Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Sunday, 1 April 2012

Salahkah Aku Bercinta??? ~♥~

Bismillahirrahmannirrahim...

Apa itu cinta? (Ustazah Fatimah Syarha)

>>Cinta itu adalah kecenderungan terhadap sesuatu..
>>perasaan yang fitrah, perasaan yang normal & sihat bagi seorg manusia & akan dirasai oleh semua org.
>> Apa sahaja bentuk fitrah, ia tetap ade peraturan. Contoh fitrah makan ade peraturan dia, fitrah belajar ade peraturan dia, dan sebagainya.. Begitu juga dengan fitrah cinta.. Turut ade peraturannya..
>>dalam sebuah buku, jika dilihat, ade hampir 60 istilah cinta., tapi dari 60 istilah tersebut, dapat kita bahagikan kepada 3 iaitu :-

1. Cinta kepada Allah.
2. Cinta yang disalurkan kepada org lain, melalui jalan yang salah, yang haram.
3. Cinta yang diibaratkan seperti arak yang memabukkan. diberi nasihat dah x mampu nak terima dah.

>> Cinta juga terdapat 3 jenis :-

1. Cinta kepada Allah.
2. Cinta kerana Allah.
3. Cinta bersama Allah.

Bagaimana nak jaga hati? (Dr. Farhan Hadi)

> hati ibarat raja dalam diri.
> Di dalam badan manusia, ade seketul darah, sekiranya baik seketul darah itu, maka baiklah keseluruhan tubuh manusia. Sekiranya buruk seketul darah itu, maka buruklah seluruh tubuh manusia. & seketul darah itu ialah hati.
> Jaga hati daripada dosa.
> 4 peringkat kerosakan hati :-
1. Rasa bersalah dengan dosa yang dilakukan.
2. Rasa biasa dengan dosa, dilakukan berulang kali.
3. Seronok melakukan dosa.
4. Menjadi penyokong & penaja kepada dosa.
> tanda matinya hati :-
1. sering tertinggal melakukan kebaikan, (g solat berjemaah, majlis ilmu, sedekah & sebagainya)
2. x rasa berdosa, biarpun melakukan dosa kecil.
> Ikut nasihat ulama2 dan muktabar, ikut syariat yang sering diingatkan oleh mereka.
> cari hati di 3 tempat :-
1. Ketika membaca al-Quran
2. Ketika solat
3. Dalam zikir dan mengingati mati.
> Jika tidak jumpa hati di 3 tempat ini, berdoalah pada Allah S.W.T. agar dikurniakan hati yang baru..
> Bila baca al-Quran, seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita.
> Bila menunaikan solat, seolah-olah kita sedang bercakap dengan Allah..
> Jadi jagalah kedua-dua amalan ini..

Istilah bercinta kerana Allah. Apakah ertinya? (IM Hassan)
> Perasaan cinta itu ada di mana-mana. Perasaan cinta pada kawasan sekitar, kedua ibu bapa, pada rakan, hatta pada yang berlainan jantina sekalipun..
> Perasaan cinta itu ade di mana-mana. Kalau xda, mungkin alien lah agaknya tu... hehehe.. (gurau)
> Perasaan ini fitrah.
> Ade 4 panduan cinta :-
1. Takut kepada Allah
2. Beramal dengan al-Quran.
3. Bersyukur walau sedikit.
4. Bersiap sedia menghadapi hari muka/ ingat akhirat.

