Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Friday, 1 February 2013

Aku dan Tudung Labuhku.....~

Assalamualaikum...

     Masih terbayang di fikiran, sekitar OKTOBER 2012..waktu tu, aku sedang menghadapi TEST 1 untuk semester ketiga di UniMAP..seingat aku, hari tu hari selasa. Lupa dah tarikh dia bila..

     Malam tu, test probability and statistic. Punya la jammed kepala hotak sbb dari pagi stay smpai la ke malam struggle stdy (rajin la sgt kan :-P). Kul 6 petang, dh mula stop study dan tenang-tenangkan fikiran. Pegi mandi, ape semua dulu, sampai la pukul 7 malam, kaklong mesej. Katanya, nenek dh kritikal.

     Memang sebelum tu, nenek dikatakan akan dipindahkan ke ICU. Dah lebih seminggu berada di wad pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tapi tak sangka, secepat tu doktor nak pindahkan ke ICU. Padahal, belum kena bedah lagi. Sebaik je dapat mesej tu, aku terus call kaklong. Nak sahkan mesej dia tu sebab masih x percaya. Ye la...sebelum2 tu, family semua cakap nenek dah makin stabil. Tup! tup! Semakin kritikal pulak.

    Bila berbual dengan kaklong kejap, luruh rasa jantung nie. Terkejut sangat2. Air mata dah mula bertakung. Tapi tetap tahan sebab roomate ada. Tak nak menangis depan dia. Tak biasa pun nangis depan orang. Tapi dia dah perasan air muka aku dah lain. Jadi, aku biarkan ja. Dia tanya pun, aku x dapat nak jawab. Sebak sangat masa tu.

     Kakak bagitau yang dia ada post kat FB. Dia xmau kacaw aku sebab nak test kan. Dia post status sejak petang lagi. Aku terus bukak laptop dan cari post dia tu. Ya...memang ada..aku je yang x baca. Sebab fokus sangat study dengan roomate. Selalunya, kami memang guna FB nak bagitau pasal ni. Sebab aku OFF FON!! x mau orang kacau. Tapi x sangka pulak ada berita yang datang dari family.

    Malam tu, aku terlewat ke kelas nak jawab test. Aku nangis dalam bilik air. Masa solat pun, air mata tengah bertakung. 2 bulan lebih x balik kot. Takut nanti kalau jadi apa-apa, kalau x sempat jumpa dia, aku terkilan pulak. Cucu kesanyangan. Memang manja.. Time jawab test pun, air mata dah mula menitis. tapi nasib baik aku dapat sorokkan dari kawan-kawan sekelas. Diorang x perasan. Dan malam tu jugak, aku rasa aku la orang pertama yang keluar...30 minit menjawab. Otak kosong. Ape yang aku study semua hilang. Aku pun xtahu apa yang aku jawab dalam test tu.

     Keluar je kelas, aku cuba call lecturer smua. Ada yang dapat, ada yang x. Aku nak inform yang aku x dapat pi kelas untuk 3 hari selepas tu. Aku nekad. Malam tu jugak, aku mintak tolong senior belikan tiket balik untuk aku. Memang dia ja orang yang selalu tolong aku kat UniMAP tu. Aku xtahu la apa yang pernah aku balas kat dia. Cuma aku selalu mintak Allah jaga dia. Murahkan rezeki dia..Doa tu ja yang aku mampu untuk balas kebaikan dia pada aku selama setahun setengah aku kt sna.

    Keesokan paginya, aku bertolak balik. Malam sebelum tu, x dapat tido. Asyik nangis sejak habis test dan masa tu la, kawan-kawan semua tahu. housemate-housemate pun baru tahu. Tiap masa, aku tanya kakak mcmna keadaan nenek. Dalam bas, asyik tido aje. Sebab kul 3 pagi pun aku x tido lagi. Sampai ja ke rumah, kami terus bertolak ke hospital. X sempat mandi, makan semua.

    Sampai kat hospital pun dah lewat. Kul 6.30 dah masa tu. Malam tu, nenek dijangka akan dibedah. Keadaan dia x stabil lagi sebab tekanan darah turun naik. Sampai ke wad, mak suruh aku masuk. Family yang lain semua keliling katil sambil baca yasin. Aku minta laluan nak ke tepi katil nenek. Aku nampak dia bukak mata. Aku cium dahi nenek. Air mata dah mengalir..Masa tu la, tiba-tiba dia sesak nafas...Allah...

     Kami semua panik. Doktor minta semua keluar. Topeng oksigen dipakaikan. Yang aku sempat tengok, nenek menggelepar sebab x dapat bernafas dengan baik. Paru-paru dia terkena jangkitan kuman. Tu yang buat keadaan dia makin teruk..

     Alhamdulillah, x lama kemudian, keadaan kembali stabil. Nenek dah dapat nafas dia semula. Aku dan seluruh ahli keluarga. Lega. Masa tu dh pukul 7 lebih. Aku memang la kepenatan. Sebab berjalan jauh dan x sempat rehat. Tapi aku kuat kan semangat..

