorry…naz bukan chicken, jd naz x joget2 pown…
Hanya mampu melihat…hahahaha
Sbelum msuk chalet msing2, mata kami disajikan dengan persembahan bunga api..
Cantik sgt… (^_^) dengan bulan penuh lg tu…
Then, dh habis smua, kami buat bed story smbil bergolek ramai2…
Err…yg ni women secret….xboley cerita yaa…

2nd day, pg2 lg kami berkumpul..breakfast..
Then, msuk hutan,pegi kebun rebung,daki gunung n masuk gua...
Balik2 jer, kami terus lari pergi rumah mak agkt..lepak2 kat sna…
Yg paling SYOK, naz tido atas kerusi smpai x ingat dunia…hahahaha
Sedar2, laksa dh siap ats meja..sian mak…penat2 msk untuk kami..huhu~
Naz pon, ape lg..mkn byk2…hehe..
Pkul 2 bru pakat blik chalet…nk tau buat ape??
Kami smbung tdo balik laaa! Hahaha
4.30 bru bgun..smua kalut bersiap sbb kna bertolak awl ke dewan kapitol..
X sempat mkn..huhu…Kelaparan sume..
Smpai kat  dewan, kami kena halau…student2 duk kt luar…aish..
Ape lg..kami serbu KFC…lapar sgt..huhu~
Puas hati jgk la dpt mkn..
Smpai chalet, tukar bju, smbung bed story, then trus tdo…

3rd day, xde ape2 aktiviti pown…
Lpas subuh2, naz amik kesempatan jalan2 keliling sawah…
Berdua je dengan……………………..ehem2…..
Dengan Alia laa…hehe…
Angin ribut..kuat sgt2…tp seronok la dpt sedut udara pagi….
Blik chalet, ajak2 kwn2 sume pegi skali lg…tp, breakfast dlu laa..
Mmg pi tgh sawah, shooting habis!
Tiap 1 meter amik gambo…haha
Pkul brapa xtau bru blik chalet…packing2 brg, then pkul 11.30 bertolak blik..
Terharu jumpa mak ngn pak…huhu~
Rsa rindu kat mak abah mkin membuak2…x sabar nk balik…
insyaAllah..bila ad peluang, kami akan cuba pegi kg ujong bukit tu lg…
mmg hujung r…

okeh! Setakat ni crita naz…ad msa terluang lagi, naz berstory mory lg ya! (^_^)

Wednesday, 7 December 2011

~Zaman kecik-kecik~

Assalamualaikum...
stiap org ad pngalaman hidup masing2 kan? penuh suka duka..
plg best msa kecik2 dlu...mlm ni xtau npe, tiba2 moment2 dlu terimbau..
nk cerita la kan, sy dlu noty sgt2!! haha..smua org kna buli..pdn muka!
tp last2, kna buli blik...aiyoo...layan~
sy org klantan tp mmbesar kt Sabah.then, pindah ngeri 9 n last skali, klantan blik..abah askar kan, so merantau jauh.
sbb tu, sume kwn2 kata, bla berckp ngn sy, xde pon slang klantan...
xpe la..x yh nk plik..hehe..kdg2 tu, kuor gak slangnyer..
ok, berbalik pd imbauan msa silam...
kami tggal dlm kem..hdup rumpun...dgn jiran2 pun berhubungan baik..
smpai skrg, x pernah lost contact...dh mcm 1 keluarga besar..
tiap kali ad event, kami rncg rmai2,pakat2 buat.. seronok sgt tym tu (^_^)
budak2..pe lg, beraya sakan...tdo smpai lwt mlm..
msa raya puasa, x dpt blik smenanjung..jd, smua kna raya dlm kem..
garaj jd tempat bakar lemang....penat sgt nk tggu smpai smua siap..
penat tau...penat main..hahaha
bla tym raya, yg ni la pling seronok...budak kecik mcm sy, mesti la pling byk dpt duit raya...
pernah skali, pergi raya rumah pgawai...
mse nk blik, wife dia x bg pn duit raya..dgn slambanya, msa slm, sy mintak ngn dia..biasala..budak kecik..haha
x perlu nk heran..
sharian raya...blik lewat mlm..mak abah penat cari...smpai je rumah, trus kna marah ke x silap..lupa la plak..hehe
esoknye, dh xleh round2 kem kutip duit...x sedih pon sbb dh byk dpt...
tu tym raya..

mse tadika dlu, suka sgt main longkang.,,longkang kt tepi rumah.
longkang tu besar, jd kami suka sgt main sberang2,,,
tetiba, jatuh...gedebup! dh la lumut penuh..
bla nk bgun, jatuh blik...licin kan..
mse tu dh takot...siap nangis..tp x nk kantoi ngn mak abah, usaha gak naik blik dr longkang tu..
blik umah, trus mandi..tp....pegi smbung main blik...
x reti penat...haha
duk dlm kem, mmg byk kwn..byk bnda boleh buat...mcm2...

ni kisah lucu..mse tu, mjlis akhir thun kt tadika..sy stil ingt smpai skrg..
utk pembukaan, kami kena buat persembahan pantun..
ok la sbb sume boleh ingat..serangkap sorg jer..
sy yg kna mulakan...skrip mmg dh hafal..
jd, sy pn mula la berpantun...
tp sy pelik sbb ibu bapa ngn cikgu2 sume mcm terkejut..
knpa?? sdap ke suara sy ni?? haha
abis je pantun, bru teringat, lupa nk bg salam rupanya..hahaha
sape yg x terkejut...
msuk kt bwh khemah, cikgu2 tersengih jer...malu sgt2 time tu...
hahaha...nsib baik budak lg..

tp, alhmdulillah, mjlis lncar...tgk la skrg ni, alhmdulillah berjaya jejakkan kaki ke universiti...



ok, stakat ni dlu ye..insyaAllah, ad ksempatan wktu, sy smbung cerita sy... 
wassalam...