Pendapat mengenai isu perigi mencari timba. (Dr. Farhan Hadi)
> Bila diutarakan bab ini, pasti akan ade 4 persoalan :-
1. Bolehkah seorang wanita melamar lelaki?
2. tidakkah menjatuhkan maruah bile seorang wanita melamar lelaki?
3. Bagaimanakah cara untuk seoang wanita melamar lelaki?
4. Adakah bila wanita melamar lelaki ini menyalahi adat?
> Ingat kembali kisah cinta & perkahwinan Rasulullah s.a.w dgn saiyidatina Siti Khadijah r.a dimana Saiyidatina Siti Khadijah jatuh cinta pada peribadi Rasulullah yang jujur, baik, tidak merungut dgn upah yang diterima, kerja dgn bersungguh-sungguh & sebagainya. Walaupun Siti Khadijah nie yang mengupah Rasulullah s.a.w, & Saiyidatina Siti Khadijah ini dikira bos kepada Rasulullah, tetapi Saiyidatina tidak tergesa-gesa melamar Rasulullah, malah beliau menggunakan orang tengah untuk menyatakan hasrat hatinya pada Rasulullah..
> Pengajaran yang kita boleh ambil ialah, tak salah wanita melamar,tetapi guna cara baik, perlu ada caranya yang disyariatkan islam.
> jika zaman sekarang, bila perempuan suke pada seorang lelaki, dia akan sms lelaki tersebut, seolah-olah mengoffer diri.
> Biasanya, jika seorang perempuan offer diri pada lelaki (sms), mungkin dia akan dipermainkan.
> Lumrah kehidupan, jika kita mudah mendapat sesuatu, pasti kita x hargai sangat & x jaga betul-betul.
> tetapi jika sesuatu itu didapati dengan bersungguh-sungguh, insya-Allah, ape yang didapati itu akan dihargai & dijaga dengan elok
> Panduan bila wanita melamar lelaki :-
1. Guna orang tengah. Lelaki akan respek.
2. penting untuk meraikan wali. Seperti Rasulullah, setelah menerima khabar lamaran dari Siti Khadijah, baginda tidak terus membuat keputusan, sebaliknya baginda bermusyawarah bersama bapa saudaranya, Abu Talib.

Definisi nikah khitbah (nikah gantung). (IM Hassan)
> Juga dikenali sebagai nikah tunang. Bertunang dan terus lafazkan akad nikah.
> Kawin, tapi x duduk sekali sehingga 1 tempoh masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
> Tapi biler berjumpa, berpegang tangan @ berlaku hubungan kelamin, tidak menjadi masalah.
> Andai mengandung pun, anak di dalam kandungan itu tetap sah tarafnya.
> Cuma x buat kenduri @ hebahan secara besar-besaran.
> Nafkah zahir & batin tidak menjadi kewajipan.

Cinta alam maya. (Ustazah fatimah Syarha)
> Bercinta secara halal itu halal, bercinta secara haram itu haram. (kata-kata Hassan al-Banna)
> Maksudnya jika cinta itu disalurkan pada jalan yang halal iaitu melalui perkahwinan, maka halal lah ia. Jika disalurkan pada jalan yang haram seperti bercinta sebelum kahwin, berdating, sms perkara2 yang lagha & sebagainya, maka haramlah ia.
> Guna jalan mujahadah.
> Berpuasalah dahulu, & nanti insya-Allah kita akan rasai indahnya waktu berbuka.
> Setiap kesabaran akan dibayar dengan kemanisan yang indah.
> Ye lah, sebelum kahwin nak sms, andai lambat reply msj, akan merajuklah.. seronokkah perasaan begitu? x seronok pun..
> Jadi, tahanlah diri dulu dari percintaan yang sia-sia sebelum kahwin ini..

Ciri-ciri penting untuk dilihat dalam mencari pasangan hidup. (Dr. Farhan Hadi)
> Perlu memilih pasangan yang berkualiti.
> Contohnya seorang jurutera, bile dia hendak membina sebuah binaan, dia kenelah pastikan dia memilih bahan-bahan yang berkualiti agar binaan tersebut tidak akan runtuh, berdiri megah & sebagainya.
> 4 faktor pemilihan pasangan hidup :-
1. Paras rupa
2. Keturunan
3. Harta
4. Agama
>> Tapi, utamakan untuk pilih yang beragama.
>> Sebab andai utamakan kecantikan, harta & keturunan, nikmatnya hanya sekejap sahaja.
>> Andai pilih berdasarkan agama, insya-Allah, akan bahagialah hidup.
>> Bila kita memilih isteri yang solehah, ia ibarat membina sebuah madrasah yang hebat untuk anak-anak.. :)
>> Nak pasangan yang soleh/solehah, maka solehah/soleh kan diri kita dulu..
>> Ingat janji Allah, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik..

Persediaan menuju alam rumah tangga. (Ustazah Fatimah Syarha)
>> Kene siapkan diri dalam 3 perkara :-
1. Persiapan dari sudut rohani.
2. Persiapan dari sudut jasmani.
3. persiapan dari sudut akal.
>> Persiapan dari sudut rohani :-
- Siapkan diri dengan pergantungan kepada Allah.
- Bile kita sudah biasa di masa senang buat pergantungan kepada Allah, maka mudahlah kita mencari pergantungan kepada Allah bile ade perkara buruk yang berlaku dalam alam rumah tangga nanti.
- Selalu baca sms dari Allah (al-Quran), jawab call Allah (solat)
>>Persiapan dari sudut jasmani
- Kene sihat, pandai jaga kesihatan
- pandai untuk ambil makanan yang seimbang
>> Persiapan dari segi akal dan ilmu
- kene tahu ape status kite dalam rumah tangga.
- Persiapkan diri dengan ilmu-ilmu rumah tangga contohnya poligami.
- Lagi 1, kene jaga lidah.. jangan cakap lepas, celupar & suke membebel kata2 yang x sedap didengari.. Jika kahwin nanti, andai kita sering bercakap celupar pada anak-anak & membebel tak tentu hala, ingatlah setiap kata-kata kita itu akan memberi kesan pada jiwa anak..
>> Kene ingat, Islam tidak mengatakan bahawa setiap perkahwinan itu wajib abadi.
>> Memang kita nak sebuah perkahwinan yang abadi, tapi andaikata, ade perkara2 yang berlaku, membuatkan bila kita berasa lebih elok seorang diri, akhirat kita lebih terjaga selepas bercerai, maka ambillah jalan itu.. (huraian lanjut, ade dalam novel Sebarkan Cinta-Mu).

Salahkah aku bercinta? (IM Hassan)
 
>> Bercinta lah selepas kahwin..
>> Dalam islam tiada istilah cinta sebelum kahwin
>> Kalau dah suka, maka ambillah jalan nikah.
>> Selain cinta sudah menjadi cinta halal, nikmat yang terasa juga melebihi cinta sebelum nikah.
>> Tapi ingatlah dengan 4 panduan cinta yang dah dinyatakan.

Sesi soal jawab penonton.

1. Untuk memilih seorang lelaki, kita kene cari yang beragama. Tapi apekah ukuran @ batchmark istilah lelaki yang beragama tersebut? (Ustazah Fatimah Syarha)
> Kita lebih tahu ukur @ menghukum yang zahir, tetapi hanya Allah sahajalah yang tahu ape yang terdapat dalam batinnya.
>> Nak tahu seorang lelaki itu baik atau tidak, nak ukur agamanya, lihat cara dia menawarkan cintanya pada kita. Lihat ikhtilat dia.
>> Sebenarnya x perlu couple pun..
>> Jika seorang lelaki tu dah biasa bergurau, bercakap-cakap & selalu sms dengan perempuan, tak mustahil lepas kahwin nanti dia boleh buat perkara yang sama dengan perempuan lain.
>> Lelaki yang boleh langgar hukum Allah, x mustahil dia juga boleh kecewakan kita lepas kahwin nanti..
>> Begitu juga dengan perempuan.

2. i. Adekah limit dalam nikah khitbah? Contoh limit masa.
ii. beza nikah biasa & nikah khitbah.
IM Hassan
i. -Terpulang pada pasangan itu sendiri nak overlimi @ kurangkan limit.
- Atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

ii. -Persamaan, rukun cukup & ada mas kahwin
- beza, x duk sekali.. tu jer..