     Malam tu, kami cuma menunggu keadaan nenek stabil untuk dibedah dan jugak kedatangan pakar bius. Pakar bius x sampai lagi. Masa tu dh tengah malam..Akhirnya, tepat kul 1.08 pagi, nenek dimasukkan ke dewan bedah. Abah, mak, kaklong, makcik2 dan pakcik2ku semua ada. Masing-masing bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..

    Sejuk mencengkam. kami semua menanti di luar dewan bedah. masa berlalu begitu sahaja. Masing-masing duduk di kerusi luar dewan bedah. Menghitung masa, bila agaknya pembedahan akan berakhir.

    Aku mengambil port di tepi paksu ku memandangkan kerusi lain dipenuhi dengan ahli keluarga dan orang lain..Paksu memberi ruang untuk aku berehat. Sekejap sahaja, aku terlena berbaring di kerusi panjang tu. Angin sepoi-sepoi bahasa pada pagi itu. Senyap-sunyi kawasan luar dewan bedah. Sejuknya, usah diceritakan. Semuanya berpeluk tubuh menahan dingin pagi. Salah seorang ibu saudaraku berselimut namun masih belum cukup memberi haba untuk tubuhnya. Aku apatah lagi. Cuma berbekalkan TUDUNG LABUHKU dan berstokin. Aku jadikan tudungku sebagai selimut. Cukuplah untuk menghangatkanku..Aku terus lena dalam dakapan subuh dinihari..

Kerusi  BESI tempat di mana aku lena sekali dinihari tu...

    Aku tersedar sendiri jam 5 pagi kerana ada pengumuman tentang nenekku. Terus aku terduduk di kerusi tempat aku berbaring tu. Mata terus menjadi segar. Sedangkan orang lain, semuanya mengantuk, tak bermaya.Mak yg ada di kerusi sebelah turut terkejut tgk aku. Waris dipanggil untuk menjenguk ke dalam. Aku xtahu apa yang mereka bualkan. Ibu saudaraku masuk ke dewan bedah. Tapi sekejap je. Bila dia keluar, pembedahan masih belum selesai. Dan aku.....sambung kembali tidurku.. Sejam kemudian, tepat jam 6 pagi, sebuah katil disorong keluar dari dewan bedah. Kami semua bangun menghampiri katil tu. Dan kali ni, mak mengejutkan aku yang masih lena atas kerusi. Segera aku bangun dan turut serta mengekori semuanya mengusung katil ke wad ICU. Nenek dipindahkan ke sana.

   Di luar wad ICU, mak tanya," acik sedap je tidur. X sejuk ke?" aku kata, " x pun mak. panas je td masa tidur." ya..HANGAT...tu yang aku rasa. Bila keluar dari kawasan wad ICU, Allah....baru aku rasa sejuknya kawasan kami menunggu tadi. Aku katakan pada kakakku. Kami berjalan beriringan. Sambil-sambil tu, dia pakai tuala abah. Nak selimutkan diri dia yang tengah sejuk. Adik2, pakcikku yang lain dah hantar balik. Jadi, x ada la diorang rasa sejuk yang amat sangat. X dapat aku gambarkan, mcmana la aku boleh tidur nyenyak dengan hanya berselimutkan TUDUNGku??? Allahurabbi....kuasaMU yang menjadikan aku terus merasakan kehangatan sekalipun keadaan sejuk sekali.

   Aku masih terfikir-fikir, bagaimana aku boleh bertahan.. Aku yakin, Allah telah membantuku. Saat itu...ya... aku DISELIMUTKAN...aku LENA supaya tidak dapat merasai kesejukan tu. Memang sejuknya smpai ke tulang. X dapat aku nafikan sebab bila pembedahan selesai, aku baru rasa sejuk dan aku sampai terketap-ketap gigi menahan sejuk.

   Allahurabbi....hebatnya kuasaMU...hambaMU dibantu saat keresahan...

   Alhamdulillah, nenekku semakin sihat skrg ni. Kesan pembedahan tersebut tidak membolehkan dia mencangkung. Solat pun di atas kerusi...tapi aku bersyukur. Sekalipun keadaannya begitu, suruhan pada Allah tetap TIDAK ditinggalkan...

    Saat ini, baru aku berani menceritakan kejadian yang menimpaku. Allah kuatkan semangatku untuk bercerita. Aku cuma takut ini hanya khayalan aku. TIDAK! hati aku yakin,..HIJABku membantuku saat itu,..maka seterusnya nanti, HIJAB ini jugalah yang akan menyelamatkanku..

   Aku yakin pada diri yang aku mampu istiqamah. Istiqamah dalam pemakaianku sekarang ini. Dan aku telah menanam azam, jika aku boleh mendatangkan fitnah kepada kaum adam kerana wajahku, maka seterusnya aku akan berpurdah. Berpurdah itu sunnah. Dan menjadi wajib pada seseorang wanita atas sebab-sebab tertentu. Nanti, bila  ku rasa ilmuku tentang purdah ini sudah cukup, maka akanku kongsikan di sini.


Allahurabbi....aku masih dahagakan ilmuMU...lindungi aku dan dekatkanlah hatiku kepadaMU...~

*DALAM DAKAPAN CINTA ILAHI*

*Ini kisahku : Naz Atiqah..~

3 comments: