Ahlan Wasahlan

~Teman Sejagat~

Tuesday 17 December 2013

Tarbiyah Itu Manis.... (Part 2) ~



Kenapa MATI tu menjadi rahsia Allah?? Ada hikmahnya... :-)

cuba kaitkan dengan urusan dunia.. mana yang sama? kat situ, akan jumpa hikmahnya...

baiklah, sebagai student, kita ambil contoh FINAL EXAM.. seblum final, banyak perkara yang bermain di fikiran. Masing2 terfikir, apa yang akan masuk final nanti? soalan yang macam mana? bab berapa?

Disebabkan tu, masing-masing mula study bersungguh-sungguh. Buat persediaan rapi nak hadapi final tu. Study bagai nak rak. Berjaga sampai tengah malam. Kadang langsung tak tido malam sampai la esok pagi. Berjaga semata-mata nak prepare diri sepenuhnya untuk final exam..

jadi, KEMATIAN, macam tu jugakla. sebab tu Allah rahsiakan tarikh kematian kita. Tapi Allah bagi petanda. Allah bagi soalan bocor kat kita. Supaya kita semua bersedia untuk hadapi kematian tu. Supaya kita buat macam urusan dunia. bersungguh-sungguh buat persediaan nak hadapi kematian..

tapi, berapa ramai yang sedar tentang perkara ni? nampak macam semua, lalai dengan dunia...
Moga masih ada kesedaran dalam diri tentang akhirat.... ;')

Sunday 15 December 2013

~Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie~






        Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

        Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

       Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

       Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

       Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

       Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

       Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Sunday 24 November 2013

Tarbiyah itu manis ...(part 1)

~Ada satu persoalan..Dari adik-adikku( bukan adik kandung tapi TETAP ADIKKU)..~

1. "Akak, saya nak jadi macam akak. akak boleh tolong saya?"
2. "kenapa akak suka senyum je? orang marah ke, main-main ke, akak senyum je.."
3. "akak, macamna kalau ada orang fitnah akak. Ape akak akan buat?"

1. Allah...akak tak sempurna. Tapi akak cuba untuk jadi yang trbaik. buat semua orang terutama sekali untuk KELUARGA akak..yang penting, niat dalam hati, nak buat sesuatu perkara tu adalah kerana Allah. Bukan untuk kesenangan diri semata-mata. Memang orang selalunya akan buat sesuatu untuk diri dia je. tapi akak tak. Akak cuba buat sesuatu yang boleh bagi manfaat kat orang lain jugak. akak suka berkongsi. Bila perkongsian akak tu boleh buat orang lain gmbira, akak bahagia.. :-)

2. Akak senyum, tak bermakna akak tak pernah sedih. kadang-kadang, senyuman akak adalah semata-mata untuk menutup kesedihan akak. Akak tak suka bila ada orang tanya, kenapa akak sedih? apa yang jadi? sebab nanti akak nangis..wuu....akak lebih suka menangis sorang-sorang..sebab akak nak, hanya Allah yang dengar tangisan akak. tapi kan, kadang-kadang, akak nangis jugak depan orang.. :-D cuma ada yang pesan, teruskan senyum sebab senyum tu penawar. Bukan pada diri, tapi orang lain jugak.(dapat pahala free)

3. orang fitnah..hmmm..Entahlah. Akak tak kisah pun dia nak buat ape. Cuma akak nak pesan kat dia, ingat Allah banyak. Tak perlu nak sampaikan cerita kalau cerita tu TAK ADA KAITAN langsung dengan dia. Even nak busy body sekali pun, cukup la sekadar amik tahu. tak perlu buat cerita bukan-bukan dan sampaikan pulak kat kawan-kawan lain. dan kawan-kawan lain pulak, jangan jadi B*D*H untuk percaya tentang perkara yang kita tak tahu benar atau tidak usulnya. Nak tahu, direct kepada orang yang berkenaan. Kan mudah? Tak ada lah timbul fitnah.

Mungkin itu caranya Allah nak tarbiyah hambaNYA. Diuji berkali-kali. Nak tengok hati tu kuat atau tak. Nak tengok IMAN tu goyah atau tak. Memang manusia, dia akan dengki, cemburu..iri hati dengan kejayaan orang lain(kejayaan dari segi apa pun).. Mak abah pun ada pesan,

"kat U nanti, kalau ada orang dengki dengan acik, acik sabar jah..telefon mak(story mory).. Jangan balas balik. terus buat baik kat dia. Allah tolong nanti. Lama-lama, dia senyap la tu..."

Sekarang, Allah tengah tarbiyah. Sebab Allah nak hamba DIA ni terus kuat. Dakwah kat orang. Nabi dulu, diuji macam-macam. Lagi teruk dari ni. Takkan sikit pun tak leh lawan?

Hati akak sedikit terubat bila muhasabah diri macam ni. Ingat kisah2 nabi. Ingat tentang nasihat-nasihat  baginda. Dan paling penting sekali, berbicara dengan Allah..

macamana tu?? haa, mudah je dik. Tiap kali baca al-Quran, jangan lupa baca tafsirnya sekali.. Allahu... seronok bila rasa macam kita sedang bercakap dengan Allah...
*akak suka bila kita saling berkongsi ilmu, tentang tajwid, tentang fiqh... :')
*Diri ni serasa kerdil sekali..BUKAN di hadapan manusia, tapi di HADAPAN ALLAH!

Friday 24 May 2013

Agamamu Pilihanku...


MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

 • Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ; “ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ; “Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. “ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )

• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ;

“ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya kerana hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” 
(hadits riwayat Abu Nuaim)

Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;
 “ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” 

dan

 “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang” Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

 Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa … Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya… Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya… Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya… Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN… 

Tuesday 23 April 2013

~Apa yang jadi sebenarnya???

     Setelah sekian lama x update entry, malam ni terasa nak update satu entr.  Entah kena ke x dengan tajuk tu. Ini kisah tentang diriku sendiri. Sekarang ni, pakai panggilan "aku" pulak. Biar nmpak kasar sikit sebab orang selalu fikir aku ni lembut sangat. Bila bertindak kasar, amikaww.. terkejut semua. Dengan badak2 sekali terkejut..haha

Ehhh???? ..cucur badak lak keluar....haha..terliur den :-P


     Apa yang nak aku ceritakan kali ni adalah berkenaan dengan apa yang aku rasa dalam hidup ni. Setakat yang aku alami la. Ni bukan fiksyen. Tapi realiti. Realiti sebuah kehidupan yang mungkin semua orang pun rasa benda yang sama macam aku rasa. Mungkin tak semua. Segelintir laa..

    Sebagai mahasiswi kat sebuah universiti yang masih dalam proses membangun, semakin lama belajar, semakin terasa cabarannya. 1st year kat sini, dah dapat "DEMAM culture shock" yang agak teruk. 2 minggu demam, dengan batuk + selesema semua sampai suara aku pun makin cun melecun. Orang pun takut nak bercakap sebab garau semacam. Sekarang ni pulak, cabaran terbesar yang aku rasa adalah aku perlu berdikari sendiri. Sebelum ni, aku banyak bergantung pada mak abah. Tapi, bila dah jauh macam ni, dah tak boleh nak bergantung kat depa dah. Kena buat sendiri dah aih semua bnda..tudiaaa baq hang! keluaq habih loghat utagha..hahaha

Rindu mak abah...huhu ... T.T

     Okay, sambung cerita. Memandangkan kat universiti nie, aku sorang je, kawan-kawan masa sekolah dulu, semua dapat U lain-lain(ada jugak yang sama), aku "terpaksa" la cari kawan baru. kenal orang baru kat sini. Kawan masa matrik pun, ada dua tiga kerat je yang dapat U sama dengan aku. Tapi tak la rapat mana kecuali dengan sorang nie. Adik manis yang kecik molek... :-) At least, ada teman jugak kan?