Dr. Farhan Hadi
>> Wujudnya nikah khitbah untuk mengelakkan masalah sosial & untuk jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
>> Akad dulu, majlis kemudian.
>> pernikahan yang baik, ---> pernikahan yang xda halangan pada kedua pasangan, kedua ibu bapa, adat & undang-undang.
>> Fokus pada pelajaran, insya-Allah, xkan ingat pada yang len.

Monday, 20 February 2012

Kuatkan Hatiku Ya Allah.....~





Setiap pagi. Saat mata mula celik. Hanya senyum terukir. Kadang alpa mengucap hamdalah. Astaghfirullahalazim. Itu aku. Yang selalu lupa dan leka. Bukan semua. Harapnya.

Melihat mereka yang jauh di perantauan, kini sangat tabah menyusuri sebuah perjalanan baru di bumi asing. Mereka yang pernah menjadi sahabat dan akan selalu menjadi teman sepanjang perjalanan ini.

Melihat abang dan kakak yang pernah aku kenal suatu masa dahulu di medan dakwah. Kini sudah punya keluarga, sudah punya kerjaya dan berjaya. Bahagia. Melihat mereka, yang akan melangkah menuju dunia baru. Teruja. Aku mahu jadi seperti mereka. Yang gigih membawa nama Islam. Tidak kira tempat, masa dan waktu. Yang tidak pernah meletakkan definisi 'jemu' dalam ensiklopedia mereka.
Aku kagum dan bangga pada mereka. Sedang aku? Masih merangkak menuju dan mencari tempat ini seharusnya. Menjejak medan di mana harus aku tapaki. Aku punya azam. Yang utuh. Di sini. Dalam lubuk hati yang tidak kelihatan oleh siapa pun.

Dari suatu sudut, aku melihat mereka. Yang dulunya pernah hebat suatu ketika. Bicara tentang Islam dengan penuh gah. Bisa membisukan suara-suara manusia. Memekakkan telinga-telinga umat dengan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Tiba-tiba mereka hilang. Hanya tinggal bayang. Dan debu yang mengekori. Aku hanya mampu memerhati dari kejauhan. Mereka, rupanya lumpuh di pertengahan. Ke mana menghilang? Di mana mencari? Tiadakah jalan untuk ketemu dakwah itu? Perasaan ini, hampa dan sedih. Pada mereka yang dahulunya penuh dengan kobar dan semangat. Kini tidak lagi.

Bagaimana aku nanti? Adakah suatu masa nanti aku akan seperti mereka? Ketakutan pada diri. Lenyap hati, hilang jiwa dan mungkin roh ini sesat untuk dakwah pada Islam. Bagaimana aku seandainya itu yang tertulis dalam kitab takdir diri ini?
Tidak. Aku tidak mahu itu jadi seperti mereka. Aku masih mahu berada di sini. Untuk Islam. Untuk dakwah. Dan untuk ukhuwah.

Ya Rabb, izinkan aku menjauh dari takdir itu. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.
Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya,
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,
Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,
Kuatkan hati ini wahai Tuhan,
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Sehelai Tudung Labuh....~

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.
Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .
"Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus."
Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.
* * * * * *
"Awak setuju dengan keputusan ibu?"
Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.
"Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?"
Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.
Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba ibu Humaiya menghalang dia bertudung labuh lagi. Humaiya sedar, ibunya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan ibunya terpaksa mengiyakan saja.
Ayahnya memberi lampu hijau kepada Humaiya untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Humaiya juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.
Humaiya yang kini sering menjaga solatnya.
Humaiya yang kini lebih elok keperibadiannya.
Humaiya yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Humaiya yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Dia sedikit pilu apabila ibunya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama ibunya kelmarin.
"Ibu rasa ibu tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap ibu?"
"Tapi bu, akak ...".
"Ibu rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Ibu rasa awak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang awak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je."
Nada suara ibu Humaiya yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh ibunya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur ibu!
Apabila diimbas kembali, Humaiya sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk ibunya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan ibu.
"Akak! Cepatlah, giliran akak ni." Balqis merungut melihat kakaknya mengelamun.
Humaiya tersentak.
"Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah."
Balqis mengeluh panjang.
Humaiya turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan ibunya. Ibunya cuba mencari perhatian Humaiya, tetapi gagal.
"Humaiya! Kenapa bermasam muka dengan ibu? Humaiya mahu jadi anak derhaka ke!."
Humaiya tersentak. Ibunya tiba-tiba melenting.
"Akak minta maaf ... akak tak bermaksud nak..."
"Itulah Humaiya! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang ibu tak kasi buat!"
Belum sempat Humaiya berkata kata, ibunya kembali melenting. Humaiya segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Balqis terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.
"Maafkan akak bu..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka..."
Tangisan Humaiya makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Humaiya runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh ibunya. Rasa kesal menyelubungi diri.
"Urghh, tak patut aku bermasam muka!."
Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Humaiya beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati ibunya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.
"Aku kena betulkan keadaan."
Humaiya nekad.
* * * * * * *

Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami ibunya. Humaiya menyelinap masuk ke dalam bilik ibunya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah ibunya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Humaiya. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya ibunya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek ibunya .
"Harap harap mama baca lepas aku pergi besok...", monolog Humaiya.
Awal pagi berikutnya Humaiya segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.
* * * * * *
"Humaiya ....".
Ibu Humaiya menitiskan air mata membaca surat Humaiya . Surat itu menjelaskan segala isi hati Humaiya, ibu Humaiya sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya...
* * * * * *
Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Humaiya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.
"Assalamualaikum! Humaiya dah balik!"
Humaiya membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .
"Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?"soal Balqis.
"Penat sangat..."
"Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau."
Humaiya senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.
"Ibu minta maaf...ibu tak patut halang Humaiya, lagipun kalau Humaiya pakai macam tu terjagalah sikit anak ibu ni..."
Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .
"Humaiya pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil."
Humaiya terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .
"Sehelai Tudung Labuh"
from  ibu :)
Humaiya tersengih.
TAMAT.




~Mengukur Cinta~

Di dalam Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa'ad bin Abi Waqqash untuk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa'ad. Keduanya mulai berdoa. Sa'ad berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti saya berjumpa dengan musuhku, berilah saya musuh yang sangat perkasa. saya berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga saya berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah saya musuh yang gagah perkasa. saya berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti saya bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). saya akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika saya berjuang di jlnMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa'ad mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa'ad bercerita kepada anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lebih baik daripada doaku. Di senja hari saya lihat hidung dan telinganya tergantung pada seutas tali.”

Kisah ini telah melukiskan sebuah cara untuk mengukur cinta kita pada Allah. Sementara ramai yang berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dapat bertemu dengan Kekasihnya sambil membawa sesuatu yang bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kepada anda: “dari mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dengan kolusi dan korupsi, dengan memalsu kuitansi, dengan mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yang telah engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dengan dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga saya dipanggil menghadapMu.” Allah dengan murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dengan seorang hamba lain yang ketika di Padang Mahsyar berkata kepada Allah:

“telah ku tahan lapar dan dahaga di dunia, telah ku basahi bibirku dengan zikir, dan telah ku curahkan waktu dan tenagaku untuk keagungan namaMu, telah ku hiasi malam ku dengan ayat suciMu dan telah ku letakkan dahiku di sejadah untuk bersujud pada kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yang lebih dari itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dengan membawa amal yang bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yang akan menyenangkanNya?

wAllahu a'lam bisshawab...



Bagaimana Harus Aku???

1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 malaysia dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
Ramai yang impikan kebahgiaan dan kasih sayang terjalin... Tapi ramai tak mampu capai dan impian kosong semata2 krn hanya mengharap xberusaha serta tak tahu bagaimana nak capai impian itu ???



Pesan Ustaz, Jika inginkan kebahgiaan dan kasih sayang yang sejati, JAGALAH HALAL DALAM KEHIDUPAN "setiap langkah dan perbuatanmu". InsyaAllah akan tercapai...


*HALAL - pakaian, makanan, minum, tonton, percakapan, tulisan, persahabatan, pekerjaan, dll


p/s: Usahalah dapatkan PAHALA "halal" dalam setiap pkr yg dilakukan jika inginkan KEBAHGIAAN DAN KASIH SAYANG...

Bila inginkan Kebahgiaan dan selamat dalam kehidupan..pikirlah mcmni..


"Aku buat ni HALAL Ke HARAM, Aku Pakai Ni HALAL Ke HARAM, Aku kerja ni HALAL ke HARAM, Aku tulis ni HALAL ke HARAMHALAL "pahala" dll...". Semuanya perlukan persoalan begini... Pilihlah untuk selamat semuanya dan barakah dariNYA... InsyaAllah

Haruskah diuji untuk kita lihat keikhlasan ?
Bukankah keikhlasan itu hadir dihati dengan sendirinya ?


*Jika aku mahu keikhlasan dari seseorang untuk menyayangi jgnlah menguji, sepatutnya sama2lah zahirkanlah keikhlasan kasih sayang itu... InsyaAllah kasih sayang itu akan sama2 dpt dirasai dgn ikhlas...

Aiman - Kalau AKU dpt Isteri SOLEHAH mesti bahagia kan ?
Eiman - Ya! InsyaAllah tp HG mestilah SOLEH dulu :)


P/s : TIDAK AKAN MILIKI KASIH SAYANG KLU DIRI TAK PERNAH MULA MEMBERI KASIH SAYANG. Tidak akan dapat merasa NIKMATNYA SOLEHAH jika diri tak SOLEH.


Jom! mulakan dengan diri kita... INSYAALLAH

Pekerjaan/Perniagaan yg diusahakan kita adalah ibadah, peliharalah ia dgn amanah krn Allah. Semoga kehidupan ini disinari keberkatan dan kebahgiaan yg diimpikan...


*Didalam memelihara amanah "PEKERJAAN", jgn sesekali lupa yg WAJIB "Solat, Aurat dll".

~Percaya PadaNYA~





Ini ada satu kisah. Kisah kepercayaan...


Isteri : Abg, nk email...skali ngn password..
Suami : Syg nk buat ape??
Isteri : nk hack...
Suami : lain mcm je bunyi..
Isteri : x boleh ke?
Suami : ok2...email abg....$*%^^@.....password...%%&##...
Isteri : terima kasih abg...sbb percayakan syg.. (^_^) sbenarnya kan, syg sje nk uji abg. x penting pun smua tu. syg cuma nk tgk tahap kpercayaan abg. lgpun, ada something syg nk konsi dgn abg..rhsia kite...:-)
Suami : =,=" (terharu) owh..terima kasih syg!..


saling percaya mmpercayai umpama gam yg mengeratkan lg sesebuah perhubungan...begitu juga kita dgn Allah. Percayalah dgn janji-janjiNYA..moga terus istiqomah di jalan Allah...(^_^) ♥~


Tuesday, 17 January 2012

~Cintaku...Agamamu..~

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

aku mencintai agama yg ada pada dirimu,jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku padamu......~~~

apa maknanya??? memang sukar untuk mentafsir apa maksud di sebalik baris ayat di atas..namun, bagi siapa yg betul2 memahaminya, tentu saja dia tahu,makna yg tersurat dan tersirat...