    Sepanjang 4 semester kat U nie, aku rasa sem 4 ni la yang paling banyak benda aku kena buat. Dengan tugas sebagai ketua kelas untuk 4 subjek teras dan ketua kumpulan untuk 1 subjek wajib, aku rasa nak pengsan sekejap. Mana taknya. Sebelum-sebelum ni, tak pernah pun ada student yang pegang jawatan ketua kelas untuk hampir kesemua subjek. Selalunya, setiap subjek, ada la ketua masing-masing. 

   Tapi aku tak menolak. Bahkan aku bersyukur sebab masih ada yang percayakan aku. Ramai rupanya yang  memerlukan khidmat aku kat sini. Aku tak tahu apa yang ada kat diri aku ni sampai orang yang pilih aku jadi ketua. Aku tak volunteer diri pun. Tapi dipilih atas PERMUAFAKATAN semua orang. Aku terima dengan HATI TERBUKA sebab aku pun dah sedia dari segi mental dan fizikal walaupun aku sering tewas.

    Bukan mudah nak handle kelas. Memang la jadi ketua ni, just nak hubungkan antara lecturer dan student-student yang lain. Tapi, di sebalik tu, ketua kelas kena pastikan yang semua orang dapat info yang betul. Apa-apa hal walau sebesar zarah sekalipun, ketua tak boleh tinggal. Semua kena tahu. Then, bila ada kelas ganti, nak kena tolong lecturer cari kelas kosong, set tarikh yang sesuai supaya tak clash dengan kelas lain, tolong kumpul dan hantar assignment, layan karenah kawan-kawan yang suka bertanya dan sebagainya..

    Memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi sebab selalu je ramai konpius. Lepas tu kena terang balik...SATU PERSATU..Orang nampak memang la leceh je semua tu. Tapi penat wooo...nak kena reply mesej yg sama berulang kali pada orang yang berlainan. Nak kata muak, rasa tu aku tolak tepi. Cuma kadang-kadang tu, aku geram sebab aku dah pesan minta alert dengan sesuatu benda tu. Tapi, ada jugak yang amik ringan je pasal benda tu. Kena la aku ulang balik semua. Setakat jadi ketua, aku cuma tak suka kalau ada yang tanya balik tentang apa yang aku dah bagitahu. Dah konpem2 dah benda tu, tapi masih lagi nak konpius. Terkadang, aku nak tergelak pun ada. Rasa macam melayan budak-budak yang mengamuk nak gula-gula kapas. Apa pun, masing-masing bagi kerjasama yang sangat baik. Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan aku sepanjang aku jadi ketua kat sini. Sungguh bertuah punya mereka sebagai kawan-kawan kat sini :-)

     


     Semua tu sebenarnya mengajar aku untuk jadi lebih kuat. Aku sebenarnya seorang yang mudah menangis. Aku tak boleh kalau rasa DOWN. Mula la air mata nie keluar. Study pun tak masuk. Bila dah penat menangis, aku terus tido..haha..buruk perangai. Jangan ikut tau! ;-P kadang-kadang, tido atas tikar sejadah sebab itu perkara yang buat aku tenang...

   Aku sebenarnya tak kuat nak hadapi semua sorang-sorang. Aku nak ada teman yang sama-sama rasa apa yang aku rasa kat sini. Aku nak berkongsi semua. Tapi, siapa je yang sanggup dengar celoteh aku? Kadang-kadang tu, cerita jugak kat roomate, kat housemate, kat kawan-kawan yang jadi mangsa aku..haha..
Sungguh, berat nak tanggung semuanya sorang-sorang. Tapi, Allah kan ada..(^_^) Jadi, aku tak kisah kalau aku perlu hadapi semua tanpa ada orang yang tolong aku. Aku cuma kata pada diri yang aku mampu buat. Tarbiyah Allah, takkan melebihi kemampuan hambaNYA. Aku yakin pada Allah. Itulah sumber kekuatan aku yang sebenar-benarnya..

    Owh, kat sini, aku ada join usrah. Sangat best sebab banyak ilmu kami kongsi sama-sama. Ilmu dunia aku dapat, ilmu akhirat pun aku dapat kat sini. Tak rugi berdamping dengan mereka yang sama-sama dahaga ilmu Allah. Masing-masing dapat menambah apa yang kurang. Terbaru, sebelum liqa' berpisah, salah seorang ahli berbisik padaku. Katanya, dia suka apa yang aku katakan. Tiap apa yang aku ceritakan, katanya dia suka dengar walaupun kami baru mula berusrah sama-sama dalam semester nie. Aku terkelu..Apa sebenarnya yang aku kata? aku cuma berkongsi apa yang aku tahu. Ilmuku, tak setinggi mana pun. Pengalaman-pengalaman yang aku dapat, aku kongsi sama. moga dapat diambil iktibar.. Terharu jugak rasanya sebab ada yang suka apa yang aku bebelkan (^_^)

    


     Pengalaman hidup aku sebenarnya banyak mengajar aku untuk jadi seperti diriku sekarang. Walaupun aku banyak kekurangan, aku minta, tegurlah..Tegur aku supaya aku dapat baiki kekurangan tu. Memang takkan sempurna, tapi sekurang-kurangnya, aku tak ulangi kesilapan lalu. Aku bersyukur sebab Allah beri aku hidayah supaya aku jadi insan yang berguna kepada orang sekeliling aku. Bahkan, kepada mak abah aku sendiri. Mak aku pernah buat aku rasa nak menjerit kat dunia...dia kata "Acik beli la tudung labuh untuk mak pulak. mak pun nak pakai jugak...."... Allahurabbi....Aku terkesan, kata-kata tu, lahir dari mulut ibuku sendiri. Aku tak tahu nak kata apa. aku cuma mampu tersenyum. Senyum dengan lebarnya!!!!!! :-))))))

    Alhamdulillah...perancangan Allah yang terbaik buatku. Sungguh kerdil aku rasa bila dikurniakan nikmat sebegitu rupa.. Tak layak rasanya sebab aku cuma HAMBA YANG PENIH DOSA. Allah maha pengampun...sebab tu DIA terus-terusan beri aku nikmatNYA yang tak ternilai..aku sungguh bertuah...

Allahurabbi....Moga aku terus istiqamah di jalanMU...Moga aku mampu jadi hambaMu yang solehah...

coretanku :
24 April 2013
2.14 am.... <3

Wednesday 6 February 2013

~Hijabku....~


Setulus bicara
Meluahkan rasa
Sehelai tudung labuh
Seindah hijab menjadi plilihanku

Suatu ketika dahulu
Diri hanya insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga

Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya

Ya Allah.... Ya Tuhanku 
Janganlah kau bolak-balikkan hatiku
Setelah Engkau memberiku Hidayah-Mu
Tetapkanlah hati ini dalam meneruskan perjuangan rasul-Mu
Dan Engkau kuatkan diri dalam mujadah nafsu
Moga Engkau redha atas segala laku...

Tuesday 5 February 2013

Sungguh TakKu Duga....Dia Begitu Rupanya...~

     Pertama kali mendapat tawaran ke universiti, aku terkesima. Lain yang aku inginkan, lain yang aku dapat. Main course yang aku nak mesti la MEDIC dan sewaktu dengannya. Aku banyak mohon course BIOMEDIK. Tapi nak buat macamana. Aku sememangnya x layak. So, aku terima seadanya apa yang aku peroleh..Aku yakin, Allah dh tetapkan sesuatu yang terbaik buatku. Abah dengan mak dah nampak macam kecewa. Sebab course yang aku dapat nie, dorang x pernah dengar dan x tahu pun apa-apa pasal KEJURUTERAAN PERHUBUNGAN. Ni course yang aku dapat kat UniMAP. Istilah yang aku pakai masa tu adalah "KENA CAMPAK"...hahaha...ye la, tak mintak pun UniMAP..

     Aku cuba yakinkan kedua-dua orang tua aku. Aku cari maklumat. Siap google. Buka laman web UniMAP dan cari tahu ape tu KEJURUTERAAN PERHUBUNGAN. Bila dah tahu sikit-sikit, aku ceritakan pada mak abah. Aku selalu perhatikan air muka mereka. Then mak bagitahu, "Acik belajar la rajin2. Biar cemerlang sokmo dan boleh kerja nanti."

     Aku pegang kata-kata mak. Abah pun sama. Aku tahu, mereka cuma nak anak mereka ni berjaya. Jadi, aku buat persediaan awal. Sebulan sebelum masuk U, aku masuk group bakal mahasiswa/i. Aku cari sebanyak mana maklumat dan info2 yang aku dapat pun, aku kongsikan pada semua.

     Aku byk meng'ADD' dan meng'APPROVE' request kat FB. Medan yang aku guna pakai untuk aku menjalin ukhuwah dengan sahabat2ku. Terima kasih untuk Alifah. Sebab dia yang paksa aku buat FB dan ada hikmah di sebalik itu. Semua urusan aku dipermudahkan olehNYA kini.. =)

    Dalam proses mengenali dunia 'universiti', ada seorang hamba Allah menegurku. Banyak maklumat yang aku peroleh dari dia. Sedikit sebanyak, dia membantuku. Apa2 persoalan, aku tanyakan pada dia. Tak lama kemudian, ada lecturer pula yang menegurku di chat box FB. Dia memperkenalkan diri sebagai lecturer. Aku pada mulanya tak percaya. Aku teragak-agak untuk membalas mesejnya. Sebelum aku mengambil langkah seterusnya, aku tanya dulu pada ahli2 group yang lebih senior. Aku tanya betul ke dia ni  lecturer kat sana. Bila dah dapat pengesahan dari ramai pihak, baru la aku berani membalas chatnya...haha..

    Macam tu la dalam berkawan. Kalau boleh, aku nak tahu semua tentang kawan-kawan aku. Siapa diri masing-masing. Mudah la nanti aku terima segala kekurangan dia. Boleh elakkan salah faham. Tapi kalau benda tu boleh mengaibkan dia, aku tak nak la tahu. Sebab aku takut nanti bila dah lama berkawan, bila perangai dia terserlah, aku tak dapat terima cara dia. Takut bergaduh ke ape.

    Aku bukanlah jenis yang nak tahu hal orang. Urusan orang lain, aku tak campur. Tapi bila sesuatu perkara tu melibatkan aku, aku MEMANG AKAN MASUK CAMPUR! Aku pun manusia, punya hati dan perasaan. aku memang tak boleh kalau ada sesuatu hal tu melibatkan aku atau melibatkan perkara yang ADA KAITAN dengan aku. Sebab aku akan betulkan yang mana salah dan kalau aku yang salah, aku akan ubah supaya nanti aku tak ulangi perbuatan tu. Aku tak nak, kalau aku buat silap, tak ada orang tegur aku. Aku tak nak nanti aku terus buat silap yang sama.

    Perkenalan aku dengan hamba Allah tu, alhamdulillah.. lancar. Dia banyak tolong aku bila aku ada masalah. Tak kisah la masalah ape. Kalau ada hal2 yang menggembirakan aku, aku pun akan share dengan dia. Aku memang susah nak percaya kat orang. Pengalaman2 dulu buat aku lebih berhati-hati. Mak abah selalu pesan, jangan percaya sangat kat orang. Mr L pun, ada pesan perkara yang sama. Jadi, aku lebih berhati-hati.

    Lama-kelamaan, rasa kepercayaan tu semakin ada. Bila mak abah pun kenal dia, aku rasa dia boleh diharap. Kat U tu, memang aku tak percaya sangat kat siapa2.. bukan 100%. paling tinggi pun, 80% je aku percayakan orang. Itupun, kena pupuk slow2..Kalau tak, aku memang tak percaya langsung. Kalau aku tak kenal, memang langsung tak percaya. Bila dah mula kenal, aku mula tanam rasa kepercayaan tu. Bukannya terus-terusan tak percaya. Takut kena tipu je. Ye la, duk kat U, macam2 ragam dia. Aku pernah demam teruk selama 2 minggu masa awal2 masuk dulu. Culture shock la katakan. Bebas sangat rasanya. Bangunan student lelaki pun ada kat tepi  je. Mana taknya. Aku ni dah la jenis FOBIA dengan lelaki..hahahaha

   Sampai la ke tahun 2013 nie, kami berkawan. Dia SALAH SEORANG yang paling tinggi kepercayaan yang aku letakkan. 80%...20% lagi aku simpan untuk KERAGUAN. Aku dinasihati supaya jgn 100%, percaya kat semua manusia nie. Simpan sedikit untuk ragu-ragu. Nanti tak la rasa sedih sangat kalau ada apa-apa berlaku.

    Ya...memang semuanya terbukti. Antara kami, telah berlaku sesuatu. Aku sangka,semuanya cuma anggapan aku. Tapi tak. Dia RASA dia menipu aku. Aku cuba la tepis perasaan tu. Aku buat tak tahu je. Aku sayang dia sebab dia sahabat aku. Semua sahabat2, aku sayang. Susah nak cari orang yang selalu ada bila kita susah, bila kita senang..

    Aku cuba kumpulkan bukti, nak tengok siapa yang salah. Aku atau dia. Ya. Aku akui. Dalam proses mencari bukti ni, aku terlebih dahulu buat salah kat dia. Aku ceroboh masuk 'HAK' peribadi dia. Dah lama aku tinggalkan benda tu. Dia dah tegur aku dulu dan aku terima teguran dia. Aku lupakan semua dan perbaiki kesalahan aku. Aku dah tak ambil tahu hal dia. Aku cuma buat hal aku je.

    Setelah sekian lama, beberapa hari lepas, aku cuba minta pendapat dia. Ada la hal yang aku nak buat. Benda nie, untuk keselamatan aku sendiri. Aku baru je rancang. Belum laksanakan lagi. Aku tengah buat survey lagi masa tu. Aku pun, nak kena survey dia jugak. Benda ni melibatkan semua kawan2 aku. Jadi, tak ada seorang pun yang terkecuali...So, bila aku tanya dia, dia kata, dia tak ada pun benda tu. Lepas tu, aku tanya pendapat dia pulak, mana yang lebih sesuai. Dah nampak kelainan kat situ sebab dia suruh aku cari semuanya sendiri. Selalunya, bab-bab yang canggih tu, dia lebih banyak pendapat. Kat situ, naluri aku dah rasa lain. Dia ada masalahkah?? Atau dia terasa dengan apa yang aku nak buat nanti?? Entahlah..aku tak tahu nak fikir ape.

    Maka, bermulalah pencarian aku. Memandangkan, PERBUATAN dia pun dah bagi HINT kat aku. Satu hint, aku tak hirau lagi. Bila dah dapat 2 hint,  aku dah mula berdebar-debar. Aku sampaikan marah diri sendiri sebab fikir negatif pasal dia. Aku buntu, kuat sangat rasa hati ni mengatakan yang dia sedang MENIPU aku. Dari apa yang dia bagitahu aku, dari status dia, aku nekad! Aku harus cari tahu. Dan sebab itulah, aku menceroboh masuk 'HAK' dia tu. Aku tahu, apa yang aku sedang buat tu salah sebab aku dh mungkir janji dengan dia.Tapi kali ni, hati aku kuat mengatakan yang aku akan jumpa apa yang aku cari. Dan memang betul. Kat situ, aku jumpa sesuatu. Sesuatu tu la MENGUKUHKAN lagi tanggapan aku yang mengatakan dia ni menipu aku. Aku simpan dulu semua yang aku jumpa tu. Tapi aku berdolak dalih lagi. Walaupun semua bukti yang aku jumpa memang dah SAH2 menunjukkan dia MENIPU, aku pertahankan lagi sampailah kami bergaduh sebab dia fikir, aku tak percayakan dia dan TAK AMANAH dengan dia. Aku cuba tanya kawan rapat dia pun, kawan tu duk senyap je. Fikiran JAHAT aku mula fikir yang mungkin mereka berdua berpakat ke ape. Aku tak tahulah. Aku malas fikir, aku biarkan..

    Bila dah kena paksa bagitahu, masa tu juga la aku bongkar apa yang aku jumpa. Aku pun dalam keadaan marah. Tambah-tambah, dia paksa aku bagitahu. Aku tak boleh kalau ada yang paksa-paksa. Aku bagitahu terus sampai orang yang paksa aku tu puas hati. Bukti-bukti tu semua, aku dah buang dah pun dalam RECYCLE BIN laptop aku nie.  Cuma recycle bin tu je belum dikosongkan lagi, jadi aku dapat cari balik bukti2 dan tunjuk kat dia semua.Aku terangkan kat dia satu persatu apa yang aku jumpa. Aku kaitkan semuanya. dan di akhir penjelasan aku tu, aku minta dia jelaskan kat aku.

   Sebelum tu, kata dia tak nak baca pun apa yang aku tulis kat dia. Sedihnya toksah nak cakap la. Aku memang sedih giler...aku sanggup tahan sakit migrain aku ni, bukak laptop, cari semua bukti, tulis penjelasan aku dalam word dan tunggu pulak line internet yang slow macam siput sedut(buat gulai sedap nie..). Lambat sangat duk loading...sampaikan aku boleh pulak rasa nak tido. Tak tahan dengan kepala duk berdenyut-denyut. Siapa yang pernah kena migrain tu, dia tahu lah betapa nikmatnya Allah bagi rasa sakit tu.. Tapi semua yang aku buat tu aku rasa sia-sia. Dia tak nak baca apa yang aku tulis.

   Disebabkan dia tak baca apa yang aku tulis, dia tak jelaskan kat aku kenapa dia buat macam tu. Bila aku tanya, kenapa dia tipu aku, dia terus-terusan kata aku tak amanah. Dia kata aku teruk. Ya, aku akui. Aku bukannya baik sangat. Aku TAK AMANAH sebab aku cari BUKTI dalam 'HAK' dia tu. Aku teruk sebab aku buat salah kat dia. Aku akui semua tu salah aku. Tapi yang buat aku rasa LEBIH TERUK lagi sebab aku PERCAYAKAN DIA!!!! bukti ada depan mata pun, aku masih percayakan dia. Kami dah lama kawan. Dia tak pernah tipu aku. Tapi tak tahu lah kalau sebelum2 tu dia ada tipu aku kan.. dan aku pun, sememangnya JUJUR dengan dia. Apa-apa hal, semuanya aku bagitahu dia. Tak ada apa yang aku sorokkan sebab aku rasa aku tak ada buat kesalahan...

    Satu PENGHINAAN yang aku rasa bila dia terus-terusan kata aku macam tu. Ya, dia kata, sabar dia ada batasnya. Dan sabar aku pun ADA BATAS JUGAK. Aku cuma NAK KAN penjelasan dia. Aku x nak gaduh ke ape. Aku nak semuanya settle dengan baik. Kalau betul dia tak tipu aku, aku lah yang 100% bersalah dalam hal ni. Tuduh dia menipu, mungkir janji, ceroboh 'HAK' dia.  Tapi ni tak. Dia MENIPU!! Disebabkan penipuan dialah aku buat semua kesalahan-kesalahan tu. Aku ulang kesilapan aku. Aku mungkir janji dia, aku ceroboh 'HAK' dia.. padan lah kan...ALLAH BAGI SAMA ADIL. Dia TIPU, aku TAK AMANAH....seri kedua-duanya..

   Keesokannya, baru dia akui yang DIA MENIPU AKU. Baru dia bagi sebab kenapa dia buat macam tu. Alasan pertama, aku boleh terima sebab aku tengah buat macam yang dia kata tu. Tapi alasan kedua dia, aku pelik sikit. Dia kata yang dia MENIPU sebab aku tak amanah, sedangkan aku jadi tak amanah selepas aku tahu dia menipu aku. Sebab yang ketiga, aku dah lupa. Aku dah delete mesej dia. Tak ada makna nak simpan dah. Semua tu menyakitkan hati.

   Aku terima semua yang dia kata kat aku. Dia nak kata aku TAK AMANAH, aku terima. Dia kata aku LEBIH TERUK (teruk dari seseorang yang pernah buat bnda sama kat dia), tak apa. Aku terima. Dia samakan aku dengan orang lain, aku terima semuanya. Sebelum ni pun, dia pernah samakan aku dengan orang lain. Aku boleh terima semuanya sebab selepas pengakuan dia tu la, KEPERCAYAAN aku kat dia dah TURUN MENDADAK!! sebelum tu, baru terhakis sikit sebab dia asyik duk terus-terusan marah aku. Ya la, aku buat salah kan CEROBOH  'HAK' dia tu. Nak marah pun, tengok la dulu keadaan tu macam mana. Siapa sebenarnya yang BERSALAH dulu dalam hal nie??? Aku ke dia??? Aku ULANG KESILAPAN TAK AMANAH aku dulu, ataupun dia yang MENIPU??

   Aku dah lemah sangat2. Aku dah malas nak panjang2kan cerita. Aku nak hentikan semua dengan dia. Aku dah tak nak ambil tahu hal dia LANGSUNG!! Dan aku minta dia buat benda yang sama. Kami bukannya KAPEL ke ape. JANGAN SALAH FAHAM pulak okay. Aku cuma sensitif bila masalah2 besar berlaku antara aku dan SAHABAT aku. Aku dah tak boleh dah nak percayakan sesiapa. Hidup kat U memang kena berdikari dan walau dengan apa cara sekalipun, aku akan berdikari sendiri. Tak ada teman macam dulu pun tak ape asalkan aku tak sakit hati, tak ada nak menangis disebabkan hal-hal macam nie.

   Aku nak tanya la semua yang membaca entry nie::

##Apabila kita dapat rasa diri kita ditipu, apa yang kita akan buat??? Biarkan atau ambil tindakan??

     kalau aku, aku akan siasat, tanya kawan sekeliling dia untuk cari bukti, cuba cari mklumat dulu, kemudian bru tanya dia. Sebab ape aku buat mcm tu??? sebab aku nak tengok, apa jawapan dia. kalau dia JUJUR, aku lupakan terus semuanya..keraguan yang aku rasa, semua aku akan lupakan sebab ianya mainan syaitan. Tapi, andai dia TAK JUJUR, aku akan minta penjelasan dia. Aku nak settle semuanya baik-baik dan aku tak nak terputus hubungan persahabatan hanya disebabkan perasaan sendiri ke ape. Bila dah tak jujur, mesti la aku dah tak boleh percayakan dia. Dia boleh ulangi kesalahan dia tu bila-bila masa je. Susah dah aku nak percayakan MANUSIA-MANUSIA nie...

    Dia ungkit kisah dulu, katanya aku pun x jujur masa awal2 perkenalan. Ya, memang!! aku tak JUJUR. Aku TIPU SEMUA ORANG.. Aku MENIPU demi keselamatan aku sendiri. aku menipu demi maruah aku sebagai wanita!! Aku tak nak LELAKI-LELAKI hidung belang kat luar sana mudah2 ambil kesempatan kat aku memandangkan aku jauh dari keluarga. Tak ada siapa nak awasi aku kat sini. SALAHKAH AKU buat macam tu???  NIAT aku bukannya nak menipu. Aku buat semata-mata demi MARUAH aku sendiri. Aku masih muda. Otak pun tak matang lagi.. Mudah la nanti aku terjebak dengan hal-hal yang tak sepatutnya..

    Dan perkara ni, tentang PENIPUAN aku nie, aku dah jelaskan dah pun pada SAHABAT-SAHABAT aku. Yang mana aku percaya, aku ceritakan hal sebenar. Dan ALHAMDULILLAH, mereka faham situasi aku. Mereka malah MENYOKONG aku. TAK ADA pun mereka ungkit mengungkit walaupun aku sedar, mereka sendiri dah HILANG KEPERCAYAAN pada aku. Aku terima semuanya dengan hati terbuka.. Sebab aku yakin, Allah dah tetapkan begitu untuk aku. Cuma aku tabik sangat2 dengan sahabat2 aku tu. Mereka tetap terima aku sebagai sahabat. Mereka buat aku rasa macam aku tak buat salah pun kat mereka.  Dan aku berazam, aku akn cuba jadi sahabat yang terbaik buat mereka..Allah je yang tahu betapa bahagianya aku punya sahabat seperti mereka..

   Aku tulis benda nie, bukan nak menuduh sesiapa. Bukan nak tunjuk yang aku ni BAIK sangat. Aku cuma nak penulisan aku nie, bagi PERINGATAN pada aku dan jugak orang lain. Supaya mereka berhati-hati dalam menaruh KEPERCAYAAN pada orang lain. MANUSIA SELALU je buat salah dan aku pun...selalu je salah...aku AKUI yang tu..

   Aku menangis bila fikirkan apa yang aku dah buat selama nie. Aku tak cukup kuat menjaga hubungan aku dengan Allah. Sebab tu DIA uji aku macam nie. Aku BERSYUKUR sangat-sangat sebab Allah sedarkan aku..malah Allah beri kenikmatannya pada aku...aku MASIH HIDUP... (^_^) itu nikmat yang tak ternilai..

    Yang penting sekarang, aku akan teruskan perjuangan. Aku akan dekatkan lagi diri aku pada Allah. Aku tahu aku kuat. Dan aku yakin aku berjaya tempuh semua ni sebab ALLAH yang sepatutnya aku katakan SELALU ADA. Bukannya MANUSIA...

   Aku akan KERASKAN hati aku. Supaya aku TAKKAN mudah2 ditindas lepas ni... Aku pasti akan lebih istiqamah. "DISIPLIN" aku yang dulu, akan aku ketatkan semula. Supaya tak longgar dibuka godaan2 syaitan...

   Sekarang ni, aku sedang kumpulkan bukti lagi. Ada lagi yang aku rasa sedang menipu aku. Tapi apa yang aku ada, tak cukup kuat lagi nak buktikan apa yang aku rasa tu betul. Atau mungkin, lama-kelamaan nanti,aku akan lupakan semuanya. Aku bukan jenis yang berdendam. Bila aku dah lupa, aku tak kan ingat balik sebab nanti benda2 macam tu buat aku sakit hati je. Lebih baik aku fikirkan kebesaran Allah, nikmat2 Allah semua...sia-sia buang masa fikir pasal nie sebab pastinya akan jadi lagi...

  Aku dah lega...semuanya dah terbongkar. Aku dah dapat jawapannya..jadi, aku cuma perlu teruskan hidup aku yang tersisa nie. Aku dah tak rasa apa-apa pun...cuma SEDIH SANGAT sebab aku kehilangan seorang sahabat yang bagi aku, memang baik. Aku tak nafikan yang tu. Aku anggap dia sekarang cuma kawan. BUKAN SAHABAT dah. Cukuplah... Aku tak nak ada masalah dah lepas ni.

Moga cerita ni akan bagi PERINGATAN buatku selagi aku masih bernafas!


Friday 1 February 2013

Aku dan Tudung Labuhku.....~

Assalamualaikum...

     Masih terbayang di fikiran, sekitar OKTOBER 2012..waktu tu, aku sedang menghadapi TEST 1 untuk semester ketiga di UniMAP..seingat aku, hari tu hari selasa. Lupa dah tarikh dia bila..

     Malam tu, test probability and statistic. Punya la jammed kepala hotak sbb dari pagi stay smpai la ke malam struggle stdy (rajin la sgt kan :-P). Kul 6 petang, dh mula stop study dan tenang-tenangkan fikiran. Pegi mandi, ape semua dulu, sampai la pukul 7 malam, kaklong mesej. Katanya, nenek dh kritikal.

     Memang sebelum tu, nenek dikatakan akan dipindahkan ke ICU. Dah lebih seminggu berada di wad pembedahan Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tapi tak sangka, secepat tu doktor nak pindahkan ke ICU. Padahal, belum kena bedah lagi. Sebaik je dapat mesej tu, aku terus call kaklong. Nak sahkan mesej dia tu sebab masih x percaya. Ye la...sebelum2 tu, family semua cakap nenek dah makin stabil. Tup! tup! Semakin kritikal pulak.

    Bila berbual dengan kaklong kejap, luruh rasa jantung nie. Terkejut sangat2. Air mata dah mula bertakung. Tapi tetap tahan sebab roomate ada. Tak nak menangis depan dia. Tak biasa pun nangis depan orang. Tapi dia dah perasan air muka aku dah lain. Jadi, aku biarkan ja. Dia tanya pun, aku x dapat nak jawab. Sebak sangat masa tu.

     Kakak bagitau yang dia ada post kat FB. Dia xmau kacaw aku sebab nak test kan. Dia post status sejak petang lagi. Aku terus bukak laptop dan cari post dia tu. Ya...memang ada..aku je yang x baca. Sebab fokus sangat study dengan roomate. Selalunya, kami memang guna FB nak bagitau pasal ni. Sebab aku OFF FON!! x mau orang kacau. Tapi x sangka pulak ada berita yang datang dari family.

    Malam tu, aku terlewat ke kelas nak jawab test. Aku nangis dalam bilik air. Masa solat pun, air mata tengah bertakung. 2 bulan lebih x balik kot. Takut nanti kalau jadi apa-apa, kalau x sempat jumpa dia, aku terkilan pulak. Cucu kesanyangan. Memang manja.. Time jawab test pun, air mata dah mula menitis. tapi nasib baik aku dapat sorokkan dari kawan-kawan sekelas. Diorang x perasan. Dan malam tu jugak, aku rasa aku la orang pertama yang keluar...30 minit menjawab. Otak kosong. Ape yang aku study semua hilang. Aku pun xtahu apa yang aku jawab dalam test tu.

     Keluar je kelas, aku cuba call lecturer smua. Ada yang dapat, ada yang x. Aku nak inform yang aku x dapat pi kelas untuk 3 hari selepas tu. Aku nekad. Malam tu jugak, aku mintak tolong senior belikan tiket balik untuk aku. Memang dia ja orang yang selalu tolong aku kat UniMAP tu. Aku xtahu la apa yang pernah aku balas kat dia. Cuma aku selalu mintak Allah jaga dia. Murahkan rezeki dia..Doa tu ja yang aku mampu untuk balas kebaikan dia pada aku selama setahun setengah aku kt sna.

    Keesokan paginya, aku bertolak balik. Malam sebelum tu, x dapat tido. Asyik nangis sejak habis test dan masa tu la, kawan-kawan semua tahu. housemate-housemate pun baru tahu. Tiap masa, aku tanya kakak mcmna keadaan nenek. Dalam bas, asyik tido aje. Sebab kul 3 pagi pun aku x tido lagi. Sampai ja ke rumah, kami terus bertolak ke hospital. X sempat mandi, makan semua.

    Sampai kat hospital pun dah lewat. Kul 6.30 dah masa tu. Malam tu, nenek dijangka akan dibedah. Keadaan dia x stabil lagi sebab tekanan darah turun naik. Sampai ke wad, mak suruh aku masuk. Family yang lain semua keliling katil sambil baca yasin. Aku minta laluan nak ke tepi katil nenek. Aku nampak dia bukak mata. Aku cium dahi nenek. Air mata dah mengalir..Masa tu la, tiba-tiba dia sesak nafas...Allah...

     Kami semua panik. Doktor minta semua keluar. Topeng oksigen dipakaikan. Yang aku sempat tengok, nenek menggelepar sebab x dapat bernafas dengan baik. Paru-paru dia terkena jangkitan kuman. Tu yang buat keadaan dia makin teruk..

     Alhamdulillah, x lama kemudian, keadaan kembali stabil. Nenek dah dapat nafas dia semula. Aku dan seluruh ahli keluarga. Lega. Masa tu dh pukul 7 lebih. Aku memang la kepenatan. Sebab berjalan jauh dan x sempat rehat. Tapi aku kuat kan semangat..

     Malam tu, kami cuma menunggu keadaan nenek stabil untuk dibedah dan jugak kedatangan pakar bius. Pakar bius x sampai lagi. Masa tu dh tengah malam..Akhirnya, tepat kul 1.08 pagi, nenek dimasukkan ke dewan bedah. Abah, mak, kaklong, makcik2 dan pakcik2ku semua ada. Masing-masing bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..

    Sejuk mencengkam. kami semua menanti di luar dewan bedah. masa berlalu begitu sahaja. Masing-masing duduk di kerusi luar dewan bedah. Menghitung masa, bila agaknya pembedahan akan berakhir.

    Aku mengambil port di tepi paksu ku memandangkan kerusi lain dipenuhi dengan ahli keluarga dan orang lain..Paksu memberi ruang untuk aku berehat. Sekejap sahaja, aku terlena berbaring di kerusi panjang tu. Angin sepoi-sepoi bahasa pada pagi itu. Senyap-sunyi kawasan luar dewan bedah. Sejuknya, usah diceritakan. Semuanya berpeluk tubuh menahan dingin pagi. Salah seorang ibu saudaraku berselimut namun masih belum cukup memberi haba untuk tubuhnya. Aku apatah lagi. Cuma berbekalkan TUDUNG LABUHKU dan berstokin. Aku jadikan tudungku sebagai selimut. Cukuplah untuk menghangatkanku..Aku terus lena dalam dakapan subuh dinihari..

Kerusi  BESI tempat di mana aku lena sekali dinihari tu...

    Aku tersedar sendiri jam 5 pagi kerana ada pengumuman tentang nenekku. Terus aku terduduk di kerusi tempat aku berbaring tu. Mata terus menjadi segar. Sedangkan orang lain, semuanya mengantuk, tak bermaya.Mak yg ada di kerusi sebelah turut terkejut tgk aku. Waris dipanggil untuk menjenguk ke dalam. Aku xtahu apa yang mereka bualkan. Ibu saudaraku masuk ke dewan bedah. Tapi sekejap je. Bila dia keluar, pembedahan masih belum selesai. Dan aku.....sambung kembali tidurku.. Sejam kemudian, tepat jam 6 pagi, sebuah katil disorong keluar dari dewan bedah. Kami semua bangun menghampiri katil tu. Dan kali ni, mak mengejutkan aku yang masih lena atas kerusi. Segera aku bangun dan turut serta mengekori semuanya mengusung katil ke wad ICU. Nenek dipindahkan ke sana.

   Di luar wad ICU, mak tanya," acik sedap je tidur. X sejuk ke?" aku kata, " x pun mak. panas je td masa tidur." ya..HANGAT...tu yang aku rasa. Bila keluar dari kawasan wad ICU, Allah....baru aku rasa sejuknya kawasan kami menunggu tadi. Aku katakan pada kakakku. Kami berjalan beriringan. Sambil-sambil tu, dia pakai tuala abah. Nak selimutkan diri dia yang tengah sejuk. Adik2, pakcikku yang lain dah hantar balik. Jadi, x ada la diorang rasa sejuk yang amat sangat. X dapat aku gambarkan, mcmana la aku boleh tidur nyenyak dengan hanya berselimutkan TUDUNGku??? Allahurabbi....kuasaMU yang menjadikan aku terus merasakan kehangatan sekalipun keadaan sejuk sekali.

   Aku masih terfikir-fikir, bagaimana aku boleh bertahan.. Aku yakin, Allah telah membantuku. Saat itu...ya... aku DISELIMUTKAN...aku LENA supaya tidak dapat merasai kesejukan tu. Memang sejuknya smpai ke tulang. X dapat aku nafikan sebab bila pembedahan selesai, aku baru rasa sejuk dan aku sampai terketap-ketap gigi menahan sejuk.

   Allahurabbi....hebatnya kuasaMU...hambaMU dibantu saat keresahan...

   Alhamdulillah, nenekku semakin sihat skrg ni. Kesan pembedahan tersebut tidak membolehkan dia mencangkung. Solat pun di atas kerusi...tapi aku bersyukur. Sekalipun keadaannya begitu, suruhan pada Allah tetap TIDAK ditinggalkan...

    Saat ini, baru aku berani menceritakan kejadian yang menimpaku. Allah kuatkan semangatku untuk bercerita. Aku cuma takut ini hanya khayalan aku. TIDAK! hati aku yakin,..HIJABku membantuku saat itu,..maka seterusnya nanti, HIJAB ini jugalah yang akan menyelamatkanku..

   Aku yakin pada diri yang aku mampu istiqamah. Istiqamah dalam pemakaianku sekarang ini. Dan aku telah menanam azam, jika aku boleh mendatangkan fitnah kepada kaum adam kerana wajahku, maka seterusnya aku akan berpurdah. Berpurdah itu sunnah. Dan menjadi wajib pada seseorang wanita atas sebab-sebab tertentu. Nanti, bila  ku rasa ilmuku tentang purdah ini sudah cukup, maka akanku kongsikan di sini.


Allahurabbi....aku masih dahagakan ilmuMU...lindungi aku dan dekatkanlah hatiku kepadaMU...~

*DALAM DAKAPAN CINTA ILAHI*

*Ini kisahku : Naz Atiqah..~

Monday 28 January 2013

~Solehahkah aku???

Assalamualaikum...

Hari ini, hati TERsahut nk update entry. Tentang sesuatu..tentang apa yg bermain di fikiran..
SOLEHAHKAH AKU???
xtau la nak jawab macam mana. Aku pun tak tahu. Amalan aku ni dah cukup ke menggambarkan yang aku ni solehah?? Wallahua'lam...

Ini adalah kisah, seorang pelajar...muda setahun daripada aku...terkesan sungguh di hati...coretan ini, tulisan tangan dari ibu Allahyarhamah Siti Hajar...


SUBHANALLAH..

DETIK-DETIK TERAKHIR..
catatan dari Ibu al-marhumah..

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

AL-FATIHAH



::Ibrah Siti Hajar:: (PELAJAR Ftmk UTeM)

Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. 
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434. 
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.

Antara perkongsian dari status update Nadia Mujahidah:

~> "Berita indah dr 4 penggali kubur, kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.." 
(*mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidupnya)

~>1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..
2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan 
tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk 
menyalahkan Doktor dsb. 
Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun 
seketika. 
3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah 
banyak2 kat semua. 
(*hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)

~> Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf... Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita. 
(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)

~> Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(*apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)

~> "Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya." 
(*bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)

"Medium utama penjagaan/perawatan makcik terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(*“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)

'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (*ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)

#mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya. Al-fatihah




Wednesday 16 January 2013

~Suatu Malam Bas Berasap...

11 Januari 2013...

Bismillahirrahmanirrahim....

     Sekali lagi bertemu dengan Jumaat yang penuh barokah. Penghulu segala hari. Hari ni, sangat mendamaikan memandangkan exam pun dh tamat. So, jus otak x perlu diperah dh. Tunggu sem depan pulak ek buat status STRESS...hahaha

     Kali ni, nk ceritakan hari-hari terakhir berada di PERTHlis sebelum cuti semester 3 bermula. Bangun solat subuh, dh siap, golek-golek dulu atas katil. Merenung masa depan la katakan.. Tengah berfikir sebenarnya. Fikir nak buat ape dulu pagi-pagi tu. Nak packing barang-barang, x de rasa nak pulak. Padahal hati ni dh melompat-lompat sampai nak terkeluar dari badan. Punyer la semangat nak balik. Tapi barang malas kemas, ape kehe??

     Start dari kul 8 pagi, sampai la kul 9 lebih rasanya, duk termenung je. Muhasabah diri kadang-kadang. Tengah merancang sikit-sikit tentang cuti. Nak buat ape xtau dalam masa sebulan. Yang terlintas kat fikiran cuma nak tolong mak abah. HAA, amek kawww!!! Dah dapat "keje" dah pun. Jadi driver sepenuh masa..Hak3...

     Fikir punya fikir lagi, terus dh x khabar pape dh..lena ja tido peluk Mr teddy, bantal golek panjang tuh, then bantal pooh nipis yg ad sarung kaler PURPLE...mesti la purple. Feveret kaler tuuuuu...Tido kejap je. Pastu bangun balik, terus mandi-mandi n pi cari makan kat kedai makan.. op kos la kan.. haha

    Ni part paling romantik. Masa on the way nak pi kedai tu, ternmpak la sepasang pasangan ni. Comel jer tengok (^_^) yg perempuan, alahai..kecik2...comel sangat2!! Dorang berjalan seiring. Memang la kan sebab yang lelaki nak kena protect yang perempuan. Wahh...suka tengok gelagat depa..


Comel je adik dua orang ni berjalan. Abang dia x lepas pun tangan si adik  (^_^)

    Sempat aje snap gambar..hehe.. sebenarnya, memang dah niat nak masukkan dalam blog. Nak jadikan hari terakhir yang penuh berkat Allah ni sebagai hari yang terindah sebelum balik ke kampung halaman :-)

    Dah puas tengok gelagat dorang, beli nasi sume, terus balik umah. Makan-makan sambil dengar alunan-alunan yang best. Zikrullah.. paling mendamaikan hati.. Pahala pun masuk kan. Sambil menyelam minum air. Setiap masa, kita kena la manfaatkan. Sekalipun tgh sibuk, mulut kena la sentiasa basah. Dapat la kumpul saham akhirat sikit-sikit..

    Selesai makan, masa untuk solat pulak. Sambil tunggu azan, try la packing-packing barang yang mana patut. Ya Allah...malasnyer rasa tym tu. Tapi paksa jugak. Siap sumo dengan ampaian lagi..hahahaha..susah sangat nak masuk dalam kotak. Amik kaww..kan dah kena sumo. Sabar je la ekk.. :-P

Banyaknyer...ni campur2 dengan housemate laa... :-P
    Dah siap, azan pun dah lama lepas, ape lagi. Naik bilik la dulu. Masa tu dalam pukul 2.05. Tengok sejadah pun dah sayu. Entah la kenapa rasa macam tu. Then, dah siap solat, duk kat katil kejap dengan telekung x bukak lagi. so, ape lg.....snap! snap! jeng3....

Sempat lagi termenung..
    Tu kan.. xtau nak start macam mana kemas-kemas barang sume. Dengan buku pun duk atas katil lagi.      Tapi, x lama pun termenung ni. Last-last, tertido lagi. aiyoo...hahaha...kul 2.55 mak col, tanya pukul berapa naik bas. So, ape lagi, rushing la nak mengemas. Baju-baju semua, sumbat elok-elok dalam beg besar. Buku-buku lagi. Around kul 5 camtu la baru siap kemas semua. Dah siap kemas, solat asar la pulak. Hubunga dengan Allah, mesti la dijaga, Baru Allah rahmati hidup kite nie.. :-)

     So, dah tiba masanya untuk menunggu tibanya waktu nak naik bas pergi ke stesen ramai. Kami dalam 7 orang, berkonvoi ke stesen bas kg Wai sebelum ke stesen bas utama kat Kangar. Masa ni, x tersnap pulak gambar kami. huhuhu.. seronok jugak ramai balik. X sangka pulak kami hosmet2 smua balik dalam satu malam je. Tinggal berapa orang je lagi kat rumah ni.

 Sampai-sampai je kat stesen bas Kangar, memang terbaik la. Kul 9 bas akn bertolak, kul 8.50 bru sampai. Berkejar macam mak nenek. Takut terlepas bas..Hahaha..Time melambai-lambai kat hosmet semua, rasa terharu sangat-sangat sebab semua kenangan kami sepanjang semester 3 akn berakhir. Takat tu je la kami dapat ukir kenangan pahit manis masam masin smua2 la..

    Bas terus bergerak, dah memang nak tinggalkan Perlis dah. Babai2.... :-) Kelantan is waiting for me...ahaks!


Hentian  Changlun..
   
Hentian Jitra..
      Perjalanan nak balik kg halaman memang agak lama. Around 7-8 jam macam tu. alhamdulillah, perjalanan malam tu sangat-sangat lancar. Sampaikan bas berhenti pun x ingat dunia dah. Duk membuta je kan.. haha

Hujan di pertengahan perjalanan

Hentian kat area Grik..lupe da nama tempat ni.

   Bangun tdo je terus snap gambo. 


kepala Mr teddy terkeluar...oopppss!!

Errrr..mengintai orang sebelah.. hahahaha

     Perjalanan kali ni x sama macam perjalanan sebelum2 ni. Sebab kali ni, berjaya jugak la snap2 gambar dengan muka poyo, buat xtau orang kata ape..kikiki...

    Penat memang la penat. Tapi rasa seronok sebab dah lama x balik, so rasa excited tu ada. Nak jumpa someone special pown, xmau la. Lagipun, dia tengah exam lagi sekarang ni. UiTM memang sengaja lambatkan cuti untuk student2 dia. Supaya masing2 lebih excited nak balik. Hahaha..

    Mr L memang dh jeles memanjang dh pown sejak sebelum bertolak balik lagi. yeay!! dapat buat dia jeles. Suka sangat kot ngusik2 orang.

3.45 pagi...akhirnya, sampai jugak :-)


Menanti ketibaan family. Ciput je barang yg dibawa balik.

     Alhamdulillah, segalanya lancar dengan izin Allah. X ada perkara buruk berlaku sepanjang permusafiran. Malah, lebih banyak pengalaman yang dapat ditimba. Sempat jugak bermuhasabah diri sampai la tertido sepanjang dok dalam bas nie. ape pun, perjalanan kali ni memang penuh makna. Bila rasa sendiri, memang x dapat diungkap dengan kata-kata melainkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang menikmati hidup.


**Masih lagi berusaha melaksanakan perancangan yang dirancang sebelum balik rumah. Insya-Allah, bersama yang tersayang nanti, segalanya dipermudahkan...aminnn,...

~MOGA ALLAH REDHA~

:: All the best Mr L. Two more paper waiting  for you before you end your semester 3. So, for time being, please be jealous with Atiqah Humaira okeh? (^_^) hahaha..syok la cuti dapat usik2 org..lebih2 lg org tuuuuuu.... :-P

NAMUN, yang pasti, PERJALANAN selebihnya itu masih panjang untuk dilalui...sebuah KEHIDUPAN abadi di sana nanti...

::masalah besar pun duk menanti jugak...aiyoo...xtau mcmana nak buat...TAPI, alhamdulillah ada yang membantu pada saat2 genting tu. Alhamdulillah, semuanya selesai 12 januari lalu.. :-) thanks to Mr A and Mr W for your help.  X lupa jgk to Miss N ngn Mr A sorg lg.. haha..banyak A daa... nk berjaya kan, kna la score A!!! fighting! ;-)

Tuesday 8 January 2013

~Rindu pada dia....~

9.38 p.m.
8 Januari 2013

Assalamualaikum...

     Hari ini, badan rasa penat yang amat. Entahlah...padahal, pergi exam je pun. Mungkin sebab nikmat sakit yang Allah anugerahkan ni :')

     Entry kali ni, naz nak bercerita sikit tentang sesuatu. Tentang satu perasaan..RINDU... Hati ni rasa terpanggil untuk mengHUPDATE blog tentang perasaan yang satu ni. Sepanjang minggu, rasa rindu dalam hati ni sangat menebal terhadap seseorang yang naz amat SAYANGI..Dia sangat istimewa dalam hidup ni..

     Seorang lelaki..sangat memanjakan naz. Hanya Allah yang tahu, betapa bertuahnya hamba berdosa ni dihadirkan seorang hero seperti dia. Sedang diri ini stress, bila terdengar sahaja suara dia, stress itu boleh hilang sendiri. Boleh bayang betapa kuatnya rasa kasih, rasa sayang pada dia.

    Masih membilang hari untuk bertemu dia. Tak sabar rasanya.. saat ni, segala bagai kenangan la keluar dari kepala hotak. Selalu kejutkan bangun pagi-pagi. Selalu je mengusik tak tentu hala..haha..sangat rindukan semua tu. Kami berjauhan, sebab naz sedang berjihad menuntut ilmu di bumi Perlis.

    Saat susah senang, dia SELALU ADA. Naz suka bermanja dengan dia. Memang tak sah kalau tak bermanja. Biasa la..haha.. Tapi, sejak berjauhan, sekali sekala je dapat manja-manja dengan dia. Dengar je suara dia kat telefon, konpem2 la RINDU yang amat sangat.

    Setiap kali tengok orang lain, kadang-kadang naz akan teringatkan dia. Lepas tu, air mata mula la mengalir. Cepat-cepat dail nombor dia. Tapi jarang sangat dapat berbual. Dia sibuk.

     Tapi, sesibuk manapun dia, dia tetap ada masa untuk naz. Nak tahu sebab apa dia sanggup luangkan masa untuk naz?? Sebab naz adalah anak kesayangan dia.. (^_^) RINDU sangat-sangat kat ABAH..

    Allahurabbi....kadang-kadang, perasaan rindu ni terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Dah homesick sangat-sangat nie. Still counting nak balik rumah Jumaat nanti(11 januari 2013). Insya-Allah, masih panjang umur untuk bertemu.

    Moga Allah limpahkan kesihatan buatnya untuk terus menjadi seorang AYAH yang baik untuk anak-anak dia. Moga Allah limpahkan rezeki buat kami sekeluarga. Moga Allah panjangkan umurnya untuk terus menjadi hambaNYA yang soleh dan moga Allah berikan kami HIDAYAH untuk terus berada di landasan yang benar...

~Allahuakbar!!!~

MAWADDAH WARAHMAH...IMPIAN KAMI (^_^)


Gambar raya 2012 : Abah dan Mak :-)

Atas ribaan abah. Masa kecik-kecik dlu. (^_^)