sesungguhnya,di luh mahfuz, Allah telah menetapkan nama jodoh masing2...tapi manusia ni x lari...x lari dari mengejar keduniaan...sntiasa inginkan kesenangan...sedangkan Allah sentiasa menguji hamba2NYA...mereka alpa dgn apa yg seharusnya mereka lakukan...

diri ini juga, terkadang melakukan kekhilafan...terkadang sengaja melakukan kemungkaran...namun, siapa tahu..betapa hati ini merintih kerana mengkhianati cintaNYA...sedangkan DIA....DIA tetap sayang...DIA tetap cintakan hambaNYA ini...kerana itu,bibir ini sentiasa mengucapkan syukur...kerana cintaNYA itu telah membawa hati ini untuk terus mencintaiNYA...

cemburu..ya....sy juga cemburu...itu adalah fitrah semulajadi setiap manusia...dan tentunya saya juga memilikinya...sy cemburu lihat org lain bahagia...sy cemburu lihat org lain gembira...lalu sy ikhtiar...ikhtiar mencari kebahagiaan dan kegembiraan sendiri...Alhmdulillah...dgn cintanya, sy temui apa yg sy mahu...DIA telah mmberikan apa yg sy perlukan...x terduga, begitu hebat pemberianNYA...

tentu semua tertanya-tanya apa yg sy peroleh kan??? nk tau ke??? hehehe...nt dlu....sbr2....(n_n)

bak kata pepatah,"harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari"..... kegembiraan yg sy dapat turut disertai dgn kedukaan...tp x mengapa....sebab kedukaan itu sebenarnya membuahkan lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan kpd sy....sy lebih suka begitu...semua itu mengajar sy erti kesabaran...berkat kesabaran itu amat manis..1 rahmat yg x pernah dikecap sebelum ini....

ya Allah...begitu besar pengorbanan yg KAU lakukan...terasa kerdil diri ini saat memikirkan keagunganMu...sungguh..x terjangkau akal pemikiran...

nikmatnya kurniaanMU ya RABBI...•❤••❤•.¸✿

x semua org thu bersyukur...kadang2, sy jga begitu...sebab diri ini terleka dengan urusan duniawi....sehinggakan terabai urusan ukhrawi...bila terjaga dri lena yg panjang, barulah mula tercari2 sayap yg hilang...bila sudah sempurna, terlupa kembali seketika....

ya...itulah manusia...memang x sempurna..cuba cari kesempurnaan....tapi awas!! jangan sampai berpaling dari apa yg kamu lakukan...cuma 1.....jadilah yg terbaik...untuk sesiapa sahaja....

alhmdulillah ya Allah.....apa yg sy peroleh adalah......(^_^)..... KASIH SAYANG....ya....kemanisan kasih sayang...sangat2 manisssss rasanya.... cuba cakap, siapa yg dapat menafikan kemanisan KASIH SAYANG itu??? bila Allah telah berikan kasih sayangNYA pada hamba2NYA..apa yg kita balas?? fikirkanlah...

bahagianya memiliki KASIH SAYANGNYA....dan juga kasih sayang INSAN-INSAN istimewa..mak, abah, adik beradik, saudara mara, sahabat handai...dan juga bakal zaujku...(n_n) TERIMA KASIH untuk kamu yg telah menyayangiku seadanya....sesungguhnya, sy juga menyayangimu...

"ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku..jika dia bukan untukku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU..."

sebaris ungkapan.....dijadikan doa harian....semoga Allah temukan kita dengan insan yg benar2 ikhlas mencintai kita...bukan kerana harta...bukan kerana rupa paras yg menawan...tetapi kerana akhlaknya....kerana agamanya...insyaAllah, nescaya hidup kita sentiasa dirahmati dan diredhai...
wallahua'lam.....

p/s : sekadar perkongsian setelah bermuhasabah...insyaAllah...kebahagiaan yg dikecapi sehingga hari ini, akn kekal buat selama-lamanya......aminnn.... (^_^) TERIMA KASIH INSAN-INSAN ISTIMEWAKU.....